Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 3
Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 3
Weekend trip ni betul-betul menjimatkan masa dan juga poket. Kalau ikutkan, cukup saja nak jalan-jalan 3hari 2 malam di Hatyai tambahan pula kalau kita jenis cuti dah tak banyak tapi perut asyik nak makan saja.
Pada hari ke-tiga ini adalah hari untuk check-out. Seawal jam 0700pagi lagi saya menuju ke Chabura Dimsum, sebuah restoran terkenal dikalangan rakyat Malaysia.
Dimsum Chabura Restoran Hatyai
Disebabkan restoran ni ramai orang, maka sekitar kawasan ini mula nampak polis ditepi laluan jalan raya. Tapi dorang jaga trafik untuk memudahkan customer parking dan dorang tunjuk kat mana pelu korang parking tanpa masuk ke kawasna kedai orang lain.
Ada parking khas restoran ni dah chartered, kalau penuh juga, terpaksa laa menapak sikit yer.
Wife saya cakap, Cadbura ni dah besarkan kedai, jadi tak perlu laa nak beratur sampai 30minit sebelum masuk kedai. Tapi kalau korang datang jam 0800-0900pagi full pack juga laa... 0700 pagi sapa nak bangun lagi. Huhuhuhu
Menu utama kat sini adalah Dimsum. Ada macam-macam Dimsum, tak cukup dengan dimsum, korang boleh order Tomyum Goreng, Gyoza, Sup Ayam, Ikan Tomyam aahhh macam-macam lah.
Ini jam saya order Tomyum Goreng dengan koew toew goreng. Lepas tu top-up dengan dimsum bertingkat-tingkat. Mungkin disebakan harga dah naik, makan pagi saja dah lebur RM100+. Hahahahaha.. makan je laa bukan hari hari nak sampai geng!
Waktu menunggu tak lama sangat, biasanya gyoza yang akan sampai dulu. Maka, gyoza-lah yang akan habis dulu sesuai dengan pembuka selera kita ni. Air pun ada macam-macam manis-manis semua. Saya tak order air manis, kami order air mineral. Kopi nak pekena Amazon lepas breakfast nanti.
Selesai makan, jangan duk lama-lama, kesian orang nak masuk kedai pula. Buat pembayaran ikut nombor meja, korang dah boleh guna dah QR Maybank, TNG ataupun debit kad kat restoran ni kalau tak cukup duit. Depa dan upgrade payment sistem yang dulu hanya terima cash saja.
Sebelum balik ke hotel, saya singgah lagi 7E untuk pembelian burger CP kali terakhir memandangkan semalam packing dalam polisterin masih ada ruang kosong untuk diisi. Jangan bazirkan ruang. Kita guna sepenuhnya gais.
Nazril request nak air chocolate sejuk. Kebetulan haritu ada beli tumbler Disney kat Lotus Hatyai, isi terus dalam tumbler tu. Tahan sejuk tak cair sampai balik KL lah. TErbaik betul... boleh ler guna nak jalan jauh nanti.
Untuk saya pula, kami singgah di Amazon Cafe di stesen minyak PTT tak jauh dari hotel. Kali in saya order Amazon Coffee Ice untuk menyenangkan proses penyahtinjaan sebelum check-out. Check-out time masih lagi berbaki 2jam. Nak mandi kolam panas lit-lit, kang tak pasal demam pula si Nazril.
Packing barang masuk kereta dan bersiap-siap untuk checkout. Harini ada majlis perkahwinan lagi di hotel. Maka ramai laa orang kat lobby nun. Tapi best juga dapat tengok culture dorang sambut pengantin dengan pakaian adat rasmi Thailand seakan baju kebaya kita yang disarung dengan kain songket. Lebih kurang juga kebaya nyonya cuma versi songket.
Jangan tanya abam berapa harga pakej kahwin kat sini. Kang kalau amik port tak pasal bini abam usha dari jauh pelak. Bahaya sis!
Checkout Time
Overall hotel yang kami duduk ni best juga. Tapi bagi saya, mungkin lagi best stay di Monkham Village pasal tempat parking lebih dekat dengan bilik. Malah swimming pool dia juga seakan resort. Ada kawan saya cakap mungkin next time boleh try stay di Richmann Resort Hotel. Mahal sikit tapi berbaloi tak ramai orang dan selesa macam resort. Itu yang saya suka!
Sebelum balik ke Dannok, sekali lagi kami singgah lagi ke Amazon Cafe untuk tapau coffee balik. Kita beli extra shot memandang pemanduan terus dari Hatyai balik ke Kuala Lumpur ni.
Baca itinerary kami bercuti ke Hatyai 2024 disini
Dah dapat kopi panas, kami teruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur melalui sempadan Dannok dan Bukit Kayu Hitam.
Kalau korang nak singgah 7E, sekitar Dannok juga masih ada 7E yang besar cuma, Amazon Cafe tak sampai kat sini yer. Last pinggir bandar Hatyai tadi jer.
Prosedur Keluar Thailand
Sebelum keluar, sila pastikan dulu passport dan borang TM2 yang dorang sahkan 3hari lepas ada bersama anda, jangan tertinggal ya.. panjang cerita geng kalau salah satu tak ada.
Bagi korang yang memandu, korang boleh saja stay dalam kereta tanpa perlu turun di bangunan imigresen Thailand. Bila nak sampai pekan Dannok tu, follow saja lane kiri jalan raya tu. Ada signboard To Malaysia sebelah kiri, sebalah kanan tu untuk lori.
Pandu terus ke Imigresen dan tunggu saja dalam kereta beramai-ramai. Bila smapai turn, dorang cop passport gang-gang semua, depan pondok imigresen dah ada seroang officer tahan untuk collect borang TM2. Serah pada dorang dan terus masuk ke Bukit Kayu Hitam.
Kat sini leceh sikit naaa... bila dah masuk Malaysia, lepas saja chop passport balik ke Malaysia, driver kena turun bukak bonet, pegawai kastam akan tanya beli barang apa ke. Dorang suh bukak tingkat dorang akan tengok dalam kereta ada apa.
Alhamdulillah kami clean to go... tak ada apa-apa bahan yang berlebihan yang perlu dikenakan cukai. Tapi kalau korang kena cukai tu bayar jela... Tu salah satu income negara apa... Hahahahahah.....
Tak jauh dari kastam ada pula AADK. Sini mana-mana korang yang dah kena dapur 5-6 pam siap sedia laa yer. Agak-agak mata rapat... mata merah tu memang kena tahan kena test urine.
Tempat dorang nak beli nak isap tak ada masalah. Tu undang-undang Thailand, tempat kita silap besar... Urine test positif, panjang lah cerita perjalanan balik korang ke KL. Silap-silap tak balik pun.... hahahaha...
Tu beza negara kita dengan negara orang. Di Amsterdam, nak balut ka, nak isap kaa nak beli kaa pun sama tiada masalah, bawa balik masuk Malaysia InsyAllah masuk ke-dalam.Tak suka kalu boleh pindah pergi Thailand, nak sejuk-sejuk leh pindah ke Amsterdam.
Lepas daripada checking AADK ni tiada lagi sekatan jalan raya. Korang boleh pecut terus balik ke Kuala Lumpur.
Saya doakan semoga yang membaca blog ini sebagai rujuk dipermudahkan segala perjalanan anda.
This is awesome gais
Comments