Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 5
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 5
Harini adalah hari terakhir kembara di Tokyo. Maka pada harini tak banyak itinerary padat pasal plan kami adalah untuk masuk ke The Making of Harry Potter.
Tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk masuk kerana delayed of opening. Maka tahun 2024 baru berjaya masuk dengan bayaran JPY6500 - lebih kurang RM180 pada tarikh blog ini ditulis.
Pada awal pagi, kami mula mengemas barang dan light breakfast dengan makan roti dan kopi family mart. Hotel yang kami menginap ni boleh store luggage selepas check-out selama 12jam. Jadi kami tinggalkan saja pada front desk dan akan patah balik ke hotel bila dah nak pergi ke airport petang ni.
Jalan kaki menuju ke Daimon Station. Kali ni kena naik subway untuk memudahkan perjalanan dan lagipun, Tokyo Wide Pass telah expired semalam. Naik train dari Daimon dan perlu turun di Toshimaen Station. Station paling hampir dengan The Making of Harry Potter (TMHP). Walau pun satu laluan tanpa perlu interchange, ianya mengambil masa selama 40minit juga perjalanan train ke sana.
Bila tiba di Toshimane, suasana station mula berubah dan mula dihiasi dengan iklan Harry Potter. Berhampiran dengan station ini juga terdapat sebuah pawagam iMax. Kalau nak layan boleh ler tapi mungkin dalam bahasa Jepun.
Follow sahaja signboard TMHP untuk ke entrance dia.
Pasal saya masuk pukul 0900pagi, maka tak ramai lagi manusia yang beratur pada tika ini. Memang berbeza dengan Disneyland / Disneysea yang orang mula beratur seawal jam 0600 pagi nokkks!
Tiket perlu beli online, saya beli sebulan awal dari tarikh. Anda boleh beli tiket pada website meraka disini.
Jadi bila dah purchase tiket, maka korang akan dapat QR Code. QR Code tu tak perlu print, hanya screenshot dan tunjuk pada bahagian kaunter. Then orang kaunter tu akan validate tiket korang untuk pengesahan.
Follow saja laluan yang disediakan dan ia terus bawa anda ke bahagian security. Kat sini beg korang kena check. Makanan ringan dan air boleh dibawa masuk, tapi dorang tak benarkan makan dan minum sepanjang tour kecuali pada bahagian cafe dan restoran yang disediakan. Kalau korang tak nak bawa beg, locker bag disediakan dengan harga JPY500.
Lepas security checking macam ala-ala airport, maka korang terus ke bahagian tour. Kat sini staff akan kumpulkan korang dan tengok tiket korang tour jam berapa. Dorang akan follow time pada tiket korang baru dorang bagi masuk bahagian menunggu. Kalau korang beli jam 1000am, korang tak leh masuk selagi belum tiba waktu dia.
Pada bahagian pertama, TMHP akan menceritakan bagaimana TMHP ini dibuat di Tokyo. Untuk pengetahuan korang, TMHP ni hanya ada tiga sahaja di dunia iaitu di London, Hollywood dan juga Tokyo. First buka di London dan ini adalah ketiga. Jadi TMHP ini adalah salah satu attraction berbaloi untuk datang yeeee.
Sepanjang introduction tu, korang dapat knowledge macam mana susahnya nak buat movie Harryy Potter pada sekitar tahun 2000-an. Masa tu belum ada lagi greenscreen dan CGI macam sekarang. Semuanya based pada model danmake-up costume.
No worries, walau video dorang cakap dalam bahasa Jepun, akan ada subtitle pada setiap video dorang. Jadi takde laa kita ngagan tak paham apa bende wey!
Bila buka saja pintu, nahhhhh terus masuk ke The Great Hall, seolah menyambut kedatangan korang ke Hogwarts.
Dalam Great Hall ni, dorang susun meja sama seperti dalam movie set tu. Dari lantai, meja sampai ke dinding siling pun memang dorang ukir sebijik apa yang kita tengok dalam movie Harry Potter tu. Malah ada juga set pakaian mengikut team yang dipakai ketika shot movie HP. Memang kagum habis!
Korang boleh bergambar dan layan tengok tour di Great Hall ni, tapi tak leh lama sangat nanti staff akan panggil untuk tutup pintu supaya korang bergerak pada next section. Nanti session jam 0930am pula akan masuk nanti.
Next session adalah dorang bawa explore dalam kawasan sekolah, ada yang tangga bergerak tu dan ada potrait hantu bergerak-gerak. Saya hanya ambil video masa tu tak sempat nak take pic. Maklum laaa dah kagum sangat. Dalam hati ni dah nangis woiiiii tengok real set Hogwarts! Huhuhuhuhu...
