Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 3
Masuk hari ke-3 ni badan masih rasa bersemangat. Disebabkan itu, itinerary hari ketiga ini antara hari paling awal kena bangun pasal nak pergi ke Nikko yang jaraknya mengambil masa 30minit local train Tokyo - 1jam naik shinkansen - 1jam Nikko local train. Total perjalanan adalah 2jam30minit.
Jadi seawal jam 0500pagi saya dah wakeup call dorang ni semua supaya ontime di lobby. Maklum ler kaum wanita ni dia boleh drag masa lama sikit. Tapi dorang ni memang on-time. Terbaik semua.
Jadi seawal jam 0515am kami mulakan perjalanan dari hotel di Daimon menuju ke Tokyo Station. Menaiki Yamanote Line ke Tokyo Station.
Tujuan saya gerak awal adalah nak tiba awal di Nikko kerana Nikko adalah salah satu World Heritage Site yang terkenal di Jepun. Maka pelawat akan ramai tiba sekitar jam 10pagi keatas. Jadi elok kita sampai awal supaya bila bergambar tak crowded dengan manusia. "Prinsip awai tak kalut"
Shinkansen paling awal menuju ke arah Tohoku adalah pada jam Yamabiko pada jam 06:04am. Kali ini JR menggunakan train jenis Yamabiko bukan jenis Hayabusa kepala hijau tu. Dalam hati sedikit kecewa pasal tak dapat naik Hayabusa shinkasen kepala hijau.
Untuk ke Nikko ni, perlu naik shinkasen dari Tokyo Station dan turun di Utsunomiya - interchange dengan Nikko Line dan turun di Nikko Station. Bila naik shinkasen, boleh cari gerabak yang non-reserver. Biasanya waktu pagi ni tak ada orang pun nak naik shinkasen yang menghala ke arah Aomori.
Tak apa lah tak ada rezeki. Tapi sebelum naik train tu saya tapau kopi dan sandwich untuk bekalan sarapan saya nanti.
Sepanjang perjalanan shinkansen ni, saya gemar duduk pada sebelah kiri untuk penampakkan gunung Fuji. Pun sama tak ada rezeki lagi hari kedua naik shinkasen cuaca masih mendung. Kalau namapak menang lawa bro... nampak puncak dia macam kita nampak puncak Kinabalu ler.
Ni saya share kalau naik shinkansen nampak Gunung Fuji - ni trip masa saya pergi waktu winter Feb 2023.
Bila tiba di Utsunomiya, terus ke platform 6 untuk naik Nikko Line. Train dah tunggu siap dah masih ada berbaki 10minit untuk berlepas. Train Nikko Line ni jenis slow train dan duration dia tak banyak. Dalam 30-40 minit baru ada next train. Maka kalu terlepas ni, menunggu ler kita untuk next train.
Nama dah slow train, maka kita layan perasaan lah naik train ni lalu tepi sawah, belakang rumah orang, tepi garage kilang. Semua lalu boleh nampak apa ada dalam rumah pasal dekat sangat. Pada waktu ni dah nampak beberapa kanak-kanak kecil berjalan kaki untuk ke sekolah.
Di Jepun, anda tidak dibenarkan untuk mengambil gambar candid kanak-kanak. Kalau korang kena tangkap dan ada gambar kanak-kanak dalam handphone, korang boleh boleh didakwa atas Child Welfare Act. Jadi jangan rasa dorang comel boleh ambil gambar suka-suka hati ya. Sila amik gambar pokok je.
Shinkyo Bridge - Nikko
Pada jam 07:50 pagi, kami tiba di Nikko Station. Ternyata tak ramai pun pelawat yang tiba pada waktu ni kecuali kami dan beberapa orang local sahaja. Terus naik bas Tobu Bus untuk ke Shinkyo Bridge. Kiranya Shinkyo Bridge ni tak jauh mana pun dengan station, dalam 18minit sampai ler dengan harga JPY250.
