Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 4
Pagi ini kami nak pergi ke Kawaguchiko untuk tengok Mount Fuji. Jam 5pagi saya dah prepare bagpack pasal dalam forecast mengatakan cuaca mendung dan berkemungkinan akan hujan.
Jadi tak ada rezekilah nak tengok gunung Fuji pada harini ini. Silap-silap memang langsung tak nampak apa. Kalau pergi gunung Fuji dan dapat tengok clear view tu memang rezeki pasal Fuji ni sama macam Gunung Kinabalu, tak selalu dia muncul.
Walau pergi waktu winter dan musim bunga, bukan setiap hari kita akan dapat nampak pasal ianya selalu berawan.
Jam 0600pagi kami mula jalan keluar dari hotel menuju ke Hamamtsucho Station. Dari situ kena pergi ke Shinjuku Station untuk menaiki Super Azusa 522 untuk ke Kawaguchiko Station.
Ada alternative lain untuk ke Kawaguchiko ni iaitu dengan menaiki bas. Harga bas dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station sekitar harga JPY2200 one-way. Disebabkan saya mempunyai Tokyo Wide Pass - maka say naik sahaja train limited express ni terus ke Kawaguchiko Station. Tak perlu keluar duit nak beli tiket lain lagi dah.
Train limited express pertama menuju ke Kawaguchiko (Melalui Otsuki) berlepas pada jam 0700am. Buat masa kini, limited express Super Azusa ni perlu membuat reservation seat. Kalau tak buat takpe cuma korang kena berdiri lah untuk 2 jam tu.
Kalau buat seat reservation adalah percuma saja guna machine. Kalau tak reti boleh suruh officer di kaunter station tu tolong buatkan. Kena tunjuk yang korang ada pass TWP baru boleh dapat free seat reservation.
Untuk mudah faham pasal seat Jepun ni, warna hijau bermaksud seat dah reserve. Warna merah adalah free to seating. Warna oren pula next station akan ada orang yang akan duduk. So dalam masa dua jam ni boleh ler rehat sambil pekena kopi dulu sementara layan permadangan diluar.
Kalau korang nak ke Arakurayama Sengen Park, korang perlu turun di Shimoyoshida Station, follow saja signboard untuk ke Sengen Park. Lepas tu mendaki 400anak tangga untuk view gunung Fuji macam bawah ni.
Disebabkan pertama itinerary kami untuk ke Oshino Hakkai, maka kami kena turun di Fujisan Station. 1 station sebelum - Kawaguchiko. Fujisan station juga adalah antara station yang korang boleh keluar untuk bergambar berlatar belakang gunung Fuji dan nak mendaki gunung Fuji.
Tapi cuaca harini mendung, gunung Fuij tidak kelihatan pun melainkan awan yang kelabu.
Baca perjalanan saya mendaki tangga ke Arashiyama Sengen Park - 400 anak tangga!
Ninja Village - Oshino Hakkai Kawaguchiko
Sebelah Fujisan Station ni ada busstop. Jalan kaki dan tunggu sahaja bas untuk ke Oshino Hakkai. Saya tak ingat bas nombor berapa, tapi korang boleh rujuk pada peta laluan bas (bus route) yang tunjuk nombor bas apa pergi ke Oshino Hakkai. Update : Bas nombor A1.
Biasanya bas heading ke Gotemba, Fuji 5 Lake, Kawaguchiko Lake Lood tu semua boleh naik dan akan lalu ke Oshino Hakkai.
Pada waktu saya pergi tu, dalam map bas bertolak pada jam 10:00pagi, sempat saya sahkan bas untuk ke Oshino Hakkai pada booth bus conductor tu dan dia pun cakap tunggu jam 10:00pagi.
Ngam 10:00am bas tiba dan kami terus naik. Perjalanan bas mengambil masa 20minit dan 250yen untuk satu perjalanan. Tak sempat nak lelap dalam bas, dorang ni asyik buat corner sharp 90degress senget bahu bhai.
