Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5

Masuk hari ke 5 ni macam dah lama pula duk main dalam UK. Sebenarnya negara UK ni tak besar sangat pun. Kalau korang nak tahu, negara Malaysia lagi luas daripada UK. Tak percaya? Boleh tanya chatgpt. Keluaan UK adalah 243,610km persegi berbanding dengan Malaysia 330,803km persegi. 

Kalau korang datang ke Manchester, korang boleh memandu ke London, Edinburgh, Liverpool, Newcastle, Birmingham, Cardiff yang mana rata-rata tak lebih 4jam pemanduan.


Kiranya bandar Manchester ni boleh dikatakan bandar pusat untuk berkelana keseluruh bandar-bandar terkenal dalam UK. Gitewwwww. Jadi boleh rancang perjalanan anda kalau tak mahu berpindah randah pada sesebuah bandar besar kecuali kalau ke London.

Pada hari ke-5 kami berkelana di Manchester, ini adalah hari yang ditunggu-tunggu selama 3 bulan sebelum travel kesini. Pasal pada hari ini, kami akan tonton games Manchester United melawan Everton di stadium Old Trafford.

Game MUFC vs Everton ni dijadualkan pada jam 13:30pm. Jadi pada waktu pagi, kami plan untuk ke Anfield Stadium  sebagai tanda hadir dan berpoyo-poyo pada team Liverpool nanti.

Take light breakfast dulu dihotel menghabiskan sisa baki makanan yang ada. Kali ni macam malas nak siapkan makanan pasal mood tengok bola dah membuak-buak. 

Maka dak Menyeh request untuk memandu pula kali ini memandangkan dia dah mula confident dengan traffic kat UK ni. Sama sahaja cuma bila di traffic light tu dia ada hook turn sahaja. Tu kena hati-hati sikit risau kena langgar dengan incoming kereta dari depan.

Jarak Manchester dengan Liverpool lebih kurang 1jam sahaja. Tak jauh pun kalau nak buat day trip pun boleh sahaja. Lagi pun Liverpool bukan ada apa pun.


Liverpool  - Home of Liverpool FC

Masa kami tiba di Anfield Stadium hujan pula renyai-renyai seolah tidak menyambut kedatangan kami ini. Hukhukhukk... 

Bagi saya, Stadium Anfield ni agak besar. Lebih besar daripada Manchester City yang mana kapasiti penonton boleh mencapai 54,000 orang dan binaan dia ni dibina dari bata merah. Maka tak hairan mengapa ada sesetengah peminat mengelarkan stadium ini sebagai The Red. Mungkin sebab bata merah? Entah ler kan mana saya tahu.

Pasal kami sampai awal dalam sekitar jam 0800am di stadium ni, maka megastore dia pun masih tutup lagi. Rata-rata perniagaan bermula pada jam 1000pagi sama seperti kita juga melainkan kedai makan ataupun cafe.Tak dapat laa nak beli merchandise dalam The Kop dorang ni. 





Dalam masa sama, saya sempat jalan-jalan sekitar stadium Liverpool ni. Apa yang menarik perhatian saya adalah kerusi Steven Gerrard - Legendary Liverpool yang saya kenal selain M.Salah. Kalau korang perasan, mozek lantai ni adalah nama-nama peminat yang mengukirkan nama sebagai tanda sokongan padu pada team kesayangan mereka. Ada juga yang meletakkan nama yang orang telak meninggal dunia.

Korang pun boleh letak nama korang kat sini. Boleh purchase untuk engrave nama dengan bayaran GBP150 kalau tak silap saya. Kata club kesayangan, kasi laa labur sikit kan....



Kami tak boleh lepak lama pasal next destinasi adalah ke Everton pula. 

Everton FC pun tak jauh dari Liverpool Stadium, lebih kurang 1km sahaja lokasi kedua stadium besar ni. Tapi walau pun 1km, kami tetap drive kereta kesana pasal saya tak mahu lemak-lemak perut saya ni terbakar kerana 1km tu.

Saya tak tahu sangat pasal Everton dan tak idea sapa yang main dalam club ni. Jadi kami pun hanya boleh bergambar sahaja diluar memandangkan security tak bagi masuk sekitar kawasan stadium. Walhal perlawanan MUFC dengan Everton di Old Trafford, bukannya kat sini.





Jadi ambik gambar sebagai tanda hadir, lalu menuju ke destinasi seterusnya di Royal Albert Dock Liverpool.