Saya ke sini pasal masa saya pergi ke Chuzenji Lake tahun lepas, Tobu bas dia lalu cross Shinkyo Bridge ni. Saya tergamam tengok kejernihan air sungai dengan jambatan berwarna merah yang sememangya pernah saya nampak dalam wallpaper komputer.
Baca perjalanan saya ke Chuzenji Lake
Loceng bas ditekan, kami turun di Shinkyo Bridge. Sekitar kawasan ni dah ada beberapa pelawat yang sedang termenung tengok suasana damai dengan deruman air sungai dari Chuzenji Lake ni
Tak dinafikan, memang cantik dan jernih air sungai ni. Suhu pun dingin dalam 20c. Bau daun dengan pokok maple seakan menyambut kehadiran kami.
Masa di Station Nikko tadi, saya perasan ada indicator daun autumn yang mereka buat. Ini pun salah satu tujuan asal yang saya nak ke sini, untuk tengok daun maple yang bertukar kepada kuning keemasan.
Tapi disebabkan perubahan cuaca yang drastik, maka kebanyakkan daun-daun di Nikko masih menghijau. Anggaran indicator daun tu berkemungkinan bertukar pada warna kuning emas dalam masa 1 bulan lagi.
Tak ada rezeki - tapi tak mengapa janji sampai untuk menikmati keindahan Illahi pada hamba-Nya. Betapa tenang dan indah.
Saya agak kagum dengan pembinaan jambatan Shinkyo ini walaupun nampak ringkas, akan tetapi ianya dibina atas dasar muafakat dan penanda aras bahawa kita telah sampai di Nikko dan menuju ke arah utara.
Sejarah Shinkyo Bridge ini juga agak lama, ianya dibina sekitar tahun 1636. Dikatakan juga, pembinaan Shinkyo Bridge ini adalah untuk perjalanan bagi penuntut agama Buddha untuk datang bertapa di kawasan bukit pada ketika itu. Malah ada juga yang mengatakan, kawasan ini dulu juga dijadikan tempat latihan ninja dan samurai yang berkait rapat dengan shrine dan pagoda.
Maka tidak hairanlah disini juga terdapat sebuah Shrine (Temple) besar yang popular seluruh pelusuk bandar Nikko ini. Jika diperhatikan juga, deretan kedai juga masih mengekalkan senibina asal tradisional Jepun yang masih menggunakan kayu bagi ketahanan musim sejuk.
Senibina dia memang awesome, saya agak terpegun juga menginatkan bahawa pada waktu zaman 1600an telah wujud seni ukir kayu yang hebat dan masih utuh dijadikan sebagai tiang dan pagar.
Tak jauh dari jambatan ni, ada sebuah World Heritage Monument kat kaki bukit. Korang boleh layan brisk walk kat sini dan ada beberapa cafe dan restoran sekitar kawasan ni. Cuma saya frust pasal cafe-cafe ni dorang buka pada jam 1000pagi.
Ni kalau kat Malaysia, kompem mamak nangis hari cuti bukak kedai jam 1000pagi. Ini jam lah mau buat duit. Orang cuti keluar berjalan menikmati suasana hutan asli Jepun sambil minum kopi. Dah ler pag ini saya belum pekena kopi lagi. Sekali datang cafe tutup lagi. Aduhai noksss!
Kami duk pusing, sambil slow-slow layan suasana sejuk nyaman. Sambil-sambil tu juga duk usha mana kedai yang bukak.
Saya decide, kami berjalan kaki slow-slow menuju balik ke arah Nikko Station. Dalam google maps tunjuk 1.4km.... huhuhhuhu.. takpe udara sejuk, cuaca sejuk kita layan jalan kaki slow-slow sambil tengok deretan kedai tradisional Japan. Comel-comel aje kedai dorang ni. Aje malas bukak awal dorang ni. Tang mana kata orang Jepun rajin. Huhuhuhuhu
Punya kami duk lalu, tak ada satu pun kedai bukak jam 0900pagi, maka kami singgah sajalah kedai Family Mart untuk pekena kopi dan habiskan bekalan roti.
