Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam (2024) - Weekend Short Trip
Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam (2024) - Weekend Short Trip
Hatyai adalah salah satu negeri di negara Thailand dan ianya agak popular dikalangan rakyat Malaysia selepas Bangkok dan Krabi. Hatyai menjadi semakin popular selepas pandemik Covid-19 pasal duit Malaysia mula kukuh dan barangan asas di Thai masih lagi kekal tidak seperti Malaysia yang mula naik.
Memandangkan Hatyai ini terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia, maka ada banyak akses pengangkutan yang anda boleh naiki untuk pergi ke Hatyai contohnya menaiki keretapi, bas, mahupun memandu sendiri.
Trip kali ini saya kongsikan bersama itinerary memandu masuk dengan kereta beserta kos yang perlu anda bayar untuk membawa masuk kenderaan peribadi.
Sebulan sebelum trip ke Hatyai, saya membuat penempahan hotel Crystal Hotel Hatyai berharga RM380.00 untuk 2malam. Agak mahal sikit berbanding hotel lain. Kriteria saya adalah memilih hotel yang luas, selasa dan mempunyai swimming pool best. Maka harga hotel sedikit mahal jika dibandingkan dengan hotel-hotel sekitar bandar Hatyai.
Perkara seterusnya adalah membuat insuran kenderaan pasal ianya adalah wajib ya tuan.
Untuk insuran kereta ni saya purschase dengan GoThai, ada pakej RM38 dan RM178. Saya pilih RM178 kerana insuran ini cover kemalangan kenderaan kedua-da pihak. Biarlah mahal sikit supaya saya tak nak sakit kepala nak bayar beribu0ribu ringgit jika berlaku kemalangan disana kelak. Mak harga insuran saya adalah RM178.00 sahaja.
Ramai orang cakap, kenapa nak bersusah payah drive kereta sedangkan boleh naik bas rilek dan tidur saja. Lain orang lain cita rasa dan lain pendapat. Bagi saya, saya sangat gemar pandu sendiri dan tidak mengikut itinerary orang beramai-ramai. Kalau bawa kereta, banyak tempat kita boleh singgah dan berenti bila-bila masa.
Jadi nak bawa kereta ni anda perlu banyak study cara-cara nak bawa masuk lepas tu kena susun itinerary sendiri. Tapi korang boleh baca travelog saya bagaimana nak pandu masuk ke Thai kat sini. Mudah saja...
Saya tidak memasukkan harga makan dan beli barang kerana ianya tidak boleh dianggarkan. Kami makan memang banyak, beli barang 7Eleven pun banyak sampai penuh bonet. Jadi saya hanya letakkan harga yang wajib sahaja. Harga makan tu korang budget laa sendiri.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Hotel : RM380.00
2. Tol: RM110.00
3. Minyak : RM170.00
4. Insuran : RM178.00
Total bayaran adalah RM838.00 untuk 2dewasa dan 1kanak-kanak
Dibawah adalah itinerary perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket.
Day 1 : Kuala Lumpur - Hatyai
- Bertolak dari KL menuju ke Bukit Kayu Hitam
- Semakan imigresen Malaysia & Thailand
- Singgah di Abang Kosmetik Dannok
- Lunch di Kaitod Meena & Kim Yong Market
- Nescafe Cafe
- Check-in Crystal Hotel
- Shopping di Central Hatyai
- Dinner di ASEAN Night Market
- Greenway Street Life Market
Day 2 : Songkla City
- Sarapan pagi di Bang Han Restoran
- Shopping di 7Eleven Besar di Hatyai
- Lepak kopi di Amazon Cafe Songkhla
- Samila Beach
- Bundle Pre-love di Hatyai Village
- Dinner Khlong Hae Floating Market
- Shopping di Lee Garden Nightmarket
Day 3 : Hatyai - Dannok - Kuala Lumpur
- Sarapan pagi di Chabura Dimsum
- Shopping di 7 Eleven
- Kopi-kopi Amazon Cafe sekitar Hatyai
- Balik hotel packing barang dan check-out
- Menuju ke Imigresen Thailand - Malaysia
This is Awesome gais!
Comments