Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 4

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 4

Plan pada hari ke-empat ni untuk patah balik ke Manchester. Jadi seawal jam 0400pagi lagi chef dah memulakan masakan megi goreng, dan saya buatkan sandwich nak habiskan saki baki roti. Jangan membazir pasal nanti pasti rasa menyesal. Sejuk-sejuk ni pastinya mudah kelaparan.

Tepat jam 0500pagi, kami check-out guesthouse, saya dah maklum semalam lagi bahawa kami check-out awal. Senang kalau duduk di Airbnb ni. Tapi yang penting bila nak checkout rumah airbnb pastikan korang kena kemas - sampah kena buang lepas tu towel kena letak dalam tandas. 

Airbnb bukan macam hotel ada cleaner untuk datang kemas-kemas. Nanti kalau terlalu bersepah, tuan rumah akan review korang dan kemungkinan korang akan bermasalah untuk membuat tempahan pada airbnb yang lain pasal perangai kita yang tak reti menjaga kebersihan rumah.

Harini sedikit gerimis, Usop memulakan pemanduan pertama pasal saya nak minum kopi nanti. Perjalanan untuk harini adalah menuju ke Newcastle, - Leeds - Manchester. Musselburgh ke Newcastle mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit - 165km. 


Perjalanan dari Musselburgh ke Newcastle ni tak banyak view pasal masih dalam keadaan gelap gelita pada jam 0600pagi. Tapi apabila kami hampir tiba sempadan antara England dan Scotland, kita singgah sekejap untuk sambil gambar epic bersuluhkan lampu kereta.

Waktu ni saya rasa sejuk dia dah cecah -5C. Angin kuat, gerimis, tak boleh lama pun. Memang sejuk giler! Heater kereta pun tak rasa sangat laaa



This is Newcastle - Kota Bharu

Saya ambil alih pemanduan, terus sambung drive ke Newcastle. Apabila hampir tiba di bandar Newcastle, singgah dulu di Shell pasal mostly Shell ada kedai Greggs. Saya nak beli kopi dan hirup longblack coffee waktu sejuk dingin. Dorang pun turun sekali nyambil beli pastry nak makan dalam kereta.

Sambil layan kopi makan lagi pastry, rehat kejap sambil borak borak pasal bola dengan harga barangan dalam kedai Shell ni. Kalau ikutkan harga runcit kedai ni Shell sedikit mahal berbanding dengan Lids dan Tesco, tapi kalau beli pastry tu murah mungkin tetapan harga yang sama pada kesemua branch dorang. Bole laa beli donut ataupun croissant.




Sambung drive masuk ke bandar Newcastle. Kota Newcastle ni seolah hampir sama dengan Manchester, cumanya masa kami tiba, ianya adalah waktu pagi Sabtu dan kemungkinan orang masih tidur dirumah layan weekend.

Dapat spot parking kereta, terus bayar parking guna kiosk. Harga parking 2 jam dalam GBP3.80 kau.. kemain mahal laa... hahahaha. Jangan lupa bang bayar parking walau tak ada orang. Camera cctv dorang bersepah. Tak pasai nanti balik kena sama 100GBP. Tak berbaloi pun. 


Target kami sekali lagi untuk ke kedai Savers untuk tambah lagi pembelian perfume sendiri dengan yang orang kirim. Kat sini kedai Savers mula buka pada jam 0830pagi. Kalau di Edinburgh depa mula jam 0700pagi lagi. So saya beli lagi perfume kat sini. Ni kira last pembelian pasal esok dah nak layan game dan lusa nak balik dah. Malas nak beli-beli lagi.

Dalam masa sama, jalan-jalan dulu sekitar bandar dia. Memang tenang habis, tak tau mungkin pasal awal lagi ke mahupun depa ni memang jenis duk diam waktu pagi. Kalau kita pun pagi-pagi dah bising dah. Tenang sungguh.




