Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 4 Pagi ini kami nak pergi ke Kawaguchiko untuk tengok Mount Fuji. Jam 5pagi saya dah prepare bagpack pasal dalam forecast mengatakan cuaca mendung dan berkemungkinan akan hujan. Jadi tak ada rezekilah nak tengok gunung Fuji pada harini ini. Silap-silap memang langsung tak nampak apa. Kalau pergi gunung Fuji dan dapat tengok clear view tu memang rezeki pasal Fuji ni sama macam Gunung Kinabalu, tak selalu dia muncul. Walau pergi waktu winter dan musim bunga, bukan setiap hari kita akan dapat nampak pasal ianya selalu berawan. Jam 0600pagi kami mula jalan keluar dari hotel menuju ke Hamamtsucho Station. Dari situ kena pergi ke Shinjuku Station untuk menaiki Super Azusa 522 untuk ke Kawaguchiko Station. Ada alternative lain untuk ke Kawaguchiko ni iaitu dengan menaiki bas. Harga bas dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station sekitar harga JPY2200 one-way. Disebabkan saya mempunyai Tokyo Wide Pass - maka say naik sahaja train limi...