Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 2

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer - Fall) 2024 - Day 2

Hari kedua cuaca elok saja, tak ada mendung sangat. Tapi suhu agak dingin dalam sekitar 18c seawal jam 0600pagi.


Kami sebagai captain keluar dahulu sementara dorang berada di hotel berehat-rehat dulu. Kali ke Hamamatsucho station untuk membeli Suica Card bagi kegunaan dorang. Nasib baik, Suica Card Welcome masih dijual di station ini. Kalau tak ada, kami terpaksa pergi ke Haneda Airport dan beli kesana. 



Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ni, Suica Card ni fungsi dia sepeeti touch n go di Malaysia. Card ini adalah memudahkan perjalanan anda menggunakan train seluruh pelusuk di Negara Jepun. Harga 1 kad adalah JPY2000 dan minimum deposit JPY500. Kira kalau beli JPY2000 tu balance ada JPY1500. Nanti kalau low balance boleh topup dimana-mana station. 

Akan tetapi, ada 1 lagi pass yang mampu menjimatkan poket anda iaitu Tokyo Wide Pass. Pass ini mahal sikit berharga JPY15000 untuk dewasa dan valid untuk 3 hari. Dengan adanya pass ini, korang boleh naik shinkasen Tohoku, Super Azusa, Yamabiko, Yamagata, Hayabusa ahhh macam-macam lagi lah. Untung ada pass ini korang boleh jalan jauh dari bandar Tokyo.

Settle beli Suica Card, hari mula cerah, kami pergi ke Tokyo Tower dulu untuk membuat senam robik waktu pagi. Hahahahahaha.

Tokyo Tower - Ikonik Tokyo

Tokyo Tower adalah salah satu iconic dunia, kalau datang Paris nak tengok Eiffle Tower, Kalau datang London nak tengok BigBen, kalau datang Jepun nak tengok Mount Fuji, kalau datang Tokyo nak tengok Tokyo Tower. Gitewwww!

Disebabkan hotel pun tak jauh dari Tokyo Tower, saya bawa dorang jalan kaki sambil tengok bangunan sekitar ini. Bagi dorang pendedahan dan penilaian dari segi tatasusila serta etika pejalan kaki di Tokyo.





Usai settle bergambar, barulah kami naik train dari Onarimon Station menuju ke Tokyo Station. Tak jauh pun dalam 20minit sahaja. Ada laluan pejalan kaki bawah tanah terus menuju ke Tokyo Station.

Sampai saja di Tokyo Station, sementara dorang bergambar depan Tokyo Station sebagai tanda hadir. Sementara tu kami membeli Tokyo Wide Pass (TWP) di JR East Office. Pejabat ni buka pada jam 0730pagi, kena beratur sebelum masuk. Mai awai tak kalut. Pasal sorang-sorang beli memang makan masa.





Dapat saja tiket TWP, kami terus ke Shinkansen platform 23. Perjalanan kedua kali ini adalah untuk ke Karuizawa Nagano. 

Dulu saya pergi ke sini untuk bermain salji. Tapi pada bulan 9 salji belum ada, tahun ni salji lambat turun. Tapi kali ni pergi pasal nak layan Karuizawa Prince Plaza kawasan pergunungan yang sedikit sejuk lepas tu sesi menghabiskan duit dorang ni.

Hokuriku Shinkansen datang tempat pada waktunya, dan kita perlu duduk di gerabak Non-Reserve pasal tiket yang tidak mempunyai booking-seated. Kira free seating. Boleh saja nak buat masa beli TWP tadi tapi rushing nak kejar train.



Perjalanan 1jam ni boleh berehat serta makan minum kopi dulu sambil layan permandangan bukit. Kalau korang duduk sebelah kiri sebenarnya boleh nampak Gunung Fuji. Tapi cuaca sedikit mendung maka tak nampak bayangannya.

Saya macam biasa, dah pekena kopi dengan sandwich telur maka mula rasa nak memerut. Dont worry, dalam setiap gerabak ni ada tandas. Ada 2 tandas dan 1 tempat ladies untuk makeup yer. Tandas dia selesa dan complete semua macam dalam flight. Bila lagi nak memerut dengan kelajuan 300kmh kauu... kompem berderaiiii tinja-tinja mu.