Ada sebuah Castle Newcastle serta kubu pertahanan dalam bandar dia ni. Saya tengok google, castle ini dibina pada tahun 1168. Lalu saya buka chatgpt untuk mengesahkannya dan memang betul, Castle Newcastle ini dibina pada tahun 1168. Huihhh lama betul, bangunan dia masih untuh dan korang boleh masuk tour lagi dalam tu.




Sambil sambil pose depan castle, kami sambung jalan kaki lagi ke Hard Rock Newcastle. Yaa disini ada sebuah HRC Newcastle yang baru bukak setahun yang lalu. Dalam perjalanan kesana, saya lalu deretan kedai yang masih lagi belum beroperasi pada jam 0900am. Suasana memang masih sunyi dan hanya ada bunyik orang sapu jalan raya saja.

Dalam google maps nampak macam steady flat road saja, rupanya ada jalan yang kena turun menuruni bukit. Fuhhhh masa pergi mungkin rasa laju, bila nak balik pickup kereta ni kompem berderai air mata nak naik tangga ni balik.

Hard Rock Newcastle - Newcastle upon Tyne

Ini adalah HR keempat kami singgah dalam perjalanan ni. HR ni bagi saya agak serius wajib untuk singgah kerana saya masih belum nampak ramai orang pakai shirt Newcastle berbanding London mahupun Manchester Edinburgh.

Lokasi HR Newcastle ni agak strategik dan cantik pasal ianya terletak bawah jambatan Tyne Bridge yang mana jambatan ini adalah iconic pada bandar Newcastle. Yaa HR Newcastle ini terletak berhadapan dengan sungai River Tyne yang besar. Cantik permandangan waktu pagi.



Saya pernah buat research dalam google maps, sekitar depan HR ini ada Sunday Market bermula jam 0900am - 0400pm. Boleh search Quayside Sunday Market. Biasanya market sebegini akan menjual product local dengan harga murah, homemade food dan ada juga yang jual barang pre-love.

Tunggu HR Shop buka pada jam 1000pagi, barulah kami dapat menghabiskan duit untuk beli koleksi shirt dan pin Newcastle ni. 

Cuma..... bila saya tengok pada bahagian pin, kenapa macam tak best? Bila tanya pada staff, katanya pin mostly dah sold-out masa dorang buat Anniversary 1 year. Yang biasapun habis cuma tinggal pin gambar pelangi saja. Aduhai tak ada laa nak beli pin macam tu. 

Lepas tu, kebanyakkan shirt pun size banyak yang dah habis. Antara size yang masih ada XS, S dan XL. M & L dah soldout dan dorang masih tunggu stock untuk sampai. 

Memang kecewa betul kali ni... saya dah terlepas untuk beli koleksi pin dan shirt. Ini kali pertama saya datang HR yang betul betul habis stock. Betul ke dorang ni? Ke simpan stock ni... 

Perasaan kecewa tu sampai balik Malaysia laaa tak dapat 1 pun koleksi HR Newcastle. Jadi kalau sapa-sapa yang baca blog ni, dan pergi ke sana, saya mohon sangat untuk kirim ye.




Settle apa yang patut, terus kami menuju ke St.James Park Stadium. Stadium EPL yang ke dua selepas Manchester United pada hari kedua kami sampai.

St.James Park - Newcastle United

Seperti yang korang tahu, saya bukanlah peminat bola pun. Tapi untuk datang melawat setiap stadium di UK ni antara minta saya pasal saya nak tengok reka bentuk stadium dan offical store dorang. Jadi saya akan beli beberapa sourvenir sama ada jacek, scarf, magnet fridge ataupun keychain sebagai tanda hadir. Senang nak membahan peminat dorang ni.

St.James Park dengan HR Newcastle tu tak jauh sangat, hanya 5-6km sahaja. Tapi kami tetap pandu kereta kesana supaya lemak-lemak kami tak penat. Parking sekitar kawasan stadium ini adalah percuma. Cuma jangan masuk kawasan parking majlis sahaja. Tu confirm kena bayar.