Bila tiba di Royal Albert ni, cuaca pun macam dah mula baik-baik dan matahari mula muncul. Apa ada kat Royal Albert ni? Kalau korang peminat The Beatles, kat sini ada Story of Beatles Museum. Harga tiket pula adalah GBP20.00 kauuu. Kalau true fan boleh masuk tengok sejarah The Beatles. Yang ni saya skip pasal tak minat sangat.







Cuma saya lebih berminat untuk jalan-jalan tepi sungai yang mana sekitar dock ini adalah dulunya dibina pada tahun 1800 sebagai dock maritime. Maka tak hairan banyak kubu dan binaan bangunan kawasan ini agak lama dan lebih kukuh berbanding bangunan kedai di Liverpool. 

Ada yang mengatakan Liverpool adalah perlabuhan yang mana kapal gah Titanic berlepas. Sebenarnya silap. Kapal Titanic tidak berlepas kat sini. Kapal Titanic berlepas di Southampton di London. Di sini adalah terletaknya syarikat yang membina kapal Titanic tersebut. Jadi jangan silap informasi yaa gais!

Masa saya jalan-jalan layan panoramic view sungai Mersey, ada beberapa gerai cenderahati dalam Royal Albert Dock ni. Dan saya sempat untuk beli keychain Liverpool dan Everton dalam ni disebabkan megastore dorang nun tak bukak-bukak. Terpaksa laa beli juga sebagai tanda hadir kan sebagai koleksi peribadi.



Time is enough, kami menuju balik ke Manchester untuk perlawanan bola pada jam 0200petang. Maka jam 1200pm terus bertolak ke sana.

Game MUFC vs Everton

Disebabkan hotel kami tak jauh dari Old Trafford, maka pemanduan dari Liverpool tadi terus ke carpark hotel. Parking di hotel lebih mudah - terus jalan kaki saja menuju ke Old Trafford. Masa jalan kaki dah ramai peminat menuju ke stadium. 

Tiket game ni saya dah beli 2 bulan sebelum tarikh pelawanan dengan harga RM500. Itu pun tempat duduk 2 baris last nak rapat dengan bumbung. Kalau pitch bawah dah cecah ribuan ringgit kauuuu.. 

Sebagai peminat MUFC, tetap beli juga walaupun rapat bumbung. Bila lagi nak tengok game EPL depan mata kan. Ini adalah kali ke-tiga saya tengok bola di stadium sepanjang hayat saya. 1 kali di Bukit Jalil, 1kali di Stadium Shah Alam dan 1 kali di Old Trafford. Hahahaahahaha! - Saya bukan peminat bola ye.

Sebelum masuk game, kita amik vibes dulu depan stadium. Kali ini manusia lagi ramai masa kami tiba pada hari kedua tu. Megastore bukak untuk korang yang last minute beli baju ke, scarves ke apa benda semua. Tiada harga discount mainkan member's.




Berikut antara barang yang TAK BOLEH bawa masuk dalam stadium :

1. Makanan dan minuman
2. Beg besar / Bagpack
3. Selfie stcik / Tripod
4. Alcohol
5. Barangan kaca seperti botol kaca
6. Payung besar
7. Laser pointer
8. Drone
9. Banner / Bendera
10. Flammable items seperti flares

Kalau korang bawa bagpack, maka korang kena drop barang tu di locker storage. Harga per bag adalah GBP5.00. Kalau slingbag, chestbag, handbag tu boleh bawak masuk. Nanti security akan check apa ada dalam bag kita tu je.


Masing-masing adalah 1st timer untuk tengok game EPL ni, kiranya semua excited walaupun berlainan club. Hanya saya dan Menyeh sahaja memakai jersey MUFC. 

Bagi saya, laluan masuk untuk ke tempat duduk kita memang systematic. Tak ada pun tolak menolak masa nak masuk stadium, korang jalan seolah macam nak naik train gate barrier. Kesemua tiket sudah online. Masa beli akan dapar QR code, maka setiap orang perlu scan QR code dan lalu saja gate barrier mengikut pintu yang ditetapkan dalam tiket korang tu..


Disebabkan seat kami nunnnnn jauh atas bumbung, saya agak kami naik tangga hampir 7 tingkat kot untuk sampai ke seat kami. Yaaa tak ada lift untuk naik ke tempat kita tu. Bagi yang handicap, korang perlu memilih tiket yang ada access lift atau dihandicap area. Macam nak pecah paru-paru mendaki anak tangga ni woiii!

