Jalan - Jalan ke Making of Harry Potter Tokyo
Jalan - Jalan ke Making of Harry Potter Tokyo
Salah satu atrraction menarik di Tokyo selain dari Disneyland / Disneysea adalah Making of Harry Potter. Yaaa walaupun dengar macam biasa aja, tapi saya pasti ianya berbaloi apa yang korang bayar.
Untuk ke sini, ada dua train yang boleh bawa anda kesini iaitu Oedo Line ataupun Toshima Line yang mana kedua-dua line ini perlu berhenti di station terakhir iaitu di Toshimaen Station. Selain itu, korang juga boleh naik bas dari Ikebukuro ataupun dari Shinjuku. Boleh naik bas yang tag dengan Harry Potter Tour. Bayaran saya tak pasti berapa.
Sebelum masuk ke TMHP, korang perlu beli Tiket secara online, saya beli sebulan awal dari tarikh. Anda boleh beli tiket pada website meraka disini. Harga bermula JPY6500 untuk dewasa, JPY5400 untuk kanak-kanak 5-12tahun. Katanya harga akan mula naik pada 1 April 2025 nanti. Boleh check website dia yaa gais.
Bila dah beli tiket online, korang akan dapat QR Code dan QR Code ni tak perlu korang nak print pun. Memadai korang screenshot untuk tukaran dengan tiket nanti.
Saya beli tiket entrance pada jam 0900pagi, jadi pada waktu kami sampai kat sini tak ramai manusia yang beratur pada tika ini. Memang berbeza dengan Disneyland / Disneysea yang orang mula beratur seawal jam 0600 pagi nokkks!
Follow saja laluan yang disediakan dan ia terus bawa anda ke bahagian security. Kat sini beg korang kena check. Makanan ringan dan air boleh dibawa masuk, tapi dorang tak benarkan makan dan minum sepanjang tour kecuali pada bahagian cafe dan restoran yang disediakan. Kalau korang tak nak bawa beg, locker bag disediakan dengan harga JPY500.
Lepas security checking macam ala-ala airport, maka korang terus ke bahagian tour. Kat sini staff akan kumpulkan korang dan tengok tiket korang tour jam berapa. Dorang akan follow time pada tiket korang baru dorang bagi masuk bahagian menunggu. Kalau korang beli jam 1000am, korang tak leh masuk selagi belum tiba waktu dia.
Pada bahagian pertama, TMHP akan menceritakan bagaimana TMHP ini dibuat di Tokyo. Untuk pengetahuan korang, TMHP ni hanya ada tiga sahaja di dunia iaitu di London, Hollywood dan juga Tokyo. First buka di London dan ini adalah ketiga. Jadi TMHP ini adalah salah satu attraction berbaloi untuk datang yeeee.
Sepanjang introduction tu, korang dapat knowledge macam mana susahnya nak buat movie Harryy Potter pada sekitar tahun 2000-an. Masa tu belum ada lagi greenscreen dan CGI macam sekarang. Semuanya based pada model danmake-up costume.
No worries, walau video dorang cakap dalam bahasa Jepun, akan ada subtitle pada setiap video dorang. Jadi takde laa kita ngagan tak paham apa bende wey!
The Great Hall - Hogwarts
Bila buka saja pintu, nahhhhh terus masuk ke The Great Hall, seolah menyambut kedatangan korang ke Hogwarts.
Dalam Great Hall ni, dorang susun meja sama seperti dalam movie set tu. Dari lantai, meja sampai ke dinding siling pun memang dorang ukir sebijik apa yang kita tengok dalam movie Harry Potter tu. Malah ada juga set pakaian mengikut team yang dipakai ketika shot movie HP. Memang kagum habis!
Korang boleh bergambar dan layan tengok tour di Great Hall ni, tapi tak leh lama sangat nanti staff akan panggil untuk tutup pintu supaya korang bergerak pada next section. Nanti session jam 0930am pula akan masuk nanti.
Next session adalah dorang bawa explore dalam kawasan sekolah, ada yang tangga bergerak tu dan ada potrait hantu bergerak-gerak. Saya hanya ambil video masa tu tak sempat nak take pic. Maklum laaa dah kagum sangat. Dalam hati ni dah nangis woiiiii tengok real set Hogwarts! Huhuhuhuhu...
Dorang juga ada buat kawasan bilik tidur para pelajar mengikut team, ada kawasan rehat Gryffindor dan Slytherin dengan susunatur yang realistic mengikut movie. Kewwwww habis sistah!