Kalau korang nak tahu, St.James Park stadium ni adalah stadium ke-8 terbesar di England. Paling besar adalah The Wembley Stadium London.






Kami tak masuk pun tour Newcastle ni, hanya masuk megastore dia sahaja nak perabihkan duit. Kat sini saya beli 1 jacket pasal lawa cun melecun lepas tu ada discount Christmas Sales 40%. Mana nak dapat mat. Itu pun lepas discount harga dia 50GBP... uhukk uhukk uhukk

Selesai semua pembelian kat sini, terus drive menuju ke Leeds United pula. Kebetulan Leeds United ni adalah satu laluan untuk menuju ke Manchester. Maka kita singgah laaa dulu.




Leeds United - Elland Road

Saya difahamkan, Leeds United ni berada di Divisen 2 dalam EPL. Maka tak hairan tak begitu popular. Cumanya kami singgah juga kat sini pasal Usop nak beli souvenir pada ayah dia dan kami akan makan tengahhari sekitar kawasan ni. Walau Leeds berada dalam Div.2, tapi bila saya tengok team depa ni antara top 3 juga yer.  

Jarak antara Newcastle ke Leeds ni lebih kurang 2jam pemanduan dengan  jarak 168km. Agak jauh juga nak sampai ke Manchester. Tak paa kita drive layan permandangan dulu. 

Driving di UK ni tenang sikit tak macam drive di Plus highway. Walau korang laju, korang tetpa kena duduk lorong no.2. Lorong no.1 adalah untuk memotong sahaja. Highway mereka ni dorang panggil Motorway. Ada RnR yang tak seberapa dan tiada tol. Yaa tiada tol melainkan tol nak menuju ke Kota London.


Bila sampai di Leeds, cuaca harini cerah dan tak sesejuk Edinburgh. Jadi kami mampu bertahan untuk pose depan stadium tanpa pakai jaket. Tapi nyata itu cuma sekejap sahaja. Waktu tenghahari begini biasanya dalam 8-11c. Kalau datang angin boleh gigil ketiak bang!



Leeds United punya offical merchandise ni bukan biasa-biasa bro. Mungkin disebabkan sponsor Adidas yang membuatkan jersey, baju dan jacket dia cantik-cantik. Kalau nak sambor jacket dia pun cun juga cuma budget saya tak cukup. Saya kena simpan duit untuk Man City punya shopping jap lagi.

Jadi saya beli keyring, magnet fridge dan scarf sahaja. Ini dua benda pun dah boleh cecah 40GBP dan. Huhuhuhuhu....




Perut lapar bro dah nak masuk jam 0200pm dah ni. Cadang nak round dalam bandar dia terpaksa kami cancel. Terus saya drive ke Holbeck Fish n Chips tak jauh dari stadium ni. 

Restoran ni menawarkan masakan fish n chips halal cuma dorang ni serve untuk take aways sahaja. Tak ada seat untuk korang duduk. Ahhhh perut lapar tak kisah dah. Lagi pun semua jantan apa ader hal. 

Maka order terus fish n chips size serdahana, tak berani order large pasal tengok dia letak dua ikan dengan fries mengunung. Itu pun baru harga GBP6.50. Jauh lebih murah dengan harga London beb.

Sambil tunggu tu borak dengan orang kedai, bagi salam semua terus dapat extra fries lagi. Katanya muslim brothers was welcome. Lupa nak amik gambar dia. Terima kasih orang baik.

Dah siap terus makan panas-panas. Tak tau nak cakap apa, walau makan berlapikkan pagar rumah orang, fish n chips ni memang sedap. Semua senyap terus habiskan makanan. Alhamdulillah syukur!




Perut dah kenyang, saya pass pemanduan kepada Usop. Ini kali perjalanan kami menuju ke Manchester City pula. Stadium terakhir untuk dijejak pada harini.

