Shinkyo Bridge & Pekan Nikko, Japan

Shinkyo Bridge & Pekan Nikko, Japan

Bulan September baru ini saya membuat satu private trip ke Tokyo Jepun. Kalau sebut Tokyo ni, terlalu banyak tempat yang menarik untuk kita lawati. Kalau duduk 1 bulan pun belum tentu lagi kita boleh cover kesemua tempat yang ingin dituju.

Biasanya, kita akan memilih kawasan pelancongan yang utama sahaja yang kita akan tuju contohnya seperti Kawaguchiko untuk melihat Gunung Fuji, berhibur di Disneyland / Disneysea, ataupun pergi bermain salji di Gala Yuzawa. 

Tempat tempat ni biasanya top list dalam akaun orang Malaysia tapi ada juga yang ramai pergi keluar kawasan bandar seperti Niigata, Nikko, Nagano malah ke daerah Narita. 


Disebabkan masa yang terhad, maka saya memilih untuk melawat salah satu icon yang popular di Jepun iaitu Shinkyo Bridge. 

Walaupun jauh, bagi saya ianya masih lagi berbaloi untuk datang menikmati suasana aman, tenang dan persekitaran pekan asal rakyat Jepun. 

Perjalanan untuk kesini mengambil masa lebih kurang 2jam50minit dari Tokyo Station. Perlu naik Shinkansen, local Train dan juga local bas. Kalau tak ada pass, bagi saya ianya sangat mahal perjalanan dia kerana pekan Nikko terletak jauh dari bandaraya Tokyo. 

Bermula dari jam 0500pagi, kami memulakan perjalan dari Daimon Station menuju ke Tokyo Station. Seawal pagi ni pun dah ada kelibat manusia yang telah bersiap sedia untuk ke tempat kerja. Interchange station di Tokyo dan kami perlu menaiki Yamabiko Shinkansen menuju ke Utsonomiya.



Pada waktu jam 0600pagi ni tak ada orang sangat pun dalam Tokyo Station. Baru ler dapat bertenang sekejap kalau tak manusia dah macam semut ajer dalam ni. 


Shinkansen paling awal bertolak adalah pada jam 0604am, sememangnya tepat waktu ketibaan, kami terus masuk ke gerabak non-reserve. Jadi boleh duduk mana-mana dan kalau nak awesome, korang boleh duduk pada seat bahagian kiri untuk permandangan Gunung Fuji kalau tidak berawan. Trust me!




Perjalanan shinkasen mengambil masa lebihkurang 50minit pada jarak 150km. Full speed Shinkansen Yamabiko ni boleh cecah 280kmh. Korang boleh tengok dalam Instagram saya untk video review dalam shinkasen Jepun kat sini. Dalam ni korang boleh makan, minum mahupun nak memerut waktu pagi. Tandas dia best selesa tak bergoyang mat.




Bila dah sampai Utsonomiya, korang perlu bergegas untuk menaiki local train Nikko Line. Nikko Line ini adalah sebuah slow train yang bawa korang ke Nikko Station. Kekerapan train kalau tak silap saya setiap 30/40minit. Jadi kalau terlepas, memang kena sidai lama... huhuhuhu. Depa ni siap nak bergambor lagi dengan shinkansen pula


Alhamdulillah, perjalanan mudah sahaja. Dapat naik Nikko Line terus menuju ke Nikko Station yang mengambil masa lebih kurang 45minit. Disebabkan train ni jenis slow train, maka korang boleh layan perasaan tengok suasana kampung yang sememangnya berbeza dengan bandar Tokyo. 



Tiba sahaja di Nikko Station, cuaca agak cerah dan dingin. Disebabkan Nikko berada sekitar kawasan bukit dan aras laut yang tinggi, maka suhu sekitar sini pun sejuk sikit walau musim panas.


Perjalanan kami untuk ke Shinkyo Bridge tu perlu naik bas 1A. Tunggu saja di bas stop depan Nikko Station, kat sini ada tertulis bas sampai jam berapa. Bila bas dah sampai, korang perlu guna IC Card untuk pembayaran. Perjalanan ke sana hanya 5 hentian sahaja. Perlu turun di Shinkyo Bridge.



Tiba saja disini, korang boleh nampak signboard tunjuk arah ke Shinkyo Bridge. Alhamdullah, masa kami sampai tak ramai pun orang. Memang agak tenang dan agak dingin. Malah desiran air sungai pun dah rasa healing habis.

Saya agak kagum dengan pembinaan jambatan Shinkyo ini walaupun nampak ringkas, akan tetapi ianya dibina atas dasar muafakat dan penanda aras bahawa kita telah sampai di Nikko dan menuju ke arah utara. 




Sejarah Shinkyo Bridge ini juga agak lama, ianya dibina sekitar tahun 1636. Dikatakan juga, pembinaan Shinkyo Bridge ini adalah untuk perjalanan bagi penuntut agama Buddha untuk datang bertapa di kawasan bukit pada ketika itu. Malah ada juga yang mengatakan, kawasan ini dulu juga dijadikan tempat latihan ninja dan samurai yang berkait rapat dengan shrine dan pagoda.