Tiba saja di Oshino Hakkai, macam agak ramai orang pada dah masuk 10:20pagi. Banyak kedai sekitar mula buka berbanding kami pergi ke Nikko semalam yang masih lagi tutup pasal belum jam 10:00. Tapi rasanya Nikko lagi tenang berbanding Kawaguchiko pasal orang datang nak tengok Fuji. Nikko tak ada gunung Fuji.
Kat sini entrance adalah percuma. Tak perlu korang nak bayar walaupun dalam website. Jangan buat kalut melainkan korang bayar untuk hired tour guide yang menceritakan sejarah Oshino Hakkai.
Dari susur laluan masuk ni, terdapat anak sungai clear crystal sepanjang jalan ke arah perkampungan Oshino Hakkai tu. Dalam gambar saya ni nampak macam longkang je, tapi nyatanya dengan mata kasar memang jernih dan indah tuan-tuan.
Ada budak memacing kat sini dan saya tak pasti boleh ke nak pancing ikan kat sungai sini. Boleh laa kot kan pasal dia bukan kolam ikan pun. Ianya adalah sungai.
Disebabkan banyak susur laluan sepanjang sungai ni, korang follow saja signboard Village yang mana ianya terdapat sebuah perkampungan asal orang Jepun dan dijadikan sebagai tempat perlancongan dengan permandangan latar belakang gunung Fuji.
Dari jauh korang boleh bau orang jual makanan kat sini, ikan bakar laa, ubi bakar la, bau jus lemon la. Ini semua membuatkan perot tak reti duk diam. Asal bau terus mintak isi. Bila tengok harga boleh tahan juga laa sekor ikan harga JPY1000. Takpe kita hirup bau ikan bakar saja dulu sebelum santapan tengahhari.
Ditengah perkampungan ni agak ramai orang berkumpul untuk bergambar dengan kolam yang jernih ni. Dalama hati saya, datang punya jauh nak tengok kolam saja ke...? Tapi bukan sebab tu sebenarnya. Ianya tentang apa yang kita boleh pelajari apabila datang ke tempat orang. Boleh tengok budaya, tradisi, permandangan hebat malah dapat mempelajari sesuatu yang tak ada di tempat kita.
Difahamkan juga, Oshino Hakkai juga adalah tempat dimana ninja-ninja berlatih serta ditubuhkan disini. Oleh sebab itu, ada sebuah rumah (saya tak amik gambar) yang mana ada dinding dia boleh pusing dan siling dia boleh bergerak untuk kegunaan ninja menyembunyikan diri serta melakukan serangan hendap.
Jika Nikko yang pergi semalam tempat Samurai, kali ini Ninja pula. Kalau korang nak layan sejarah ninja pun ada Tour Ninja, cuma harga dia mahal dan kena spent masa seharian kat situ. Kami tak banyak masa maka kami baca saja sejarah dia.
Sambil duk bergambar tepi kolam, layan dulu masuk dalam market makan buah dengan beli air jus. Tak tahan bau ikan bakar, saya kena makan juga sebelum tangan gigil. Dapat beli souvenir sebagai tanda hadir kat sini 1.
Kawaguchiko Lake
Jam 12.00pm - perjalanan untuk ke Kawaguchiko Lake pula. Ini kali untuk makan tengah hari tepi tasik yang kononnya boleh tengok gunung Fuji.
Tunggu bas di busstop, korang naik je laa apa bas yang sampai pasal semua bas tersebut akan berhenti di Kawaguchiko Station. Cuma bezanya lama dengan kejap saja perjalanan tu.
Sampai saja di Kawaguchiko Station, berjalan kaki 800meter untuk ke tasik tu. Tak rasa sangat pun pasal laluan tepi kedai dengan permandangan bukit yang cantik. Kami mempercepatkan jalan kaki pasal perut dah lapar beb. Jalan slow kang nanti boleh buat gaduh.
