Lego Time : Petronas Mercedes-AMG F1
Lego Time : Petronas Mercedes-AMG F1
Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil koliborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porsche, Ford, Bugatti, Mercedes malah Ferrari. Ada banyak model Technic diperkenalkan cuma duit saja tak menyeru untuk membuat pembelian.
Fenomena ini tercetus mungkin disebabkan atas permintaan atau strategi pemasaran Lego sendiri untuk menaikkan kembali populariti Lego. Malah, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).
Kalau korang rajin masuk ke Lego Store, hampir separuh model Lego untuk bapak-bapak muda dan dewasa. Lego City lebih kepada kanak-kanak, Friend Lego untuk little princess, Lego Speed Champion pula bukan kata budak, bapak budak pun collect terutama keluar model baik yang berkaloborasi dengan jenama keluaran kereta JDM, Petronas atau pun movie series.
Banyak-banyak model, baru ni saya berjaya menyiapkan sebuah model Mercedes-AMG F1. Model ini dikeluarkan pada awal tahun baru ni dan selepas pasang, ianya lebih panjang 5cm dari model McLaren Formula 1. Mercedes-AMG F1 ini mempunyai 1642 pieces yang mampu membuatkan jari jemari anda sakit.
Walau kepingan tak banyak macam model technic yang lain, tapi bagi saya nak pasang Mercedes-AMG F1 memang mencabar, banyak part baru dan pemasangan yang rumit.
Model ini mempunyai kejituan yang lebih tepat dan lebih teliti berbanding dengan McLaren Formula 1 sebelum ini.
Dari segi pemasangan suspensi depan dan belakang malah steering wheel dia adalah perkara yang paling rumit untuk pasang. Hampir repeat 4 kali kerana salah pasang slot. Dari segi pembinaan chasis sedikit sama dengan McLaren F1 termasuk bahagian engine V6.
Fuhhh kalau nak bukak balik tu memang kena focus betul-betul.
Saya mengambil masa 8.5jam secara keseluruhan untuk membina model Mercedes-AMG F1 degan 1642 kepingan ni.
Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno... Sekarang ni dah ada model Yamaha MT-10. Ni pun dah masuk wishlist. Tunggu kot-kot Disember ni ada sales ke kan.
Harap nanti Lego Lamborghini Countach ni tak sesusah Mercedes-AMG F1 ni. Kita tengok tengok dulu nanti ada modal baru beli ye.
Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!
This is Awesome bro..!
Comments