Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 3

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 3

Waktu pagi Edinburgh ni bukan biasa-biasa. Walau tidak bersalji tapi cuaca sejuk dia tidak bergurau. Tatkala kami selesa didalam rumah memasang heater, minum air panas, makan megi panas, mandi wap. Rupanya diluar sana suhu telah drop ke 1 selsius.

Masing-masing bangun awal pasal jet-lag. Badan dah mintak bangun seawal jam 0300pagi. Untuk dapatkan rehat cukup. Saya minta chef masak megi dan bikin air milo untuk sarapan pagi sambil tengok berita. Bila dah makan, dapat laa lelap sekejap dalam 1 jam.

Itinerary kami pada harini ini adalah tour dan jalan-jalan dalam kota Edinburgh.  Sekali lagi saya semak cuaca, Alhamdulillah tiada hujan lebat cuma suhu masih lagi bermain-main dengan 1c. Waktu tengahhari akan naik sampai 8c sahaja. Untuk korang yang terlepas baca entry sebelum ini. Travel date saya ke sini adalah bertarikh 29November2024. 


Disebabkan datang waktu winter, waktu siang ketika musim sejuk hanya 8jam sahaja. Jadi pada tarikh perjalanan saya tu, matahari akan keluar pada jam 0800pagi dan akan terbenam pada jam 0350pm. Waktu subuh ketika itu jam 05:00pagi dan magrib masuk pada jam 03:50pm. 

Solat subuh di guesthouse, tapau homemade sandwich sikit untuk menjimatkan kocek. Lalu perjalanan seawal jam 0630am menuju ke destinasi pertama iaitu ke Savers Helath & Beauty.


Apa benda nak pergi ke kedai Saver pagi-pagi buta ni? Haaa macam saya cakap tadi, jam 0700 masih gelap, tapi beberapa cafe dan kedai ada laa yang bukak sikit. Antaranya kedai Savers yang macam ala-ala kedai Watson. 

Ape hal jantan 4 ketul nak pergi ke kedai Savers? Pasal dalam kedai? Savers ni jual perfume murah bang. Ada banyak pilihan perfume dalam ni. Apa yang kedai Watson kita jual, kat dalam ni pun ada cuma harga jauh lebih murah. Maka memboronglah kami beli perfume dulu yang ada dah order sebelum sampai Uk. Kita open order lah dulu amik-amik gambar macam PS lain buat.


Tak lama pun kat sini, memang beli apa yang orang kirim dan untuk diri sendiri dulu. Lagi pun kedai Savers ni ada merata tempat sekitar UK. Fajar pun mula muncul, maka saya drive untuk menuju ke Dean Village. Tak jauh pun dari savers tadi dalam 10minit saja. 

Dapat parking spot, maka kita parking dulu. Cuma saya tak ada apps untuk membayar parking. Maka tawakal adalah jalan terbaik. Hahahahaha! Kawasan parking ni pun sekitar kawasan perumahan orang sahaja.


Perkampungan Cantik Dean Village 

Dean Village adalah sebuah perkampungan terkenal di kota Edinburgh. Saya dah lama follow dalam Instagram Scotland ni, ramai orang datang ke sini selain dari ronda di dalam kota Edinbugrh.

Perkampungan ini sebuah kawasan bersejarah dimana terdapat deretan rumah, kedai serta gereja sepanjang anak sungai Water of Leith. 




Kawasan ini juga adalah sebuah kawasan perdagangan sebelum wujudnya Edinburgh Castle di atas bukit yang mana berfungsi sebagai sistem pertahanan kota Edinburgh. 

Kini, Dean Village agak popular dikalangan pelancong kerana kawasan dia memang cantik, tenang dan mempunyai seni bina bangunan yang unik! Serius bangunan dan jalan cobble street dia macam kita tengok cerita Merlin dulu-dulu. 


Kami mengambil peluang untuk berjalan kaki menyusuri laluan cobble street ini. Laluan kawasan ini telah dibina sejak tahun 1585 lagi dan ianya terus dibina sehingga tahun 1800. Sehingga kini, bangunan ini dikekalkan sebagai Perkampungan bersejarah oleh UNESCO dan ianya boleh didiami jika anda ada duit yang banyak. 