Dorang juga ada buat kawasan bilik tidur para pelajar mengikut team, ada kawasan rehat Gryffindor dan Slytherin dengan susunatur yang realistic mengikut movie. Kewwwww habis sistah!
Next point masuk ke bahagian Quidditch. Ada set nimbus 2000 serta pemakaian permainan Quidditch ni. Dalam ni ada juga model character scale 1:1. Bila berdepan dengan pengetua Madame Olympe Maxim - mak dia tinggi gila. Hagrid pun dah besar, girlfriend dia lagi besar dan tinggi kot.
Sebelah living in Hogwarts tu mula masuk bahagian pembelajaran seperti dalam kelas. Antara yang ada dalam ni pastinya Potion Room, Store yang simpan barang Dumbledore Army, bilik guru dengan bilik pengetua Dumbledore. Ada burung Phoenix dengan Professors Dumbledor skali dalam tu.
Ada juga beberapa section library yang mana korang boleh ootd kononya korang tengah study laa mentelaah buku buku magis. Malah ada juga show yang menunjukkan Tom Riddle Diary serta patung Voldemort bersama Nagini. Yang ni memang style habis bro!
Bila tengok cerita Fantastic Beast - Where to Find them baru tahu mana asalnya Nagini ni. Ianya adalah seekor ular jelmaan manusia dari sarkis dan berasal dari Indonesia. Power baq hang. Indonesia disebut dalam Fantastic Beast. Memang boleh claim.
Baca jalan-jalan saya ke Disneyland Tokyo
Nanti korang juga akan lalu Dark Forest. Kat sini dorang mula menunjukkan beberapa creature yang ada dalam dark forest tu. Termasuk laa kereta bapak Ron Weasley hancur remuk kena bantai tu. Ada Buckbeat posing dengan Hagrid.
Dalam tika ini, korang dah masuk separuh perjalanan tour dah. Ini pun kami dah ambil masa 2jam dah pun. Pada pertengahan tour, ada 2 buah restoran iaitu Toad Hall dengan Butterbeer.
Perut ni kalau bau makanan mana maunya nak tahan. Maka kita lepak jugak laa dulu dalam Toad Hall sambil beli kopi dengan fries.
Staff memaklumkan bahawa makanan dalam Toad Hall ni tak halal, tapi boleh beli kek, minuman serta fries. Bagus depa ni. Dia nampak orang bertudung datang, cepat-cepat dia approach dan bagitahu dietary permakanan supaya tak main beli saja.
Sambil makan sambil lepak borak-borak mind blown pasal Harry Potter. Rata-rata dorang ni memang tengok citer Harry Potter. Masuk laa kalau nak menyembang. Syok oooo pasal kagum habis apa yang dorang buat sampai dijadikan set movie. Gigih betul usaha crew untuk menjadikan sebuah series movie tu realistik.
Dah kenyang kita gerak sambung tour lagi. Kali ni laluan outdoow yang mana ada tour untuk masuk rumah Hagrid, ada anjing dia bapak besarnya. Lepas tu ada rumah contoh Harry Potter dalam dunia muggle. Dorang buat rumah sebijik macam dalam movie siap ada bilik HP bawah tangga tu.
Ada juga sebuah Knight Bus scale 1:1 yer dalam ni. Knight Bus ni ada dalam Series Prisoner of Azkaban. Cuma kita tak leh masuk dalam bas, hanya boleh ootd saja pada pintu belakang. Lego set ada Knight Bus ni tapi dah expired. Korang boleh beli dalam shopee.
Masuk balik dalam building tu nahhhhhh ada sebijik kepala kereta api Hogwarts. Siap skali dengan platform 9 3/4 tu haaa. Korang boleh masuk dalam gerabak Hogwarts express ni. Dorang ada scene masa death hollows tengah spotcheck cari Harry Potter.
Sebelah Hogwarts Express ni ada sebuah souvenirs shop platform 9 3/4. Dalam ni ada beberapa sourvenirs yang saya syor kan korang beli pasal semua barang dalam TMHP ni tak ada dijual kat kedai luar. Dorang cetak khas untuk dalam ni sahaja.
Lepas tu korang akan lalu Diagon Alley. Alley yang paling famous dalam series movie Harry Potter ni. Cuma kedai kedai di Diagon Alley ni tak beroperasi. Hanya boleh bergambar di luar sahaja. Maksudnya kedai tak function. Kan best kalau semua pintu ni adalah kedai jualan. Macam Disneyland buat. Paling tidak mesti orang akan beli juga barang sourvenir seketul dua.
Ministry of Magic
Sini adalah salah satu section yang besar dorang buat dimana suasana kawasan ni seolah berada dalam dewan besar sama seperti di scene Ministry of Magic.