Next point masuk ke bahagian Quidditch. Ada set nimbus 2000 serta pemakaian permainan Quidditch ni. Dalam ni ada juga model character scale 1:1. Bila berdepan dengan pengetua Madame Olympe Maxim - mak dia tinggi gila. Hagrid pun dah besar, girlfriend dia lagi besar dan tinggi kot.
Sebelah living in Hogwarts tu mula masuk bahagian pembelajaran seperti dalam kelas. Antara yang ada dalam ni pastinya Potion Room, Store yang simpan barang Dumbledore Army, bilik guru dengan bilik pengetua Dumbledore. Ada burung Phoenix dengan Professors Dumbledor skali dalam tu.
Bilik potion Professor Snape tu menarik. Ada character dia skali dalam tu ramai yang bergambar memandangkan beliau dah pun arwah dalam dunia betul
Ada juga beberapa section library yang mana korang boleh ootd kononya korang tengah study laa mentelaah buku buku magis. Ada juga beberapa buku yang korang boleh baca kalau rajin laaa kan.
Malah ada juga show yang menunjukkan Tom Riddle Diary serta patung Voldemort bersama Nagini. Yang ni memang style habis bro!
Bila tengok cerita Fantastic Beast - Where to Find them baru tahu mana asalnya Nagini ni. Ianya adalah seekor ular jelmaan manusia dari sarkis dan berasal dari Indonesia. Power baq hang. Indonesia disebut dalam Fantastic Beast. Memang boleh claim.
Baca jalan-jalan saya ke Disneyland Tokyo
Nanti korang juga akan lalu Dark Forest. Kat sini dorang mula menunjukkan beberapa creature yang ada dalam dark forest tu. Termasuk laa kereta bapak Ron Weasley hancur remuk kena bantai tu. Ada Buckbeat posing dengan Hagrid.
Dalam Dark Forest ni ada beberapa game yang kita boleh main bersama staff dorang. Cumanya tak paham apa yang staff tu cakap pasal depa cakap Jepun. Maka kita follow saja pergerakkan dia melawan labah-labah dengan halau dearh hollows.
Walau dalam tour, bila lama-lama kat sini rasa seram jugak. Siap ada asap dengan bayu kayu basah tu kat sini.
Backlot Cafe & Butterbeer Bar
Dalam tika ini, korang dah masuk separuh perjalanan tour dah. Ini pun kami dah ambil masa 2jam dah pun. Pada pertengahan tour, ada 2 buah restoran iaitu Toad Hall dengan Butterbeer.
Perut ni kalau bau makanan mana maunya nak tahan. Maka kita lepak jugak laa dulu dalam Backlot Cafe sambil beli kopi dengan fries.
Staff memaklumkan bahawa makanan dalam Toad Hall ni tak halal, tapi boleh beli kek, minuman serta fries. Bagus depa ni. Dia nampak orang bertudung datang, cepat-cepat dia approach dan bagitahu dietary permakanan supaya tak main beli saja.
Sambil makan sambil lepak borak-borak mind blown pasal Harry Potter. Rata-rata dorang ni memang tengok citer Harry Potter. Masuk laa kalau nak menyembang. Syok oooo pasal kagum habis apa yang dorang buat sampai dijadikan set movie. Gigih betul usaha crew untuk menjadikan sebuah series movie tu realistik.
Dah kenyang kita gerak sambung tour lagi. Kali ni laluan outdoow yang mana ada tour untuk masuk rumah Hagrid, ada anjing dia bapak besarnya. Lepas tu ada rumah contoh Harry Potter dalam dunia muggle. Dorang buat rumah sebijik macam dalam movie siap ada bilik HP bawah tangga tu.
Ada juga sebuah Knight Bus scale 1:1 yer dalam ni. Knight Bus ni ada dalam Series Prisoner of Azkaban. Cuma kita tak leh masuk dalam bas, hanya boleh ootd saja pada pintu belakang. Lego set ada Knight Bus ni tapi dah expired. Korang boleh beli dalam shopee.
Platform 9 3/4
Masuk balik dalam building tu nahhhhhh ada kepala kereta api Hogwarts siap dengan gerabaknya skali. Platform 9 3/4 pun ada tu haaa. Korang boleh masuk dalam gerabak Hogwarts express ni. Dorang ada scene masa death hollows tengah spotcheck cari Harry Potter.