Kalau korang rajin, korang boleh jalan kaki lagi turun sampai ke sungai mereka. Disitu ada beberapa buah jambatan kecik melintasi atara perumahan ini. Memang tenang, nyama sejuk habis kat sini. Kami bercakap dengan nada rendah pun macam dah bunyi kuat. Jadi jangan ler buat bising, risau menggangu jiran-jiran dorang ni.








Disebabkan cuaca dia sejuk sampai sakit hujung jari, maka kami tak rasa nak lepak lama kat lembah sungai dorang ni. Air kopi saya bawa pun tak mampu nak memanaskan badan. Kami meneruskan perjalan untuk pickup kereta tadi. Masa datang jalan dia turun bukit, jadi perjalanan balik ni kena naik bukit. Nafas dah macam kerbau masing-masing.

Pickup kereta dan terus ke kota Edinburgh, pun tak jauh hanya 15minit sahaja. Perancangan kami agak tepat dan menepati masa lagi. Disebabkan kami pilih untuk explore Edinburgh dengan jalan kaki, maka spot parking kereta murah dikenalpasti beberapa minggu sebelum tiba. Mudah saja just google maps on it.

Antara parking yang murah adalah parking di dalam masjid. Ya disini terdapat sebuah masjid besar iaitu Edinburgh Central Mosque. Saya tak ingat berapa harga per jam tapi max limit untuk parking disini adalah GBP19/ Lebih kurang RM114 (Uhuk uhukk uhukkkkk...) 



Kalau korang parking di sekitar kawasan Edinburgh Castle tu boleh cecah GBP30 per day. Kira laa sendiri yer berapa harga lepas convert. 

Kota Edinburgh - Bandar Harry Potter

Kota Edinburgh adalah salah satu kota yang ada dalam wishlist saya. Alhamdulillah saya dapat jejak kaki ke kota Edinburgh ni. Edinburgh ni telah masuk dalam wishlist disebabkan series filem Harry Potter dan beberapa novelnya. Ini kerana, kebanyakkan filem Harry Potter mengambil ilham dan illustrasi sekitar kawasan kota Ediburgh ini.

Malah, karya agung Harry Potter yang ditulis oleh JK Rowling juga ditulis disebuah cafe terletak tak jauh dari Royal Miles, Edinburgh. 


Bermula dari tempat parking Masjid Edinburgh, kami berjalan kaki untuk menuju ke Royal Miles Street. Dalam perjalanan tu, sempat laa singgah salah satu campus dan administrative building University of Edinburgh. 

Macam saya ceritakan tadi, seni bina gah bangunan dia seakan korang dah berada dal set filem Harry Potter dah. Memang awesome habis. Kita ootd bergambar laa dulu kat sini kononnya belajar kat Edinburgh kauuuu...!

University Edinburgh dibina pada tahun 1582, dah lebih 400tahun pun dan ianya masih diguna pakai. Kalau kut garis masa Tanah Malaya masa tu, Melaka sedang bergelut dengan penjajahan Portugis. Tolong betulkan saya jika salah.





Sambung jalan kaki ke Royal Miles. Percayalah, anda tidak akan berasa sedikit kecewa pun kalau jalan kaki di Edinburgh ni. Bangunan-bangunan dia memang cantik dan lebih old school dari kota London.

Korang yang makin berumur ni saya percaya mesti suka kalau nak tengok bangunan senibina macam ni.



Sepanjang jalan di Royal Miles ni ada banyak restoran, cafe, pub dengan kedai jualan barang harian. Ada Rock Shop juga di Royal Miles tapi tak menarik sangat. Logo Hard Rock dia masih menggunakan perkataan Edinburgh dan hanya beberapa baju dan jacket sahaja yang ada cetakan Royal Miles Edinburgh malahpin pun cetak guna nama Edinburgh. So saya skip untuk beli kat sini.



