Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5 Masuk hari ke 5 ni macam dah lama pula duk main dalam UK. Sebenarnya negara UK ni tak besar sangat pun. Kalau korang nak tahu, negara Malaysia lagi luas daripada UK. Tak percaya? Boleh tanya chatgpt. Keluaan UK adalah 243,610km persegi berbanding dengan Malaysia 330,803km persegi. Kalau korang datang ke Manchester, korang boleh memandu ke London, Edinburgh, Liverpool, Newcastle, Birmingham, Cardiff yang mana rata-rata tak lebih 4jam pemanduan. Kiranya bandar Manchester ni boleh dikatakan bandar pusat untuk berkelana keseluruh bandar-bandar terkenal dalam UK. Gitewwwww. Jadi boleh rancang perjalanan anda kalau tak mahu berpindah randah pada sesebuah bandar besar kecuali kalau ke London. Pada hari ke-5 kami berkelana di Manchester, ini adalah hari yang ditunggu-tunggu selama 3 bulan sebelum travel kesini. Pasal pada hari ini, kami akan tonton games Manchester United melawan Everton di stadium Old Trafford. Game M...