Manchester City - The Etihad Stadium

Erling Haaland, pemain sticker ManCity, itulah icon idola anak saya yang menjadikan beliau minat habis dengan ManCity ni. Apa yang best pun tak tau. Tapi paling tidak, beliau boleh hafal semua kesemua pemain dalam ManCity ni. Power jugak budak ni. Hafal sifir pun gagap gagap.... hmmmmm...

Parking sekitar stadium ni sebenarnya percuma melainkan pada hari perlawanan. Korang boleh parking berhampiran dengan Official Store dorang selagi bukan tepi jalan raya. 

Ambil peluang untuk bergambar depan Etihad Stadium sebagai tanda hadir. Kat sini saya terserempak beberapa orang Malaysia, boleh dengar dari hasil tutur kata semasa bergambar dan kita menyapa sebagai tanda hormat.




Etihad Stadium ini sebenarnya dibina disebabkan Commonwealth Games pada tahun 2002. Setelah sukan ini tamat, Manchester City mengambil alih pengurusan dan menjadikan stadium Home of Manchester City yang berkapasiti 53,000 penonton.

Tak jauh dari entrance dorang ni ada sebuah Megastore untuk penjualan merchandise Man City. Saya kena masuk dan beli barang yang dikirim oleh Nazril, memandangkan birthday dia 3 hari lagi semasa travel saya kesini.

Dalam ni macam saya singgah mana-mana store, hampir kesemua jenis product dorang ada cuma yang saya rasa rare adalah korang boleh customize key-ring letak nama dan nombor berharga GBP10 sahaja. Bersamaan RM59 masa tu. Huhuhuhuhu....


Kita angkut baju, bag , keyring customize, magnet fridge dengan scart. Total dia memang nangis... tapi kenangan tu memang mahal harganya. Tak apa lah janji beli sebagai hadiah pada dia. Bukan hari-hari datang Manchester kan....





Usai selesai pembelian, kami perlukan rehat dulu untuk solat dan mandi.

Terus drive menuju ke Ibis Salford Manchester, tak jauh dari Old Trafford. Harga hotel sini agak murah berbanding sekitar kawasan Old Trafford dan jarak ke stadium lebih kurang 1km. Checkin dan santai dulu sebelum keluar makan malam.

Ibis hotel ni adalah salah satu hotel budget dan rasa mampu milik kalau nak berkelana di UK ni. Masa travel saya di Paris tahun lalu pun saya menginap di Ibis, size dan susun atur bilik sama sahaja. Ada 1 bunkbed dan 1 single. Agak selesa untuk duduk 2orang.



Tak jauh dari hotel ada sebuah restoran halal - Aadam's Grill and Kebab. Hanya jalan kaki saja dari hotel sambil layan cuaca sejuk dingin.

Restoran ni not bad, harga untuk nasi beriyani ayam boleh dapat GBP10.00. Kalau kebab bawah GBP10.00 . Nasi tak yah cakap banyak giler memang tak habis nak makan. Kalau korang ramai, korang boleh beli ayam panggan sekor harga GBP20.00, pastu boleh share nasi 4orang.  

Benda lapar, kita order laa sorang satu. Dah order makan tak habis pun... hahahaha tamak  sangat! Dalam kedai pun ada beberapa orang Malaysia yang berpakaian MU. Pasal esok ada game antara MUFC lawan Everton.




Salah satu sebab kami kesini dan menginap disini. Pasal esok kami nak tengok game MU!

Perot dah kenyang, maka berjalan kakilah kami balik ke hotel untuk rehat seketika setelah pemanduan jauh dari Edinburgh awal pagi tadi.

This is Awesome!

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 1 & Day 2
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 3
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 4
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 6 

Comments

Anonymous said…
Best baca pengalaman En di luar negara. Gambar2 yg En upload ni cantik2, guna camera apa yea?

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1