Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 2

Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 2

Pagi ni cuaca elok saja, takde mendung. Menandakan perjalanan pada hari ini semua baik-baik sahaja. Dulu masa saya datang asyik hujan saja. Cuaca sekarang ni susah nak predic, kadang panas, tiba-tiba boleh hujan lebat. 

Jadi adalah lebih baik kalau korang study sikit bab cuaca kalau nak travel. Jangan main sebat saja beli tiket terutama melibatkan aktiviti pulau ke apa. Kadangkala bila tiket murah, hotel murah, mungkin disebabkan low-season. Low season bermaksud kawasan nak tuju tu bukan musim yang baik. 

Contohnya nak gi Krabi, musim terbaik nak pergi Krabi, Phuket, Koh Lipe pada musim November ke Mac. Lain - lain bulan tu boleh tapi dah jadi macam musim tengkujuh. Dia terbalik dengan musim tengkujuh Laut Cina Selatan yang mana kalau kita nak gi Redang, Perhentian, Tioman, elok datang pada bulan April ke September. 

Maka, pada musim November ke Mac, hotel dan tiket penerbangan akan sedikit mahal pasal tu musim terbaik untuk ke Andaman Sea. Buat sedikit study jangan main redah je ye.


Bang Han Restaurant - Breakfast

Berbalik kepada Hatyai, pagi ni saya breakfast di Bang Han Restoran. Restoran ni juga salah satu yang terkenal dengan orang Malaysia. Maka elok sangat kami pergi pada jam 0700pagi.

Point saja Bang Han dalam google maps, lebih kurang 20minit jugak dari Crystal Hotel. Untuk ke sini saya drive, pasal harini juga saya nak pergi ke Songkhla dan Samila Beach. 


Restoran ni tak sebesar restoran Chadbura Dimsum, maka keputusan datang awal tu adalah pilihan yang terbaik. Masa kami sampai tu tak ada orang sangat pun, tapi lepas kami layan makan datang terus 2 bas comuter terus penuh restoran ni.

Menu dia ada dimsum, ada nasi berlauk dengan nasi dagang. Macam breakfast di Kelantan saja. Roti canai dengan kuih muih pun ada juga. Mee sup pun boleh tahan. Dari buku menu dia pun harga dah mula naik sikit-sikit dari tahun lepas. Entah le samada demand orang Malaysia datang atau pergelutan matawang.

Kami sarap tak penuh meja, cukup saja order nasi dagang, roti canai, mee sup dan dimsum. Kopi saya tak order pasal nak pekena Amazon kopi jap lagi di Songkhla. 

Parking kat sekitar sini jaga-jaga ya... jangan nak parking sebarangan depan kedai orang lain. Tak pasai kena saman, nasib tak baik ke ikat tayar. Kalau depan kedai dia letak No Parking, tak yah laa nak pergi parking. Naya nak kena bayar 2000THB terus. Tak seronok geng. 



7 Eleven Besar di Hatyai Thailand

Terus saya drive ke 7 Eleven paling besar di Hatyai iaitu di Pasawang Road. Besar di tu macam Lotus's Express kat mana-mana Hatyai la. Korang boleh klik link maps ni untuk ke lokasi 7E Hatyai Pasawang tu.

Pada mulanya, saya rasa 7 Eleven yang popular ni tak ada laa best sangat pasal kompem barang yang kita nak tu banyak habis. Tapi kat 7 Eleven ni lain sikit pasal barang dia cepat topup. Pekerja dia (boleh berbahasa melayu) cakap, belakang 7E dorang ni ada storage besar. Depa tau kalau orang malay datang memang borong semua. Maka boss dorang dah buat storage siap-siap untuk top-up burger CP yang korang selalu beli tu hah!

Kat sini juga korang boleh beli kopi 7-E yang viral tu. Banyak ehhh ada kat sini. Tapi saya keraskan hati, kita simpan kopi untuk Amazon Coffee nunnnn... tak mau minum kopi banyak-banyak. Buat kerap pi jamban jek. Tpi saya beli juga Nescafe dalam tin, Kat Malaysia baru masuk dengan harga RM5.30 kot (kedai MyMesra), tapi 7E ni jual RM2.80 saja, kalau Nescafe tin merah tu RM2.30 saja lepas convert.

Selesai beli barang-barang dalam 7E, terus drive ke daerah Songkhla. Kami nak pergi ke Amazon Cafe paling best di Hatyai ni. Viral juga la dalam Tiktok. Perjalanan dari bandar Hatyai ke Songkhla tak jauh pun dalam 30+km saja. 



Cafe Amazon Mungkhang Singhanakorn - Coffee Time

Amazon Cafe yang besar ni korang boleh point dalam carian google maps Cafe Amazon Mungkhang Singhanakorn.    

Sebenarnya, kalau korang perasan, kebanyakkan station minyak PTT ni akan ada franchise Cafe Amazon tak kira besar ke kecik ke paling tidak mesti ada. Kalau tempat kita ni macam mesin Costa Coffee laa. Tapi kalau dorang ni setup cafe terus.