Karuizawa Nagano - Karuizawa Prince Shopping Plaza 

1 jam perjalanan tak rasa lama, tiba saja feveret station iaitu Karuizawa dah rasa cuaca yang dingin walau waktu tersebut dikatakan end of summer. Suhu di station mencatat suhu 18c. Tenang dan dingin sikit.

Team ladies dah mula amik gambar banyak-banyak kat sini sampai signboard pun dah jadi probe. Abam layankan saja selagi dorang ni tak cabut signboard bawa balik ke Malaysia. Dorang ni masih belum breakfast.




Maka kami terus menuju ke 7 Eleven dalam Prince Plaza Outlet ni beli sandwich telur, roti dengan kopi. Yaaaa mari saya nak ceritakan. Saya tak tahu kenapa kopi 7 Eleven dengan kopi Family Mart ni sedap lain macam. Harga pun murah saja dalam JPY130 saja untuk cup M. Beli satu tak cukup kena beli dua. Padahal dalam shinkasen dah bantai kopi dah tadi.

Meneman dorang breakfast, muka pun baru laa nampak ceria sikit, kami jalan-jalan ambil angin bukit kat sini. Best pasal cuaca dingin pastu selalu ada aroma bau kopi pagi-pagi. Best bak hang.






Prince Plaza ini agak terkenal pasal ianya adalah salah satu outlet premium yang hampir dengan Tokyo dan malah belakang outlet ini terletak kawasan resort untuk orang main salji pada musim winter. 

Korang boleh baca saya main salji di Karuziawa

Antara yang selalu saya masuk retails kat sini adalah Lego, Adidas, Nike, Aape, Coach dengan Starbucks. Kesemua retails ni adalah murah dan menjual barangan yang hanya ada disini.

Kalau korang masuk Lego, boleh beli Lego Postcard - bagi souvenir pun boleh dengan harga RM69 lepas convert.


Starbucks mug pun boleh dijadikan souvenir serta menjadi barangan collection. Adidas dan Nike pula sale memang murah. Kalau Coach biasanya Sales dalam 40%-70%. Maka dengan itu setiap orang laa beli 1 pasang kasut. Dah murah takkan nak datang balikkan. Kasi racun sikit.

Hasilnya kiri kanan paperbag nak kena bawa. Masing-masing membeli sebagai tanda hadir kat sini yer. Bukan selalu datang. Pastu nak datang bukan murah yer kat sini. Pengalaman naik shinkasen lagi.




Dah nak masuk tengahhari - kami terus balik ke Tokyo untuk lunch. Saya plan untuk lunch di Tendon Itsuki di Ginza. Perut memang dah lapar noksss... stakat makan sandwich apa laa sangat kan!

Ginza Street - Luxury Branded Retails

Sebut saja Ginza ni kebanyakkan orang Malaysia dah tahu tempat apa. Kat sini segala luxury branded semua ada. Name it!. LV, Gucci, Prada, Hermes semua ada lah.. duit je yang tak ada. Kalau nak jalan cuci mata kat sini memang rasa sadis sikit.




Maka, saya bawa dorang untuk pergi makan dulu sebelum bawa ke Uniqlo dan Onitsuka sebagai pilihan rakyat Malaysia yang nak pekena nasi setiap hari.

Piliihan restoran untuk lunch kali ini adalah Tendon Itsuki. Bagi saya, restoran ni saya tak akan miss setiap kali datang ke Tokyo. Dari harga dia semangkuk JPY1000 sampai skang ni naik harga ke JPY1800. (Harey betui...) tetap saya datang.

Ini kali datang waktu lunch time orang agak ramai dan kena beratur. Amik masa dalam 20minit jugak la beratur sebelum dapat masuk. 

Dah dapat masuk kita terus kasi order la Excellent Tendon yang mana dalam mangku tu ada udang, ayam, isi ikan dan telur separuh masak. Sedap bang.. saya malas nak ulas panjang lebar nanti korang datang ramai-ramai kedai ni udah tak pasai beratur macam nak pekena nasik kandar kampung melayu pulak!



