Bercuti ke Tokyo Jepun (Autumn Trip) 2024 - Day 1

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2024 - Day 1

Kali ini saya ke Jepun membawa rakan lagi untuk mengembara dunia Jepun - antara budaya dan semula jadi. Saya masih membawa ke Tokyo disebabkan harga tiket yang berpatutan dan nak cover kedua tempat yang dihajati.

Oleh kerana pada tahun 2024, Jepun mengumumkan bahawa tahun ini adlaah tahun warm winter dimana salji akan tiba lewat dan musim daun autumn keemasan juga akan lewat tiba. Ini bermaksud, masa kami datang pada end of September, daun-daun maple tidak bertukar kepada keemasan lagi. Sayang sungguh. 

Itulah cycle of nature. Kita hanya dapat mengira anggaran sahaja, walau kerap kali pergi dan pengiraan yang betul, jika Allah mengatakan bukan rezeki kita, maka bukanlah maksudnya. 


Berbalik pada hari permulaan, kami memulakan pejalanan di KLIA T2. Kali ini keadaan KLIA T2 lebih terkawal dan smooth kerana adanya kaunter self service drop luggage yang sememangnya senang dan membantu untuk potong Q orang beratur di kaunter. 


Korang hanya perlu pergi ke kiosk, print boarding pass dan luggage tag. Berapa keping yang korang nak pastu terus ke Kaunter Self-Service. Nant iakan ada staff yang bantu kalau tak reti nak tampal luggage tag. Scan boarding pass, letak luggage dan scan luggage tag. Kalau lebihan berat, dia akan suruh rujuk staff untuk tindakan selanjutnya. Bayaran dikenakan. Tak boleh cuba nasib. Mesin tak akan telan beg anda!

Usai selesai drop luggage, kita bergambar sekeping dua dulu tanda selamat jalan dulu. Saya lebih gemar datang awal dan masuk ke international boarding awal. Saya tak suka ambil risiko dengan masa. Tak tahu apa yang akan jadi pada imigration atau kastam. Bolrh jadi nasib tak baik korang kena tahan. At least masuk awal ada masa buffer untuk selesaikan masalah. Jadi datang awal masuk awal.



Flight AirAsia ke Haneda biasanya berlepas jam 1415pm, maka akan ada masa untuk solat Jamak Qasar dulu berhampiran dengan boarding gate. Langsaikan kewajipan sebelum memulakan perjalanan jauh ye.

Disebabkan Jepun dah mansuhkan semakan vaksin Covid19, maka, cabin crew akan edarkan borang Custom Declaration pada kesemua penumpang. Borang ini perlu diserahkan pada bahagian kastam untuk semakan bahan yang korang bawa.




Alhamdulillah pesawat tiba dalam masa yang tepat. Selamat mendarat di Haneda Airport pada jam 1030malam waktu Jepun. Kami perlu bergegas kerana train terakhir untuk ke hotel adalah pada jam 12malam.


Drama bermula disini... Walau laju mana kami berjalan, bila tiba di tempat imigresen, naaaahhhhh beratus-ratus orang sedang beratur dengan kesesakkan luar biasa kali ni. Tak perna hsaya datang ke Tokyo sesak macam ni.


Dengan keadaan panas dan kurang selesa - walau ada tali barrier, memang rasa lamanya. Jam dah tunjuk pukul 1130pm. Saya bagitahu Yusof, memang kita tak sempat nak kejar train ni. Pasal masa tu saya beratur lagi separuh nak capai ke tempat chop passport. 

Lebih kurang beratur dalam 2jam setengah. Yaaaa2jam setengah, akhirnya dapat cop passport di imigresen mereka, lepas tu pick pu luggage dan beratur lagi dalam 15minit untuk semakan dan declaration kastam.  Round up kami pada 2 tempat itu sahaja adalah hampir 3 jam!

Alhamdulillah semua settle, nak beli suica card untuk mereka pun pejabat dah tutup. Maka kami terus turun ke Level 1 untuk ambil taxi ke hotel sahaja.



Saya memilih Sotetsu Fresa Inn di Hamamatsucho kali ini untuk jarak perjalanan yang lebih dekat. Walau pun jarak hotel dengan airport 16km, tapi harga dia adalah JPY9,000 (RM260.00) untuk 1 perjalanan. 


Uhukkk uhukkk uhukkk... senyum dalam tangisan...

Jam 2.00pagi, tiba di Sotetsu Fresa Inn saja rasa syukur... meter tak jalan apa-apa lagi. Terus buat check-in dan dapatkan kesemua card. 


Bagi korang yang akan stay di hotel, adalah bagus kalau korang email ke hotel 1minggu sebelum untuk memaklumkan kehadiran korang lewat untuk check-in. Jadi bila ada email permakluman sebegini, pihak hotel akan takenoted dan akan tunggu ketibaan anda. Kalu tak, nanti dorang akan charge no show dan mungkin hotel akan dismiss nama anda untuk check-in. 

Jadi menjadi rutin pada saya, saya sentiasa email pada hotel akan lambat check-in terutama bila flight yang sampai pada jam up to 0900pm. Macam-maca risiko ada contohnya seperti harini. Tu belum kira salah satu luggage tak sampai di airport. Lain pula citernya.

Hotel ni bagi saya okay, dan kalau ikutkan tak besar tapi cukup untuk 2 orang. Hotel 3 star di Jepun memang ikutkan sempat dan ngam-ngam saja untuk 2orang masuk. Jadi janganlah kamu berharap dengan bayaran hotel RM300-RM400 dapat hotel Hilton / Sheraton macam di KL yer... 


Tak ada mood nak makan, terus mandi, solat dan tidur. Esok nak bangun awal nak beli Suica Card untuk dorang pula.

This is madness!

Korang boleh baca itinerary perjalanan saya 5 hari 4 malam disini

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1