Dorang buat kat sini seperti sebuah pejabat yang mana Series Harry Potter yang ke 5 ditayangkan pergaduhanan dan kekecohan kehadiran Voldermort kat sini.
Kawasan sini juga ada section yang mana korang boleh bergambar dalam petak magis tu dan dorang akan edit video seperti korang teleport dari dunia muggle. Menarik bhai boleh tengok dalam ig story saya di sini ig:nazrulakram
Sebelum penghujung tour ni, kita akan lalu beberapa section dimana filem Fantastic Beast dibuat pada dunia moden. Agak berbeza dengan series Harry Potter yang lebih kepada set prop dan costume. Fantasic Beast mula dengan gabungan green screen dan CGI yang banyak membantu dalam proses pembikinan filem moden.
Akhir tour kita akan dipamerkan sebuah sekolah Hogwarts scale 1:10. Dorang buat full model dari tasik sampai ke hujung atap Hogwarts School. Memang epic gile. Duk pikir jugak kalau wujud betul sekolah ni, student kena fit habis nak panjat anak tangga bapak banyak giler nyer.
Kat model ni korang boleh lepak lama sikit sambil tengok scenary dorang bertukar dari siang ke malam. Sesetengah tingkap tu ada lampu bukak dan tutup untuk nampak lagi real.
Secara keseluruhan, bagi saya amat berbaloi untuk datang ke TMHP ni. Bagi korang Potterhead, this is the place you should come. Never to miss.Berbaloi apa yang kita bayar dan bestnya, tour ni indoor dan tak kisah hujan ke salji ke ribut ke apa kat luar dorang tetap teruskan berbanding Disneysea mahupun Disneyland.
Usai selesai tour TMHP, kami terus bergerak balik ke Akihabara untuk lunch, solat dan last shopping.
Dari Toshimaen terus menuju ke Akihabara menggunakan suica card. Singgah kejap di Uniqlo dan beberapa kedai kasut untuk beli sebelum pulang malam ni.
Perut pun dah mula lapar, saya memilih untuk santap di Cinta Jawa Cafe - Indonesia cuisine. Masuk hari ke-5 ni dah tak lalu nak makan ramen dah pun. Tekak melayu belacan ni mula cari nasi goreng sambal ayam penyet.
Kedai ni ada dan memenuhi cita rasa orang melayu nusantara. Harga pun boleh dengar laa dan satu lagi, tak jauh dari restoran ni juga ada sebuah masjid iaitu Masjid Nusantara Akihabara. Boleh naik lif tingkat 5 untuk lelaki, wanita tingkat 4.
Masjid ni memang selesa, ada tandas dan tempat wujud dan luas juga. Nanti lepas guna tandas tu cuci-cuci sikit. Orang dah bagi kemudahan jangan laa dibiarkan hancing barai. Hulurkan juga sedikit sebanyak sedekat bagi membantu kewangan masjid di negara ini.
Selesai makan dan solat, perut pun ketat dan bertenaga nak jalan. Maka kami balik ke hotel untuk pickup luggage sebelum ke airport. Dari Akihabara terus ke Hamamatsucho dan ambil beg. Bagi saya hotel ni agak sesuai nak duduk pasal tak jauh dari 2 station - Station JR ada station Subway pun ada. Convenience shop pun duk ada 3 kedai.
Tarik beg pergi ke Hamamtsucho Station, kami naik monorail sahaja untuk ke Haneda Airport, tak perlu nak interchange bagai.
Bagi saya, saya lebih gemar pergi awal ke airport pasal saya jenis tak suka last minute. Ada sesetengah orang akan guna semaksimum masa untuk berlibur. Tapi bagi saya, risiko nak naik flight memang saya ambil kira terutama kalau bawa orang ni.
Andai kata ada masalah dengan tiket, luggage terlebih berat atau masalah dokumen, at least ada masa untuk menyelesaikan hal-hal tersebut dan tidak berkejaran.
Jadi saya beratur paling depan sekali 4jam sebelum kaunter bukak. Letak troli siap-siap dan saya suruh dorang pergi makan, solat atau lepak dulu. Bila kaunter drop luggage buka pada jam 0800malam baru la asaya panggil dorang semua.
Alhamdullillah urusan drop luggage semua selesai, terus masuk ke imigresen dan security checking. Dah lepas security checking barulah kita berehat. Nak makan ke, nak beli barang free duty ke.
Flight return pun datang on-time saja. Maka dapat duduk dan rehat dalam flight sehingga tiba di Kuala Lumpur.
Syukur selesai trip Tokyo 5 hari kali ini bersama team gegurl. Semoga ada rezeki lagi untuk korang menjelajah bumi eropah kelak. Jangan lupa pakej Have2Travels sentiasa ada yaaa!
This is awesome gais
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2024 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2024 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2024 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 5
Comments