Sambil-sambil tu boleh rehatkan kaki kejap dengan beli barang dalam ni. Tak ada orang pun. Masa pun masih banyak, kita bawa menyembang, santai-santai dulu. Tapi saya tak nafikan, kopi Family Mart kat sana memang sedap lain macam laa
Habis saja mengopi, kami sambung jalan kaki menuju balik ke Pekan Nikko. Ada banyak kedai souvenir dan kedai buah-buah kat station nih. Nak beli untuk makan dalam train pun boleh cuma harga dia memang mahal ler.
Dalam tradisi budaya Jepun, mereka agak gemar membeli buah tangan seperti coklat, buah, kuih empar dan juga gin jika nak bertemu saudara atau rakan. Adat ini juga telah diajar oleh Rasullullah SAW bahwa kita disunatkan memberi makan atau buah tangan jika menziarahi saudara-mara serta melawat orang yang sakit.
Perkara yang baik harus dijadikan teladan dan dicontohi. Jika kira melawat negara orang, apa yang baik kita amik, apa yang buruk kita tinggalkan ditempat mereka. Bukan datang semata untuk bergambar dan membeli keychain sahaja.
Kalau train lambat lagi sampai, korang boleh layan Nikko Visitor Information Center terletak sebelah dengan station Nikko. Dalam ni dorang pamerkan suit Samurai original. Ada juga informasi pada waktu bila daun-daun akan bertukar warna dikawasan ini dan beberapa kawasan menarik untuk dikunjungi.
Balik ke Utsunomiya menaiki local train Nikko Line, dapat laa lelap kejap sementara sampai ke Utsunomiya 1 jam lagi. Train ni tak ada tandas - maka nak memerut ke nak apa ke semua kena settlekan di tandas station.
Utsunomiya ni bandar di besar juga. Saya tak pernah explore secara menyeluruh bandar ni. Dalam google maps ada 2-3 restoran halal sekitar station Utsunomiya ni cuma kami masih kenyang. Maka skip lunch dulu dan saya bawa masuk ke Yodobashi kat sebelah station.
Untung masuk Yodobashi kat sini tak ramai orang macam di Akihabara. Barangan yang korang nak pun banyak jarang nak sold-out.
Ni antara yang saya dapat beli yang pastinya di Akihabara dah tak ada. Ada macam-macam algi tak sempat nak snpa gambor. Bayar dan terus balik ke station shinkasen. Tak boleh lama nanti terlepas train.
Kali in rezeki dapat naik shinkansen favorite saya all of time di Jepun. Tohoku Hayabusa Shinkasen - Rekabentuk dia memang awesome sesuai dengan kelajuan 350kmh. Nampak satu simbolik laju dan prestij.
Shinkansen terus menuju ke Tokyo, jarak perjalanan adalah 55minit. Dalam masa sama, saya juga berbincang bahawa pada waktu petang nak pergi ke Kamakura. Tapi macam tak cukup masa dan berkemungkinan sampai di Kamakura dah gelap walau jam 0600petang. Gelap awai - kelaut habis.
Maka kata sepakat dipersetujui, kita layan saja itinerary yang sedia ada dan make it smooth. Ini yang kita mahukan.
Pasal dalam shinkasen tadi ada orang duk sebelah pastu siap makan, maka saya pun turut lapar dan terus ke kedai ramen sejati di Ueno untuk makan ramen.
Restoran Toribushi Halal Ramen ni salah satu favourite saya juga untuk makan ramen. Harga dia sekitar JPY800-JPY1200 mengikut size ramen yang korang naik. Lepas tu ada nasi add-on kalau korang nak makan nasik. Lauk dalam ramen tu pun dah cukup banyak boleh share dua orang.
Maka perut kenyang baru la boleh jalan tegak sikitkan... jadi kami jalan-jalan sekitar Ueno ni dan saya bawa kedai kegemaran wanita - Matsumoto lebih kurang ala-ala Watson Guardian Malaysia tapi dengan harga jauh lebih murah!