Apa yang membuatkan saya nak ke Royal Miles adalah kononya nak pergi ke The Elephant House. Cafe ini adalah cafe yang mana karya Harry Potter ditulis buat pertama kalinya oleh JK Rowling masa dia mendapat ilham setelah terlihat luka dikepala seorang budak didalam bas. 

Tapi malangnya, cafe ini dah permanently closed disebabkan kebakaran pada tahun 2021. SEtelah diperiksa, keadaan cafe lama juga tidak sesuai untuk dibuka semula dan boleh mengundang bahaya pada pengunjung cafe disebabkan terletak ditepi jalan raya.

Jadi cafe ini telah dipindahkan ke Victoria Street. Cuma pihak majlis (yer kot) masih mengekalkan signage dan bentuk asal cafe ini. Masih boelh nak bergambar laa kalau nak. Takpe, kita pergi ke cafe yang depa bukak baru tu.


Terus melangkah tapak kaki ke Victoria Street. Salah satu destinasi popular jika datang ke Edinburgh. Ini kerana cobble street melengkung ni agak iconic dan cantik. Seperti Royal Miles tadi, Victoria Street juga ada banya cafe, pub, restoran dan kedai buku. Kedai buku kat sini menjual buku-buku lama dengan harga GBP1 sahaja. 

Kami tak ada rasa nak makan atau minum sangat, hanya melihat senibina, tengok culture dorang pagi-pagian sambil melayan suhu sejuk kota ni. 




Ditengah Victoria Street ada The Elephant House yang baru dibuka. Dorang buat 2 tingkat yang mana tingkat bawah adalah penjualan sourvenir barangan Harry Potter dan tingkat atas adalah cafe. Cafe dia non-halal, korang minum korang tanggung sendiri.


Sepanjang saya di Victoria Street ni, saya rasa kagum dengan pihak yang berjaya mengekalkan senibina serta peniaga-peniaga sekitar sini. 

Mereka mampu mengekalkan iconic Scottish dan vibes yang terdapat sepanjang jalan ini. Walau bangunan yang sangat lama, maintenance pada sesebuah bangunan bukannya murah. Nak kena labur banyak duit untuk dijadikan cafe, restoran atau pun butik perniagaan. 

Kita sebagai pelancong atau penunjung kedai pun tak rasa kebosanan nak lepak lama-lama untuk lihat culture dan senibina The Old Scottish. Serius memang beza dengan Kota London yaa... Memang macam Diagon Alley dalam filem Harry Potter kat sini. Ramai orang, terkawal, senyap dan masing-masing buat hal sendiri.

Menapak ke Edinburgh Castle

Meneruskan jalan kaki lagi dengan sedikit pendakian. Kali in kami nak layan view bandar Edinburgh dari atas bukit yang mana terletaknya Edinburgh Castle. 

Untuk kesini tengok dalam google maps dekat saja pun, jarak dalam 400meter saja pun. Tapi nak menapak naik anak tangga tu rasa macam dah panjat gunung Kinabalu dah gaiss!

Korang nampak gambar ni Edinbugrh Castle atas bukit kan, nampak rendah saja. Tapi bagi saya tu dah macam separuh Kinabalu dah. Naik anak tangga macam tak habis-habis. Ini jam nafas macam seladang redbull dah! Laluan ikut anak tangga Patricks Geddes Steps.



Sampai saja atas ni, kami lepak amik nafas dulu. Sambil-sambil layan view Kota Ediburgh  dari atas ni. Dalam tika melayan view, sempat juga bvertegur sapa beberapa keluarga dari Malaysia. Kita boleh cam dari segi pemakaian tudung dan tutur kata. Kita tegur sebagai tanda hormat se-Negara. 

Walau jauh kita merantau, jangan lupa asal usul kerana nasi lemak negara lain tidak sama dengan nasi lemak sambal udang yang ada kat rumah korang. Tak payah laa berlagak yang korang boleh survive kat sana... huhuhuhu...



Follow instagram saya @nazrulakram untuk tengok ig highlights view Scotland disini.