Berbaloi pekena nasi mangkuk, kita pergi menunaikan tanggungjawab dahulu di bangunan sebelah. Ada banyak surau/masjid di Tokyo ni. Maka jangan risau nak solat kat mana..

Dah tak ada dan tak perlu dah solat tepi jalan.. kadang - kala sesetengah restoran halal menyediakan surau kecik untuk solat. Tapi saya prefer solat tempat proper sikit dalam mall. Tak ramai dan selesa.

Surau ni terletak dalam bangunan Matsuya Plaza, Rooftop (RF). Boleh rujuk signboard pada penujuk aras lift. Dalam surau ni siap ada tempat amik wuduk lagi. No worries.




Usai solat jamak qasar, kami terus ke Uniqlo untuk habiskan lagi duit, beli pakaian yang tak ada di Malaysia - Japan edition. 

Orang cakap kat Malaysia pun ada apa Uniqlo. Haaa korang try ler masuk pastu gi bahagian UT Shirt. Banyak shirt UT yang model dia tak masuk Malaysia dan siap ada Japan Edition lagi. Dan Japan Edition ni hanya ada di market domestic dorang saja yer. Kira rare kepala kain laa nak beli sebagai souvenir atau untuk diri sendiri.




Lepas tu saya sempat singgah di Onitsuka Tiger Store. Bini kirim kasut Onitsuka EDR 66 Sakura, habis sis... pergi 3 store pun habis sizenya. Apa gila dorang ni beli ke borong! 

Dalam duk mencari size, abam sempat laa rembat kasut Onitsuka  Delegation Ex satu. Masa try sedap pulak base cushion dia. Ngam tak pernah ada kasut Onitsuka, kita sambor laa satu buat kenangan yer!




Muka ala sinyum naik train dapat kasut - tapi kasut bini tak settle pasal habis saiz.

Selesai bab kasut, saya bawa ke Akihabara pula untuk layan electric town culture, yang mana disitu banyak adanya budak-budak anime, anime cafe dengan maid cafe.  Waktu ni baru jam 0600pm yer bukan lah jam 0800malam gais.

Tapi waktu petang (walau nampak malam) gini cuaca hujan pulak. Lebat jugak laa hujan datang. 3 minggu sebelum kami tiba di Tokyo, negara Jepun dilanda angin taufan yang kenyang dan perubahan monsun dari Osaka nai kearah timur.


Kiranya bandar Tokyo ni tempias juga yang kuat adalah di Osaka. Jadi masa kami tiba ni cuaca selalu mendung, berangin dan selalu hujan. Nasib tak baik, dan disebabkan itu juga Japan Meterology memaklumkan tahun 2024 waktu winter tiba lambat dan kekurangan salji.

Electric Street Town - Akihabara

Berbalik pada Akihabara. Maka tak berpeluanglah kami nak layan electric culture di sepanjang jalan Akiba tu. Terpaksa laa masuk Yodobashi untuk berteduh. Ramai pulak orang dalam tu mungkin buat perkara yang sama kot. Berteduh seketika sementara hujan di luar.

Abam tak beli banyak barang dalam ni sekadar memenuhi barang yang orang order sahaja. Nak beli sendiri pun dah datang haritu, model Tamiya pun sama saja lagi.



Duk tanya dorang nak makan malam ke tak? Geng gegurl perut masih kenyang, maka kita terus jalan balik ke hotel. Sementara sampai ke hotel tu singgah sekejap beli kuih Naruto. Saya tak tahu apa nama kedai tapi yang syaa tahu ni kuih koci Naruto makan. Bake redbeans dia sedap. Satu berharga JPY300 kau.. mahal kemain ehh sebijik kuih. Abam beli 3 lah baru cukup untuk makan malam.




Hotel di Jepun ni best pasal di lobby dorang ni akan menyediakan amenities toiletries, coffee, teh percuma untuk penginap hotel. Jadi korang boleh amik facemask, berus gigi, tisu basah, instant coffee/variety teh yang ada. Percuma yaa bro.

Cuma bila amik tu memadai untuk kegunaan sendiri lah... jangan kau angkut sebakul terus masuk bilik. Jangan buat perangai Malaysia.



Rehat, solat dan santai. Selesai day 2 di Tokyo

This is awesome gais!

Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2023 - Day 5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1