Kedai ni memang berhantu bagi kaum wanita. Macam-macam ada barangan skincare, bodycare, sama lah seperti Watson. Nak beli coklat kapal pun murah kat sini lepas tu ada Tax Free kalau pembelian cecah JPY8000. So ada discount lagi 10% pada total bill kita.
Disebabkan muatan pembelian yang banyak, team gegirl request nak balik hotel untuk drop barang sebelum ke Kamakura. Jadi kami balik ke hotel dulu untuk drop barang dan solat terus di hotel.
Sambung perjalanan seterusnya menuju ke Kamakura walau hari dah mula nak senja. Nasibbaik cuaca hari ni tak hujan. Sebenarnya elok ke Mount Fuji kalau cuaca macam ni tapi apakan daya, walau tengok web kaji cuaca, katanya hujan sepanjang masa tapi okayy je cuaca sebenar.
Tu semua kehendak Allah yang menentukan perjalanan kita pada setiap hari.
Pantai Kamakura Waktu Malam
Apa ada di Kamakura? Ianya adalah kawasan tepi pantai yang cantik sebenarnya dan ianya sedang viral dengan scene dalam anime Slumdunk. Ketika itu, Hanamichi sedang berjalan kaki melintasi track kereta api dan sedang memerhatikan 3 orang gadis sekolah.
Walau anime ni dah bertahun-tahun lamanya, selepas Covid-19 ianya menjadi viral dek kerana orang mencari kawasan-kawasan anime dan pergi ke kawasan reality.
Selain itu juga, Kamakura juga terkenal dengan kecantikkan pantai yang bersih, dan mempunyai pulau kecil yang dikatakan terletakknya sekolah Hanamici dalam anime Slumdunk tersebut.
Bila google, Kamakura juga merupakan kawasan culture village dan mempunya pagoda yang besar di pulau tersebut. Cuma disebakan ketiadaan masa yang cukup, kami hanya dapat singgah sekejap sahaja pada waktu kononnya senja tapi dah gelap gelita.
Untuk ke Kamakura Beach, kami bermula dari Hamamatsucho Station dan menuju ke Shinagawa Station - Interchange ke Yokosuka Line dan turun di Kamakura Station. Selepas tu perlu naik local train Enoden Line untuk ke Shicirigahama Station. Total perjalanan dari Hamamtsucho Tokyo tadi lebih kurang 1jam20minit.
Bila dah sampai Shicirigahama ni, memang dah gelap dah walau jam 0600petang. Tak apa kami jalan juga hirup udara lautan pacific yang segar. Tengok dalam google maps, kalau berenang terus ni boleh sampai ke Papua New Guinea. Korang boleh laa cuba nanti yer!
Sambil jalan-jalan tu saya perhati ada banyak cafe dan restoran menghadap laut pacific ni. Mungkin bila datang waktu siang memang cantik seolah berada di Almaty Italy.
Kami singgah kejap di sebuah cafe aiskrim yang comel ni. Kebetulan pula kedai dia jual menu ice-cream coffee dengan harga JPY750 secawan. Kemain mahal yer ko bantai mentang tepi pantai gini.
Beli juga laaa hilangkan haus. Lagi pun jarang nak pekena aiskrim kopi macam ni kat Malaysia. Dak laki kita kasi lepak luar laa bagi macho sikit.
Settle tu baru kami ke Kamakurakokomae Station untuk ootd Hanamici style di laluan track Enoden Line tu. Train ni tak panjang dalam 3 gerabak sahaja dan memang slow pun dia gerak. Habis semua ootd nak balik ke Tokyo pula. Masih ada berbaki itinerary pada harini untuk ke Shibuya Crossing.
Shibuya Crossing - World's Most Busiest Intersection.
Rasanya tak perlu saya nak ceritakan lagi pasal Shibuya Crossing. Tapi kalau nak tahu jugak, Shibuya Crossing ini adalah intersection pejalankaki paling sibuk di dunia. Dia punya ramai manusia nak pergi mana pun tak tahu. Lagi malam lagi lah sibuk. Kita yang datang sambil tengok orang pun dah menambahkan kesibukkan.