Kami tak masuk castle tour pasal kekangan masa. Bila travel time winter season ni, waktu siang dia memang singkat. Jam 3.00petang macam dah senja dah. Lagipun tour castle ni korang boleh tour sekitar luar kawasan castle ni sendiri. Dah ada banyak bahan bacaan sejarah yang dorang sediakan. Hanya teliti, baca dan hayati sahaja.

Salah satu favourite saya ketika travel adalah ingin tahun sesuatu waktu bilakah ianya dibina. Jadi dalam masa yang sama, saya ada terbaca satu maklumat yang dipaparkan pada pagar istana bahawa Istana Edinbugrh ini dibina sekitar kurun ke 12 - Iron Age dan dianggarkan lebih 1,110tahun.

Tiada tarikh tepat dalam pembinaan istana ini tapi anggaran dia 1,100 tahun dah bro.... lama kemain. Cuma masa pembinaan dia istana ini kecil dan mula dibesarkan berdasarkan sejarah raja yang memerintah.

Raja yang terakhir tinggal di Istana Edinburgh ini adalah King James VII iaitu pada tahun 1688. Selepas kemangkatan beliau, istana ini dijadikan tempat pemerintahan kerajaan, pusat agama serta pusat kawalan ketenteraan askar diraja Scotland. 

Menarik laa kalau nak baca satu per satu tapi makan masa laa pulak. Dalam masa tu member dah duduk dah tunggu saya yang ralit baca dengan meneliti batuan bangunan dorang ni. Cantik dan masih utuh.



Dah nak masuk waktu tengahhari, perut lepas panjat bukit pun dah mula mintak nasik!

Kami lalu jalan masuk Edinburgh Castle yan mana kalau jalan terus boleh sampai Royal Miles tadi. Laluan ni tak berbukit pasal ianya adalah laluan kenderaan. Laluan ni memang cantik. Bangunan dia, jalan yang bersih dan paling peting rasa selamat.

Kat sini ada banyak kedai barangan cenderahati. Lebih kurang selang 2-3 kedai mesti akan ada orang jual souvenir. Saya bandingkan harga kat sini sedikit mahal berbanding dengan kedai-kedai lain. Tapi terpulanglah korang nak beli kat mana. Beli untuk diri sendiri boleh buat kenangan.





Jalan kaki turun bukit menuju ke Edinburgh Station. Bukan nak naik train, tapi nak cari makan tengahhari dalam station tu.

Sebelum kroang masuk ke station tu, belakang korang ada satu view cantik untuk bergambar. Kat sini juga salah satu spot insta-pic. Banyak dalam reels ig saya orang bergambar kat sini. Maka kita amik laa juga sebagai tanda hadir berlatar belakang old-town of Edinburgh. Memang cantik view dia. 

Ada cafe kat tepi sini untuk layan tapi kami nak maka, tak nak minum pun. Jadi skip untuk lepak kat cafe awesome ni.




Dalam station Edinburgh ni ada 2 restoran halal yang saya kenal pasti. Iaitu Copstix dan German Doner Kebab. 

Disebabkan German Doner Kebab tak ada nasik, maka kami pilih untuk makan restoran Copstix. Harga dia pun murah dan sesuai untuk kocek kami tak seberapa ni.

Harga set makanan - samada korang nak pilih nasi atau mee + 2 topping ayam berharga GBP8.00 sahaja.  Agak murah bagi saya nak banding korang makan kebab tak kenyang dengan harga GBP10.00. Air boleh beli kat convenience store, biasanya air mineral berharga 50pence (RM3.00). Saya habiskan kopi saya saja sementara masih panas dalam tumbler.

Saya pilih mee goreng + ayam topping BBQ dan teriyaki. Mee goreng dia nampak awesome membuatkan perut lapar serta merta. Jangan risau kedai ni halal sepenuhnya. Saya perasan, kedai copstik ni sentiasa adalah dalam station keretapi yang besar. King Cross London ada, Victorian Station ada, Picadilly Manchester pun ada. 

Jadi target dorang mudah, menyediakan makanan simple untuk penumpang yang naik train malah makanan halal lagi. Nice marketing.