Kedai yang dinantikan seperti menunggu ketibaan kami ni. Dari jauh muka mamak kedai Alladin Indo ni melambai-lambai. Kami pun masuk terus order nasi kari ayam panas 1 memandangkan cuaca kat sini mula dah drop ke 17c cuaca mendung.
Walau cuaca sejuk team gegurl still nak lepas meja luar pasal nak makan tengok tasik. Dalam kesejukkan ni, saya kena la beli kopi panas satu bersebelahan dengan restoran ni sementara tunggu nasi masak.
Sebenarnya ada 3 restoran halal sekitar kawasan ini yang saya tahu. Alladin Indo ni, SN The Spice Hut berhadapan dengan restoran Alladin Indo dan sebuah restoran bersebelahan dnegan Masjid Kawaguchiko.
Ya disini ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Kawaguchiko - dikelolakan dari sumber Malaysia Indonesia serta mendapat sokongan daripada kerajaan Jepun sendiri.
Perut dah kenyang, maka kami teruskan perjalanan menyusuri tasik dan plan untuk ke Lawson viral tu.
Walau cuaca mendung, kami gigihkan jua untuk kesana demi sekeping gambar yang kononnya nampak gunung Fuji. Memang tak ada rezeki kami langsung untuk diperlihatkan gunung Fuji harini. Memang langsung tak ada. Agak sedih dan saya tahu bagaimana perasaan kecewa dorang yang jauh terbang semata untuk tengok Fuji.
Semuanya rezeki. Saya juga juga sedih. Diperlihatakan gunung yang besar memang akan mengamit mata dan mampu memukau hati kita. Percayalah.
Maka kita amik beberapa foto sebagai kenangan, nanti balik edit saja lah.
Pada pengamatan saya, jika anda mempunyai kelapangan masa atau hari yang banyak, boleh laa bermalam sehari 2 di sekitar Kawaguchiko ni. Mana tahu waktu pagi berkesempatan untuk tengok gunung Fuji nan indahkan.
Shinjuku - The Godzilla
Waktu untuk kembali ke Tokyo. Lawson yang viral ni tak jauh pun dari Kawaguchiko Station, jadi jalan kaki saja dan tunggu train Super Azusa datang. Boleh rujuk schedule dia untuk tahu waktu-waktu perjalanan pulang ke Shinjuku.
Cuma kali ini saya tak sempat nak reserved seat, maka kebanyakkan non-reserve seat dah penuh dan terpaksa laa duduk mana tempat yang ada. Tapi kami ni berlonggok-longgok duk depan tandas sambil layan perasaan. 2 jam bhai Kawaguchiko balik ke Shinjuku. Dia akan berhenti di Otsuki, dan kat sini korang boleh tengok train dari Matsumoto bercantum dengan train yang kita naik tadi.
Korang boleh tengok dalam instagram saya video train ni bercantum macammana.
Shinjuku adalah salah satu bandar favourites saya selepas Akihabara. Vibes dia memang masuk habis dalam hati pasal banyak lampu neon dan pada waktu malam dan ada kepala Godzlilla yang awesome!
Station Shinjuku jangan buat main, ianya adalah station paling sibuk didunia dengan capaian penumpang seramai 2juta setiap hari berdasarkan tapping in-out pada gate barrier. Memang ramai orang tambah pula pada hari sabtu. Ramai-ramai nak pi mana pun tak tau.
Kat sini ada banyak tempat shopping, Don Quijote, Sport Depo (Kira macam al-ikhsan) Adidas, Nike, Lush ahhh semua bagai ler ada.
Tapi apa yang menarik perhatian dan kesukaan saya adalah untuk tengok kepala Godzilla kat sini. Ngam dia duduk atas Hotel Gracery. Cantik untuk street-photography.
Bila masuk jam 6.00petang, beberapa jalan raya akan ditutup sepenuhnya untuk orang lalu lintas dengan lebih selamat. Maka boleh ler nak berselfie-selfie kat sini. Ada banyak kedai halal cuma kami masih kenyang tak rasa nak makan pun.