Salah satu yang jadi makin popular kat sini adalah cerita Fast & Furious - Tokyo Drift. Malah orang datang kesini juga untuk memperlihatkan pelbagai culture dan vibes Tokyo pada waktu malam.
Ada pelbagai lampu iklan neon dipertontonkan malah kebanyakkan retailer disini juga tutup sedikit lewat berbanding kawasan lain.
Waktu malam makin meriah kat sini. Kena pulak kat tengah crossing dengan laluan jalan raya ada pulak orang bawa mario go-kart tu macam di Harajuku.
Kalau korang nak bawa pun boleh, tapi korang kena ada IDP - International Driving Permit (Lesen memandu antarabangsa) boleh apply di JP Malaysia dengan bayaran RM150.
Jangan tanya saya berapa harga sewa go-kart nak pusing bandar Jepun ni.
Semasa tiba di Shibuya Crossing, sebelah station ni dorang ada buat France Festival. Kira macam nak memprosmosikan perlancongan France dari negara Jepun. Jadi ada banyak gerai alkohol dengan cheese yang dijual disini.
Selain tu jugak ada orang jepun berpakaian Geisha serta Kimono. Sama seperti yang saya cakap tadi. Jangan sebarangan mengambil gambar candid atau tanpa kebenaran dorang. Silap hari bulan dorang sound 'no picture - no picture'
Tapi kalau minta permisi mungkin dorang ada yang setuju bergambar. Kalau yang tak setuju tu dorang akan pusingkan badan atau tutup dengan kipas lipas. Aaaa gitewww
Memang ramai kelibat manusia kat sini, cuma perlu berhati-hati juga dengan barangan berharga walaupun negara Jepun dikatakan antara negara selamat untuk dikunjungi. Akan tetapi kadang kala yang buat kerja ni warga asing juga sama seperti di London & Paris.
Kami meneruskan langkah menuju ke Don Quijote di Shinjuku. Kat sini dorang nak beli sourvenir lepas tu ada beberapa barangan peribadi. Dalam ni pun ramai juga manusia - kepala duk pening mai sini buat apa tak tau. Don Quijote di Shibuya ni buka 24jam gais. So tak perlu laa nak kalut kedai tutup naa...
Apa ada dalam Don Quijote ni? Antaranya korang boleh beli t-shirt Tokyo Signature untuk dijadikan sourvenir, magnet fridge, keychain, kipas macam-macam lagi ler barang.
Coklat kapal juga ada jual dalam ni, tengok harga laa kadang ada JPY110 seketul, setakat nak beli 10pax boleh ler lepas tu antara barangan yang perempuan suka pastinya skin care product. Memang lama laa citernya kat sini wokay!
Setiap pembelian dalam Don Quijote ni kita akan dapat rebate 10% tax free. Hanya perlu simpan resit saja nanti mau pulang yaa.
Perut pun dah lapar, kita sambung dinner makan kebab dulu di Baran Kebab - sebelah saja dengan Don Quijote Shibuya. Nama kedai kebab dia Baran ni rasanya memang sesuai kot. Boleh baran bhai tunggu beratur ramai orang nak siapkan satu order. Apo korang order 20 ketul kebab ke apa sorang.
Ada je restoran halal indonesia tak jauh dari sini. Tapi masing-masing da tak nak makan nasik lagi. Nak makan light saja. Itu yang jadi tunggu juga kebab ni siap. Da dapat, konon nak makan kat hotel laa... tak boleh bro dah lapar kita kasi ngap terus depan kedai dia.
Perot dah kenyang, jalan pun dah rasa tegak balik, maka kami terus balik ke hotel untuk berehat. Kena lalu sekali lagi shibuya crossing yang ramai orang tu. Naik train dari Shibuya crossing terus ke Hamamatscho.
Selesai Itinerary hari ke-3. Esok adalah Mount Fuji. InsyAllah
This is awesome gais!
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 5
Comments