Lepak sambil charging phone dulu kat sini. Nyambil-nyambil panaskan badan walau kat luar tu tengahari, sejuk dia boleh tahan.



Hard Rock Edinburgh - Rockin Baby!

Usai selesai makan lunch, kemas meja dan teruskan perjalanan lagi. Ini kali kami nak ke Hard Rock untuk tambah koleksi baju dengan pin.

Cuaca di UK ni memang susah nak diduga. Masa jalan-jalan tadi macam mendung, gerimis sikit. Tapi bila dah keluar dari restoran tiba-tiba dah cerah balik. Cuaca sini mudah hujan, mudah mendung pastu mudah cerah tiba-tiba.

Dalam perjalanan tu, dapat laa amik view Scoot Monument. Sekitar kawasan ni agak lain sikit dengan bandar lama walaupun ada banyak kedai commercial baru.





Walaupun beberapa bangunan baru dibina, tapi bangunan lama masih dikekalkan. Banguna disini tampak lebih dark gothic yang mana senibina Scoot Monument sahaja seperti tower dalam cerita hantu versi mat saleh. 

Saya tak tahu apa tujuaan pembinaan pasal tak pergi dekat untuk baca info. Kawasan ini agak ramai manusia dek kerana banyak kedai-kedai fashion sekitar kawasan ini. Kita langsungkan perjalana ke Hard Rock dulu.

Ternyata HR Edinburgh tak mengecewakan. Dalam HR ni masih ada banyak pilihan baju dan pin. Rambang mata kejap nak pilih yang mana malah baju yang orang kirim pun ada banyak stock.

Kita beli dulu apa yang patut sambil membuat pilihan menambahkan koleksi. Setakat ni, saya dah ada hampir 15pin HR Collectible peribadi. Ini pun tak tahu nak letak mana ni. Dalam tengah memilih, saya lupa langsung nak amik gambar pin. Maaf laa ye.




Selesai menghabiskan duit, kami meneruskan lagi ke Primark Edinburgh. Yaaaaa kat sini ada Primark yang mana kedai ni adalah kesukaan para wanita Malaysia. 

Tak dinafikan, harga Primark memang murah. Contoh sweatpants dewasa pun harga GBP8, kot kalau convert pun RM40, masih murah daripada harga Uniqlo ataupun H&M.

Belum kira kalau baju budak-budak. Ada tu harga dia GBP1 sahaja tapi kualiti dia macam baju H&M bang... maka tak hairan kalau ramai orang dalam kedai ni.

Tapi bagi saya, kalau korang nak beli baju edisi Edinburgh sebagai sourvenir kat sini lah tempatnya. Dalam ni ada jual banyak baju corak Scotland, Edinburgh yang dijual pada harga GBP3.00 sahaja. Saya beli 3 helai terus. 

Sama macam di London, nak beli shirt sourvenir London boleh masuk Primark, pun harga dia jual GBP3.00 sahaja. Kain pun full cotton selesa pakai waktu musim panas. Sambil-sambil beli barang kiriman dari isteri. Yang ni wajib beli mat..... tak beli nahas....


Dengan saki baki masa siang yang ada, kami jalan-jalan sekitar kawasan Princes Street. Melihat gelagat orang local dan pelancong yang ada kat sini. 

Ada street performance macam memainkan muzik bagpipe. Korang boleh saja nak rakam video dekat dengan dorang, tak perlu bayar apa-apa pun cuma kalau ada bagi tips dorang happy laa sikit kan. Dress-up dah macam tentera scotish, pandai main bag pipe pula, kasi laa upahnya pakk!



Waktu senja makin ramai orang kat sekitar sini. Dah habis waktu kerja ke apa ke kan? Awal betul dorang balik kerja, baru jam 4petang. 

Dalam bandar dia ni ada access untuk menaiki tram. Access tram dia tak banyak, bermula dari Edinburgh Airport dan penghujung dia di perlabuhan. Sekitar old town dia memang tak ada tram melainkan naik bas. 