Maka tidak hairanlah disini juga terdapat sebuah Shrine (Temple) besar yang popular seluruh pelusuk bandar Nikko ini. Jika diperhatikan juga, deretan kedai juga masih mengekalkan senibina asal tradisional Jepun yang masih menggunakan kayu bagi ketahanan musim sejuk. 


Senibina dia memang awesome, saya agak terpegun juga menginatkan bahawa pada waktu zaman 1600an telah wujud seni ukir kayu yang hebat dan masih utuh dijadikan sebagai tiang dan pagar. 

Dibawah jambatan Shinkyo ni, terdapt air sungai yang mengalir datang dari Tasik Chuzenji. Saya pernah ceritakan pada entry sebelum ini ketika melawat Jepun pada tahun 2023 lalu. Air dia memang jernih baq hang. Kalau kita ni kompem terjun mandi laaaa geng. Cuma tak tahan laa pulak kesejukkan dia.

Kat sini daun-daun masih lagi kehijauan. Nasib kami tak cantik pasal ikutkan, masa kami datang ni patutnya dah bertukar sedikit perang. Ada laa beberapa pokok saja dah tukar warna. Jadi laa amik daun buat souvenir original. Ya salah satu tips korang boleh bawa balik daun ni bawa balik pastu laminate je nanti.

Baca perjalanan saya ke Tasik Chuzenji Nikko disini.

Tak jauh dari jambatan ni, ada sebuah World Heritage Monument kat kaki bukit. Korang boleh layan briskwalk kat sini dan ada beberapa cafe dan restoran sekitar kawasan ni. Cuma saya frust pasal cafe-cafe ni dorang buka pada jam 1000pagi. 






Ni kalau kat Malaysia, kompem mamak nangis hari cuti bukak kedai jam 1000pagi. Ini jam lah mau buat duit. Orang cuti keluar berjalan menikmati suasana hutan asli Jepun sambil minum kopi. Dah ler pag ini saya belum pekena kopi lagi. Sekali datang cafe tutup lagi. Aduhai noksss!

Kami duk pusing, sambil slow-slow layan suasana sejuk nyaman. Sambil-sambil tu juga duk usha mana kedai yang bukak. 




Saya decide, kami berjalan kaki slow-slow menuju balik ke arah Nikko Station. Dalam google maps tunjuk 1.4km.... huhuhhuhu.. takpe udara sejuk, cuaca sejuk kita layan jalan kaki slow-slow sambil tengok deretan kedai tradisional Japan. Comel-comel aje kedai dorang ni. Aje malas bukak awal dorang ni. Tang mana kata orang Jepun rajin. Huhuhuhuhu



Punya kami duk lalu, tak ada satu pun kedai bukak jam 0900pagi, maka kami singgah sajalah kedai Family Mart untuk pekena kopi dan habiskan bekalan roti.

Sambil-sambil tu boleh rehatkan kaki kejap dengan beli barang dalam ni. Tak ada orang pun. Masa pun masih banyak, kita bawa menyembang, santai-santai dulu. Tapi saya tak nafikan, kopi Family Mart kat sana memang sedap lain macam laa




Habis saja mengopi, kami sambung jalan kaki menuju balik ke Pekan Nikko. Ada banyak kedai souvenir dan kedai buah-buah kat station nih. Nak beli untuk makan dalam train pun boleh cuma harga dia memang mahal ler.

Dalam tradisi budaya Jepun, mereka agak gemar membeli buah tangan seperti coklat, buah, kuih empar dan juga gin jika nak bertemu saudara atau rakan. Adat ini juga telah diajar oleh Rasullullah SAW bahwa kita disunatkan memberi makan atau buah tangan jika menziarahi saudara-mara serta melawat orang yang sakit.





Perkara yang baik harus dijadikan teladan dan dicontohi. Jika kira melawat neagara orang, apa yang baik kita amik, apa yang buruk kita tinggalkan ditempat mereka. Bukan datang semata untuk bergambar dan membeli keychain sahaja.

Kalau train lambat lagi sampai, korang boleh layan Nikko Visitor Information Center terletak sebelah dengan station Nikko. Dalam ni dorang pamerkan suit Samurai original. Ada juga informasi pada waktu bila daun-daun akan bertukar warna dikawasan ini.


Selesai perjalanan kami di Nikko, terus balik ke bandar Tokyo dengan menaiki Tohoku Shinkansen. Ini adalah shinkansen favourite saya all of time di Jepun. Rekabentuk dia memang awesome sesuai dengan kelajuan 350kmh. 



Dapat duduk dan terus lelap sekejap untuk perjalanan itinerary yang seterusnya.

Ikuti perjalanan saya ke Jepun selama 5hari disini.

This is awesome gais!

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1