Tak cakap banyak, sampai saja kawasan rest area dia terus saya beli air walaupun harga GBP3.40 sebotol coke. Tak kisah lah saya nak minum, haus sangat dah ni. 

Kenapa tak bawa air? Rules dia tak leh bawa botol air (yang ada air dalamnya). Tapi korang boleh bawa botol air kosong dan isi di waterstation nanti. Hang tak habaq awai-awai mat....


Lagi 30minit sebelum perlawanan bola, dari hujung bumbung stadium ni kami dapat laa tengok team MUFC dengan Everton tengah warming up. Nampak laa kelibat Harry Maguire dengan Onana tu haaaa. Kecikkkk saja nampak player. Hahahahaha

Tapi bagi saya, ini adalah sebuah pengalamam berharga. First time tengok bola EPL. Mostly dorang ni sebelum game macam tak ramai orang pun, macam kosong saja seat. Tapi bila lagi 10minit nak start, seat mula penuh. 

Macam-macam nyanyian lagu dinyanyikan sampai lagu London Bridge pun ada jugak. Kiranya datang tengok bola memang nak have fun bukan nak bertumbuk bagai.




Kalau korang follow instagram saya, saya ada buat highlight EPL. Follow @nazrulakram disini.

Dalam masa perlawanan tu saya malas nak ulas, saya bukannya pengulas sukan pun. Cuma nak bagitahu masa tu MUFC menang 4-0 menentang Everton. Kemenangan berbaloi dengan apa yang saya bayar tiket ni. Bukan bayar untuk tengok kekalahan yerrr.







Jadi bila habis game, kami terus keluar pergi ke MegaStore dulu untuk beli barang kiriman. Ini adalah hari terakhir kami untuk shopping barang merchandise MUFC. Memang ramai sungguh manusia dalam ni bro... tapi kaunter bayaran kejap saja walau ramai. Ada banyak kaunter.



Perut pun dah lapar, kelaparan kemenangan yang cemerlang dari MUFC. Maka sesuai sangat untuk kami makan fine dining pada malamnya.

Jalan kaki return ke hotel dulu untuk mandi, solat dan tukar pakaian. Agak seronok tengok suasana selepas game yang mana fan MUFC brernyanyi sepanjangan jalan dan sekitar stadium tu. Memang best habis!

Kami akan dinner di Ribeye, satu-satunya restoran steak halal di UK. Untuk makan kat sini korang kena buat booking dalam website dia seberapa awal dulu. Asa slot time dan kena follow time yang korang pilih. Kalau datang lambat, nanti table korang kena amik dan korang kena beratur tunggu sampai table kosong. Meja always full bro terutama on weekends.

Seperti yang saya cerita pada perjalanan hari kedua kami di Manchester ni, drive masuk bandar sedikit mencabar, traffic dia boleh tahan jem lepas tu parking sentiasa penuh. Kalau nak dapat parking spot murah tu memang nasib-nasib ler.

Biasa kalau parking jenis bertingkat ni, rates dia boleh cecah GBP3.50 untuk 30minit sahaja. Yaaaa dorang kira 30minit bukannya lagi jam. GBP3.50 kalau duit Malaysia lebih kurang RM21.00 setiap 30minit. Mana maunya chorrr nak dapat 50sen sejam macam parking kat bandar Kajang.

Jadi parking memang kena bayar pasal, cctv dorang ni memang bersepah-sepah. Asal ada parking confirm ada cctv majlis. Nyatanya kami pun dah kena saman parking dengan majlis GBP100.00 pasal tak bayar parking. Nangis bang duit kredit kad kena sedut RM600 terus.... Huhuhuhuhu....

Nak bayar tu, korang kena bayar pakai apps ataupun mesin ticket. Masukkan nombor plat kereta pastu bayar ler berapa lama rasa korang nak stay. Kami letak 2jam untuk dinner dulu. Lepas dinner nak pergi ke HRC Manchester pula.

Tepat jam 0700pm, dapat masuk Ribeye atas nama Alex Menyeh. Memang fullhouse pun dalam restoran ni, duduk terus order menu apa yang nak. Memang pejam mata harga dia mat. Saya malas nak cerita, korang boleh tengok menu bawah ni. Atau nak senang boleh rujuk website dia

Malam tu saya order Aberdeen Angus Ribeye harga GBP30.00, air pula mintak cold water sahaja. Pastu kami add-on laa side sikit memandangkan malam ni adalah malam terakhir sebelum balik ke Malaysia. Habiskan duit habiskan kocek yang memang dah nak kering dah ni.

