Posts

Showing posts from October, 2024

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam (2024) - Weekend Short Trip

Image
Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam (2024) - Weekend Short Trip Hatyai adalah salah satu negeri di negara Thailand dan ianya agak popular dikalangan rakyat Malaysia selepas Bangkok dan Krabi. Hatyai menjadi semakin popular selepas pandemik Covid-19 pasal duit Malaysia mula kukuh dan barangan asas di Thai masih lagi kekal tidak seperti Malaysia yang mula naik. Memandangkan Hatyai ini terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia, maka ada banyak akses pengangkutan yang anda boleh naiki untuk pergi ke Hatyai contohnya menaiki keretapi, bas, mahupun memandu sendiri.  Trip kali ini saya kongsikan bersama itinerary memandu masuk dengan kereta beserta kos yang perlu anda bayar untuk membawa masuk kenderaan peribadi. Sebulan sebelum trip ke Hatyai, saya membuat penempahan hotel Crystal Hotel Hatyai berharga  RM380.00  untuk 2malam. Agak mahal sikit berbanding hotel lain. Kriteria saya adalah memilih hotel yang luas, selasa dan mempunyai swimming pool best. Maka harga hotel sedikit mahal jika dib

Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 3

Image
Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 3 Weekend trip ni betul-betul menjimatkan masa dan juga poket. Kalau ikutkan, cukup saja nak jalan-jalan 3hari 2 malam di Hatyai tambahan pula kalau kita jenis cuti dah tak banyak tapi perut asyik nak makan saja.  Pada hari ke-tiga ini adalah hari untuk check-out. Seawal jam 0700pagi lagi saya menuju ke Chabura Dimsum, sebuah restoran terkenal dikalangan rakyat Malaysia.  Dimsum Chabura Restoran Hatyai Disebabkan restoran ni ramai orang, maka sekitar kawasan ini mula nampak polis ditepi laluan jalan raya. Tapi dorang jaga trafik untuk memudahkan customer parking dan dorang tunjuk kat mana pelu korang parking tanpa masuk ke kawasna kedai orang lain.  Ada parking khas restoran ni dah chartered, kalau penuh juga, terpaksa laa menapak sikit yer.  Wife saya cakap, Cadbura ni dah besarkan kedai, jadi tak perlu laa nak beratur sampai 30minit sebelum masuk kedai. Tapi kalau korang datang jam 0800-0900pagi full pack juga laa... 0700 pagi sa

Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 2

Image
Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 2 Pagi ni cuaca elok saja, takde mendung. Menandakan perjalanan pada hari ini semua baik-baik sahaja. Dulu masa saya datang asyik hujan saja. Cuaca sekarang ni susah nak predic, kadang panas, tiba-tiba boleh hujan lebat.  Jadi adalah lebih baik kalau korang study sikit bab cuaca kalau nak travel. Jangan main sebat saja beli tiket terutama melibatkan aktiviti pulau ke apa. Kadangkala bila tiket murah, hotel murah, mungkin disebabkan low-season. Low season bermaksud kawasan nak tuju tu bukan musim yang baik.  Contohnya nak gi Krabi, musim terbaik nak pergi Krabi, Phuket, Koh Lipe pada musim November ke Mac. Lain - lain bulan tu boleh tapi dah jadi macam musim tengkujuh. Dia terbalik dengan musim tengkujuh Laut Cina Selatan yang mana kalau kita nak gi Redang, Perhentian, Tioman, elok datang pada bulan April ke September.  Maka, pada musim November ke Mac, hotel dan tiket penerbangan akan sedikit mahal pasal tu musim terbaik untuk ke A

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...