Uniknya Cafe Amazon Mungkhan ni, walau dia besebelahan dengan station minyak PTT, tapi dia punya bina cafe dia tu memang naturalis habis. Seolah kamu datang lepak cafe duk dalam hutan.

Bagi saya, dekoratif dan pembinaan seperti mini jungle ni memang kreatif. Selain dapat minum kopi, pelanggan juga dapat rehat santai dikawasan cafe (macam RNR) sebelum memulakan perjalanan jauh. 



Berbalik kepada Kopi Amazon, macam biasa, saya order Americano panas, wife order Amazon Coffee dan saya belikan Nazril Chocolate Ice. Seperti yang kita tahu, rata-rata harga makanan dan kopi di Thailand memang murah. Jadi harga untuk Americano panas ni adalah Rm5.00, Amazon Cafe RM9.00. Kalau datang order blended ke boleh cecah laa belas-belas ringgit. Setakat nak order signature Amazon Coffee tu semuanya bawah sepuluh ringgit.

Kopi dia bagi saya boleh lawan Zus Malaysia. Memang terasa roasted kopi americano depa. Macam tak cukup beli medium size. Patut next time beli medium ni dua pastu tuang dalam tumbler air panas. Rugi bro beli sikit-sikit. Nak datang bukan dekat.  Apa yang saya tahu Amazon Cafe di Shah Alam dah tutup. Kan best kalau dorang bukan franchise kat Malaysia.




Nak lepak lama-lama pun ramai dengan orang kita kat sini tapi keadaan terkawal, meja ada banyak samada nak lepak indoor atau outdoor. Sukahati korang laa nak lepak lama mana tak kisah, dapat sejukkan badan seketika pun jadi laa. Ketiak pun dah lecak bhai main dengan pukul 10 pagi kat Siam ni. Panas dia tak ada kasi chan.

Dorang juga ada juga kopi instant, drip coffee dan beberapa merchandise Cafe Amazon. Ada juga kek dengan pastries kalau korang lapar lagi. Yang pasti ianya halal. 

Tapi harus diingatkan, tak kesemua Amazon cafe ni halal. InsyAllah Cafe Amazon di bahagian selatan akan disediakan kek, kopi menu halal. Tak pasti kalau korang dah naik ke bahagian atas sana. Jangan main telan saja yer.

Saya agak suka konsep Amazon ni. Dorang buat natural, simple dan santai. Ni baru satu je, belum pergi ke Cafe Amazon yang lain. Maka tak hairan la mengapa Cafe Amazo ni sangat berjaya di Thailand berbanding francise kopi Starbucks. 

Tak dinafikan kopi Amazon ni memang sedap, padu dan berkesan untuk meyegarkan badan. Nanti sapa pergi tolong bungkus ikat mati.






Baca itinerari penuh kami jalan-jalan ke Hatyai disini

Samila Beach, Songkhla

Saya sambung perjalanan pergi ke Samila Beach. Masa tahun lepas kami dah pergi, cuma kali ni singgah juga semata nak makan ais krim roti. Sedap bang.

Drive dalam 15minit dah sampai Samila Beach. Kat sini adalah salah satu mercu tanda abang-abang rider motor untuk bergambar dengan patung mermaid. Kesian patung tu selalu dinodai. Huhuhuhu

Layan aiskrim dulu kat sini, nak makan pun masih kenyang lagi. Aiskrim pulut + roti + mangga baru berharga THB50. Kalau setakat nak aiskrim biasa tu THB30. Sepanjang jalan Samila beach ni ada ramai peniaga jalanan yang halal. Boleh ler beli kudap-kudap sambil layan angin pantai. Panas yerr!



Hatyai Village - Outdoor Store & Prelove Items

Jam pun baru 12.00 tengahhari, kami sambung perjalanan balik ke bandar Hatyai. Next destinasi adalah pergi kedai prelove kasut di Hatyai Village. 

Kat sini dia buat kedai style open konsep. Ada Uniqlo, Starbucks, Eve and Body ahhh macam-macam lagi la. Geng perempuan kalau nak beli kosmetik macam Sasa Sephora boleh singgah di Eve and Body. Besar gila kedai dia tapi harga saya tak pasti. Korang tengok ler sendiri pasal masa wife masuk kedai tu, saya sejukkan badan dalam kedai Uniqlo. 

Kebanyakkan baju UT Shirt Uniqlo sama saja di Malaysia, tak ada Thailand Edition. Maka kita masuk tengok-tengok saja dengan sejukkan badan.

Next point kami pergi prelove kasut yang syaa cakap tadi. Bundle kasut tu adalah Preem Import Hatyai. Butik ni dia collect smeua kasut prelove. 

Memang banyak kasut cantik-cantik dalam ni. untuk kanak-kanak pun ada banyak, malah kualiti pun dalam kondisi 8/10 keatas. Jarang nak jumpa kasut barai dalam ni. Hampir kesemuanya elok-elok lagi. Cuma bila datang size UK8, UK8.5 tu banyak habis. Kadang tengok kasut dan cun melecun, size pulak besar/kecik. Dah kena rembat dahhh.