Jadi kalau tanya saya naik train untuk ke Edinburgh boleh saja, cuma masih kena jalan kaki. Tempat yang kami makan tengahhari tu adalah station besar Edinburgh yang mana korang boleh naik train inter-city dari sini menuju ke Manchester, Birmingham atau ke London. Berapa harga boleh rujuk pada website atau tanya saja pada chatgpt.


Kami pun tak nak bergelap masa pick-up kereta, jadi kami meneruskan jalan kaki menuju balik ke kereta. Sepanjang perjalanan tu banyak buat singgahan untuk beli sourvenir Ediburgh pasal esok kami akan balik ke bandar Manchester. Yaaa kami hanya sehari sahaja disini pasal tujuan kami adalah untuk tengok bola. Jadi melawat Edinburgh ini adalah sampingan sahaja

Rata-rata sourvenir magnet fridge/keychain Ediburgh dijual pada harga GBP3.99 untuk satu - beli 3 dapat GBP10. Maka berkira-kira laa kita nak beli pasal 3 ketul dah cecah RM60 bang. Uhuk uhuk uhukkk.. maafkan saya ya... 

Saya biasanya travel beli untuk diri sendiri dan keluarga sahaja. Kalau nak beli untuk semua, memang saya tak mampu bang. Melainkan korang kirim dengan duitnya sekali. Kalau kiriman kosong minta maaf. Abam hanya senyum sahaja.

Bagi saya, harga sourvenir murah di London pasal masa pergi haritu, boleh dapat 10ketul dengan harga GBP10... beza banyak tu gaisss!  



Sementara pickup kereta, langsaikan dulu solat di Edinburgh Castle. Air wuduk sejuk tahap krem otak. Gigil gigil tangan masa solat tu.


Kimi mengambil alih pemanduan untuk balik ke guesthouse. Bila tanya dorang lapar ke tak, jawapan kompem lapar. Maka kita buat penyinggah dulu sebelum balik ke gueshouse supaya pulang dengan kegembiraan. 



Kami buat singgah di restoran halal - Hollywood Burgers & Shakes. Kedai ni jual burgers, fish & chips dengan ayam grill. Nasi apa semua tak ada. 

Style juga kedai ni, konsep dia movie hollywood dan menu dia juga berasakan nama movie. Kita santap dulu sebagai makan malam walau masa tu baru jam 0600petang. Layankan saja yer.



Cuma kebanyakkan kedai/restoran dorang ni jenis pet friendly, maka korang jangan terkejut kalau dalam restoran halal ada anjing seumpana dengannya.

Untuk survive perniagaan kat sini, dorang masih memerlukan pelanggan pelbagai bangsa dan agama. Maka anjing dalam kedai tu biasa. Cuma abam risau laa sikit kot anjing tu terlebih jinak pulak. 


Tak jauh dari kawasan tu juga ada kedai Saver sama seperti kami singgah awal pagi tadi, maka sesi pembelian perfume berlangsung. Mana nak dapat perfume murah bang. Separuh harga dengan Malaysia. Saya beli untuk diri sendiri dan ada beberapa yang kawan kirim dengan bayaran sekali. Sempat saya beli kopi pasal harga kopi kat sini murah jugak. 



Sebelum akhiri perjalanan harini, kami top-up dulu minyak untuk perjalanan esok. Harga minyak di Edinburgh adalah GBP1.36 per liter = RM7.64 seliter pada bulan saya travel (Nov2024). Mahal bukan? jadi jangan convert.... huhuhuhu...


Kebanyakkan kedai/restoran disini menerima cash, cuma kalau korang guna duit besar tu muka dorang macam nak bagi penampar kat korang. Jadi tak perlu bawa cash banyak-banyak, guna saja Debit Card. Saya lebih syorkan guna GX Bank berbanding Wise Card pasal GX ada cashback lepas bayar dan kadar exchange dia hampir sama dengan live forex.

Sampai digueshouse, rehat, borak, solat berkemas-kemas untuk perjalanan esok. Esok pagi nak keluar seawal jam 0600pagi lagi.


This is awesome gais

Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 1 & Day 2
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 3
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 4
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 5
Bercuti ke Manchester & Edinburgh 2024 (Winter Trip 6hari) - Day 6  

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1