Sebelah Hogwarts Express ni ada sebuah souvenirs shop platform 9 3/4. Dalam ni ada beberapa sourvenirs yang saya syor kan korang beli pasal semua barang dalam TMHP ni tak ada dijual kat kedai luar. Dorang cetak khas untuk dalam ni sahaja.
Harga dia kalau ikutkan mahal juga beb. Seketul tote bag making of Harry Potter pun RM70, tapi apakan daya, benda gini semuanya rare dan tak dijual kat luar tour ni. Nak tak nak kita beli ajer laaa yer. Bukan TMHP ni ada belakang rumah pun.
Lepas tu korang akan lalu Diagon Alley. Alley yang paling famous dalam series movie Harry Potter ni. Cuma kedai kedai di Diagon Alley ni tak beroperasi. Hanya boleh bergambar di luar sahaja. Maksudnya kedai tak function. Kan best kalau semua pintu ni adalah kedai jualan. Macam Disneyland buat. Paling tidak mesti orang akan beli juga barang sourvenir seketul dua.
Ministry of Magic
Sini adalah salah satu section yang besar dorang buat dimana suasana kawasan ni seolah berada dalam dewan besar sama seperti di scene Ministry of Magic.
Dorang buat kat sini seperti sebuah pejabat yang mana Series Harry Potter yang ke 5 ditayangkan pergaduhanan dan kekecohan kehadiran Voldermort kat sini.
Kawasan sini juga ada section yang mana korang boleh bergambar dalam petak magis tu dan dorang akan edit video seperti korang teleport dari dunia muggle. Menarik bhai boleh tengok dalam ig story saya di sini ig:nazrulakram
Sebelum penghujung tour ni, kita akan lalu beberapa section dimana filem Fantastic Beast dibuat pada dunia moden. Agak berbeza dengan series Harry Potter yang lebih kepada set prop dan costume. Fantasic Beast mula dengan gabungan green screen dan CGI yang banyak membantu dalam proses pembikinan filem moden.
Ianya bukanlah satu perkara mudah walaupun dengan bantuan teknologi modem dalam penghasilan sesebuah filem. Maka tak hairanlah bila habis movie, kita tengok last kredit tu ramai betul crew yang terlibat dalam sesebuah filem ni. Kudos to em all!
Hogwarts School Full Model
Akhir tour kita akan dipamerkan sebuah sekolah Hogwarts scale 1:10. Dorang buat full model dari tasik sampai ke hujung atap Hogwarts School. Memang epic gile. Duk pikir jugak kalau wujud betul sekolah ni, student kena fit habis nak panjat anak tangga bapak banyak giler nyer.
Kat model ni korang boleh lepak lama sikit sambil tengok scenary dorang bertukar dari siang ke malam. Sesetengah tingkap tu ada lampu bukak dan tutup untuk nampak lagi real.
Sebelum keluar, korang masih berksempatan untuk beli sourvenir di Studio Shop. Kat sini dorang jual sama seperti Platform 9 3/4 dalam tu tadi. Tapi walaubagaimana pun, untuk ke studio shop ni korang tetap kena beli tiket berharga JPY6500 tu. Kiranya kesemua kedai sourvenir dia ni masih kat dalam tour. Dorang tak akan bagi orang luar masuk untuk beli melainkan guest tour sahaja.
Kalau lapar lagi sebelum balik boleh singgah di Frog Cafe makan makan. Tapi kat sini pun makanan masih tidak halal. Boleh laa untuk beli minuman sebelum balik.
Secara keseluruhan, bagi saya amat berbaloi untuk datang ke TMHP ni. Bagi korang Potterhead, this is the place you should come. Never to miss.Berbaloi apa yang kita bayar dan bestnya, tour ni indoor dan tak kisah hujan ke salji ke ribut ke apa kat luar dorang tetap teruskan berbanding Disneysea mahupun Disneyland.
Overall tour dengan fast walkin akan mengambil masa dalam 4jam, tapi kalau korang nak layan betul-betul boleh up to 6hours dalam supaya berbaloi apa yang kita bayarkan.
Berikut adalah beberapa tips untuk ke Making of Harry Potter Tokyo :
2. Paling mudah untuk datang ke sini adalah menaiki train Oedo Line. Bermula dari Shinjuku Station. Satu laluan tanpa interchange dalam 30minit perjalanan.
Comments