Saya bukan peminat makanan berunsur daging. Tapi bagi saya, Ribeye dia ni agak juicy dan lembut pasal saya order masakan Medium Well. Tapi steak dia ni besar tebal bang... nak habiskan separuh tu pun dah rasa mengah. Nyatanya tak berjaya untuk dihabiskan pun. Side dishes pun duk ada berlambak lagik. Dorang pun dah kial-kial untuk habiskan makanan.

Pasal restoran fullhouse, kita hanya diberi masa 90minit untuk santap. Jadi korang kena layan habiskan juga dan nanti waiter akan terus bagi bill untuk bayar. Total malam tu kami spend sekitar GBP180, haaa bahagi laa kau 4orang berapa kena kannnnn.. hahahahaahah!

Restoran pun cantik, cosy cuma bising saja laa ramai orang duk buat sambut hari jadi. Sepanjang kami duduk ni, ada laa dalam 3-4kali lagu birhtday dinyanyikan. Layankan saja. Mostly macam orang arab. Pasal ni saja kedai steak yang halal ada di Manchester.





Perut pun dah padu... ni kalau suruh jalan kaki balik ke hotel mau muntah tepi jalan dah ni. 

Pickup kereta dan kami ke city center Manchester - untuk membeli shirt HR Manchester lepas tu nak lepak bazar x-mas dorang. Nak amik feels santa sikit.

Macam nak park kereta tadi, memang struggle betul masuk bandar dalam kereta. Last-last saya fed-up kami parking saja tepi jalan belakang bangunan. Ada laa dalam 800meter dari HR Manchester tu. Agak jauh tapi malas dah nak layan traffic, jalan jem nak masuk dekat. Paling tidak Jalan TAR KL pun bergerak lagi laa jem dia.

Kat sini kami buat silap, yang mana masa parking kami rasa bukan parking majlis. Maka tidaklah kami membuat pembayaran parking. Tapi bila dah balik 2 minggu, nahhhh surat saman sampai dalam email, terus kena GBP100.00, nak buat rayuan pun tak leh pasal terus deduct kad kredit. Haremmm betul.

Malam terakhir kami adalah malam minggu iaitu hari Sabtu, memang ramai orang sekitar Manchester Victoria ni. Tambah pula ada bazar chrismat depan HR ni makan berpusu-pusulah manusia membeli belah sama seperti bazar ramadan jalan TAR KL.

City center dia lebih kurang Picadilly Circus di London, agak happening berbanding kawasan dinenr tadi di Ribeye.


Saya settlekan dulu pembelian dalam Hard Rock ni. Kalau nak discount lebih, pastikan korang ada apps HR Unity, collect point dan nanti point yang korang beli tu boleh redeem atau dapat free merchandise kecik. Apps dia juga boleh collect point kalau booking HR Hotel worldwide. Nice kan!




Sambung jalan pergi ke Manchester Christmas Market - Bazar Christmas. Kat sini macam ramai orang. Maka perlu berhati-hati dengan bagpack, handbag korang bagai. Kalau boleh bagpack tu galas pada belah depan. Waktu malam mungkin depa lagi licik berbanding waktu siang.

Passport dan wallet pun saya masukkan didalam baju didalam jacket lepas beli barang di Hard Rock tadi. Sentiasa berwaspada pada kawasan tumpuan orang ramai. 

Dalam Bazar ni, mostly dorang jual macam product makanan, barang hiasan, wangian ada juga wine. Saya perasan ada laa 2-3 kedai yang jual makanan halal, kebab, waffle dengan pastry. Kami dah kenyang, takde laaa rasa nak try makan deseert ni melainkan saya membeli kopi McD saja secawan pasal itu saja yang paling murah. Huhuhuhu.







Dalam jam 1000pm, semua dah mula tepu, elok lah balik ke hotel untuk packing barang. Sebelum tu tidur, sempat kami lepak kat lobby dulu borak-borak sambil layan megi, pekena aiskrim McDonalds buat raso raso time sejuk. 


Solat rehat dan tidur - esok dah nak balik ke Kuala Lumpur

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 1 & Day 2
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 3
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 4
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 6  


Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1