Maka hasilnya, saya beli je kasut untuk Nazril. Adidas NMD macam ni baru harga RM60 duit kita. Nike pula RM50. Rembat saja laa bila lagi. Kasut budak ni beli mahal-mahal dapat pakai setahun ajer pun. Nanti kaki dan besar.



Pasal malas nak kuar jalan tempat lain, brader Nazril pun dah lapar, kami makan saja di foodcourt Hatyai Village ni. Ada choice untuk gerai halal. Ada juga non-halal, korang kena tengok elok-elok.


Sebelah ni jugak ada Starbucks, saya masuk dan tengok ada Starbucks Mug Been There Series. Kali ni dorang dah mula jual design yang baru. Ada laa untuk Songkhla dan Bangkok. Saya tak beli pasal dah ada sebelum ni. 


Perut dah kenyang, mata pun mula rapat macam nak tido saja, saya decide untuk rehatkan perut saya dulu dengan Nazril di hotel. Geng gegurl sambung shopping dengan jalan-jalan kat Central Hatyai Mall.

Khlong Hae Floating Market - Dinner

Jam 5.00pm, kami sambung balik perjalanan ke floating market. Floating market ni memang popular lah dikalangan orang Malaysia. Korang boleh point map Khlong Hare Floating Market kat sini.

Untuk ke sini, korang boleh saja naik Tuktuk dari Central Hatyai tapi rasanya rate lebih kurang 500-800THB pergi dan balik. Saya malas nak naik Tuktuk saya drive saja. Cuma kalau drive ni korang akan struggle laa sikit nak dapatkan parking. 

Perjalanan lebih kurang 25minit, entah celah kampung mana google maps ni bawa. Kita follow saja lah janji sampai. Parking sekitar sini adalah percuma dan tiada bayaran. Boleh parking ditempat disedikaan atau tepi jalan selagi tak block lalulintas.


Ngam pada waktu kami sampai ni, cuaca elok saja dan dapat laa tengok view sunset pada sungai floating market. Cantik juga view dia geng.

Ayuh kita mulakan perncarian makan malam kat sini. Saya pun first time nak layan kat floating market ni. Dulu datang hujan lebat, tak dapat nak menyinggah.







Antara yang dijual kat sini lebih kurang sama apa yang ada di ASEAN Market. Yang famous air dalam buluh berharga THB70-THB100, roti pisang, telur dadar awesome, koew teow. Macam-macam lagi laa ada. Tempat untuk makan pun disediakan tapi agak terhad. Tapi korang boleh sjaa duduk ditangga nyambil makan tengok orang. 




Selagi tak hujan, tempat ni rasanya best untuk lepak makan kudap-kudap. Ada juga gerai yang jual masakan bergoreng kalau korang nak makan nasi tomyum ke nasi goreng ke. 

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan gerai floating market ni dari awal jambatan sampai ke hujung menjual makanan yang sama saja. Selang 5-6 gerai tu akan repeat balik menu makan yang sama. Jadi tak perlu berebut atau kelam-kabut nak beli makanan tu. Sedap ke tak sedap tu lain cerita la kan.

Jadi saya beli koewteow, telur dadar seafood, dengan kentang goreng untuk kudap-kudap. Pemanis tak ada nanti kami nak pi Lee Garden Night Market. 




Boleh laa korang nak lepas seberapa lama kat sini, tapi sekitar jam 0900malam tu dorang macam mula nak mengemas dah. Kami takde laa nak tunggu sampai jam 0900malam, dalam pukul 0800pm tu dah mula gerak balik ke bandar Hatyai. Kami nak pergi Lee Garden Market pula.

Lee Garden Night Market - Supper

Kalau nak senang, bila korang datang Lee Garden ni elok naik Tuktuk pasal sini memang susah nak dapat pakring melainkan korang tidur kat hotel berdekatan. Saya dapat slop parking depan kedai tapi menapak laa sikit.

Point kat sini wife dia datang nak urut kaki. Kita layankan saja, sementara dia mengurut kaki tu saya dan Nazril layan Night Market kat sini. 



Saya beli roti pisang nutella dengan layan kopi ais. Untung malam ni tak de hujan dapat laa lepak kat night market depa ni.

Kat sini manusia sikit punya ramai bang. Memang pack habis maybe pasal malam minggu kot. Orang Malaysia dah mula sampai petang tadi rasanya. Nak dapat tempat duduk pun penuh juga jadi tak le laa nak lepak lama-lama, kesian orang nak duduk makan.

Lepas pekena kopi, saya sambung jalan dengan Nazril layan pasar malam beli jajan dengan sourvenir untuk kawan-kawan si Nazril ni haaa... ada kawan pulak katanya. Layankan saja.


Settle membeli, wife pun dah settle urut kakinya, terus kami balik lepak hotel saja.

Rehat, mandi dan solat. Packing sikit barang esok dah nak balik

This is awesome gais

Comments

Anonymous said…
day 3 xleh nak tekan link...
Nazrul Akram said…
Saya dah betulkan balik. Terima kasih.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1