Unicorn Gundam - Odaiba
Itinerary kami masih lagi berbaki pada tempat terakhir iaitu di Odaiba.
Disebabkan Tokyo Wide Pass kami akan berakhir pada harini, maka kami teruskan perjalanan ke Odaiba untuk ke Fuji Q TV Station dan tengok Gundam Unicorn sebagai tanda hadir.
Pada blog ini ditulis, Yokohama Gundam Factory telah ditutup sepenuhnya pada 31 Mac 2024. Jadi hanya ada di Odaiba sahaja untuk tengok gundam skala besar.
Baca pengalaman saya ke Yokohama Gundam Factory disini.
Dari Shinjuku terus ke Tokyo Teleport (Odaiba) dengan menaiki train Saikyo Line. Geng gegurl suak datang sini pasal ada beberapa charactor dari Fuji TV. Antarnya adalah doremon, nobita dengan sizuka. Kita layan dulu bergambar kejap cuaca pun macam nak hujan saja.
Kawasan ni ada banyak atrraction, antaranya ada Legoland Discover Center - Indoor edu-park, ada Kidzania, taman tema tak ingat nama lepas tu ada Gundam Unicorn.
Kalau korang masuk dalam mall ni, ada banyak retails product anime yang tersendiri termasuk Harry Potter. Ada surau juga dalam ni pada tingkat 6. Prayer room ini depa kongsi antara lelaki dan wanita. Tak besar sangat.
Pasal masuk mall, duk lalu kedai makan macam lapar laa pulak kan. Maka bro Fauzy request untuk lepak minum kejap sambil makan fries. Di food court sini tiada restoran halal. Tapi korang boleh beli fries yang digoreng dengan vegan oil. Layan minum sambil borak-borak pada malam terakhir sebelum pulang ke Malaysia.
Makan bersama ketika travel adalah bounding antara team travel, pada tika ini kita boleh berborak bermacam topik, share antara pengalaman berjlan dinegara orang. Amik masa, be humble InsyAllah dapat serba sedikit ilmu.
Dorang dah kenyang sikit baru saya bawa bergambar dengan Gundam Unicorn. Nasib baik cuaca tak hujan boleh ler layan. Kenapa laa dorang tak pasang saja gundam yang scale 1:1 tu kat sini, tak payah gerak pun tak pe janji ado... baru sempoi naaa
Tapi yang duk ada ni pun besar jugak beb... mau 3 tingkat bangunan cuma dia tak leh gerak aja la... hanya posing sahaja.
Sebelum kembali ke hotel, ada antara dorang request untuk singgah di Hard Rock Ueno untuk beli baju last di Tokyo. Saya bawa saja cuma perjalanan makan masa 40minit. Kena interchage di Shinagawa dan naik Yamanote Line untuk ke Ueno.
Dalam masa sama, saya bagitahu team gegurl, di Ueno ada satu kedai kosmetik nama SunDrug. Kedai ni murah sikit dari Matsumoto dan ada free tax. Itu jam dornag nampak macam cergas balik.
Tiba di Ueno - sempat saya beli 1 pin HR versi panda. Walau collection biasa, tapi cantik bro pin ni. Setakat ni saya dan ada 16 pin HRC dah. Nak beli baju saya dah ada untuk version Ueno-eki ni.
Team gegurl saya tinggalkan di SunDrug untuk dorang cuci semua duit dorang tu sebelum balik. Huhuhuhu. Dapat ler sambor sunscreen dengan facemask lagi kan.
On the balik ke hotel, saya singgah kedai kuih Naruto. Perut ni macam lapar pulak dah jalan banyak. Serius bro kuih dia sedap cuma tu lah... harga sekeping 300JPY beb... beli dua saja laaa. Uhuk uhuk uhuk...
Esok adalah hari terakhir. Barang banyak belum packing lagi. Bangun awal saja laa untuk pack barang. Malam ni nak rehat. Jauh perjalanan.
Get rest mandi dan solat.
This is awesome gais!
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 5
Comments