Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 10
Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 10
Pagi ni dengan penuh bersemangat bangun untuk pulang ke tanah air. Seawal jam 0600pagi kami dah berkumpul di lobby. Flight balik jam 1030pagi.
Tak payah tipu laa kalau nak balik rasa sedih. Kalau dah travel lebih 5 hari ni, badan mesti homesick pastu paling kau rindukan adalah nasi lemak sambal sotong.
Pergi saja laa mana-mana negara pun, tak kira laa sapa. Yang menyatukan orang Malaysia di negara aisng ni adalah nasi lemak dengan nasi goreng udang. Itu je. Tak payah sembang kau tak pandai makan nasi pagi-pagi kat luar negara. Ko suakan sambal sardin kat hidung dia pasti beliau bantai nasi goreng sambal sardin dengan lahap sekali.
Maka, jauh berjalan tak apa... jangan lupakan asal-usul kita. Tapi harus diingatkan juga. Kalau travel asik nak makan selera kampung kita payah juga. Kena laa lapik-lapik dengan makan tempat orang jugak. Kalau sehari tak jumpa nasi terus mengigil tangan. Elok awak pergi travel ke Negeri Sembilan hirup kuah salai 1 kawah.
Berbalik pada sarapan tadi. Seperti biasa super chef kak na dah sediakan meehun dengan saki baki sandwich untuk makan di airport.
Siap saja packing bag, saya mulakan proses check-out dan counting luggage supaya tidak tertinggal barang.
Terus order Uber 1 van dan 1 kereta. Kali ni kena 2 transportation pasal luggage masing-masing dah membiak. Mana maunya shopping kiri kanan, London shopping, Paris pun shopping. Semualah yer.
Van Uber ni mahal sikit. Perjalanan dalam 20km kena charge dalam EUR60. Kalau harga dorang murah laa tapi lepas convert duit kita sakit juga laa kan. Tapi demi menjaga keselesaan dan keselamatan mereka, maka Uber adalah pilihan yang tepat untuk ke Airport Paris.
Bila sampai di airport Paris Charles de Gaulle (CDG), kaunter Singapore Airline masih lagi ditutup kerana proses drop luggage adalah 3jam sebelum penerbangam. Tapi ada 3-4orang dah queue pada lorong drop luggage. Tak apa, kami sambung queue juga sementara dorang breakfast dengan pusing-pusing sekitar airport.
Kebanyakkan airport di Eropah dorang tak besar macam Changi, KLIA, Emirates mahupun Qatar. Airport dorang ni straight forward. Dari turun Uber tu tadi, masuk pintu terus jumpa tempat drop luggage. Tak perlu jalan jauh.
Yang jalan jauh tu selepas proses imigresen atau selepas security checking. Dorang taknak kita tolak troli luggage jauh-jauh. Lepas drop luggage baru jalan kaki.
Cuma yang tak bestnya kita kena berhati-hati juga dan jangan leka. Pasal dalam tiktok saya juga ada nampak segelintir kononnya dia ni pekerja atau pelancong yang saja-saja tolak troli konon nak drop luggage. Rupanya depa rembat luggage orang. Jadi jangan tinggalkan troli luggage anda sendiri. Sentiasa bersama dan passport juga perlu pegang dan simpan ditempat selamat.
Di lapangan terbang, hanya polis, tentera atau pekerja airlines sahaja yang boleh tengok passport anda. Kalau datang orang berpakai biasa tanpa kad kuasa, jangan bagi dorang tengok. Silap-silap passport korang lesap anda di manupulate.
Bila kaunter dah bukak terus drop luggage. Selesai kesemua 12luggage dengan berat keseluruhan hampir 300kg kau! Nasib baik Singapore Airline waive lebihan luggage. Thanks!
Kami terus ke pejabat VAT untuk refund tax beli barang di Gallaries Lafayette. Pasal datang awal, so tak ada orang beratur pun kat kiosk VAT tu.
Korang hanya perlu scan barcode pada sampul surat barang yang korang beli. Kalau beli barang LV, dia dah print siap dan letak dalam sampul siap-siap untuk memudahkan kerja korang. Kalau beli barang lain, korang kena keyin nombor VAT pada resit pembelian, isikan maklumat korang beserta bank account kalau nak refund online. Kalau nak refund cash select cash.
Jika nak refund cash, kiosk tu keluarkan resit dan beratur pada kaunter sebelah kiosk untuk refund dapatkan cash. Saya hanya pilih refund masuk account saja. Malas nak pegang cash, nak clearkan semua cash.
Selesai perihal refund tax, tempoh masa nak boarding 2jam 30minit lagi. Maka kami breakfast ngupi-ngupi dulu di Paul Cafe. Kat sini antara harga yang boleh terima akal. Breakfast set EUR7.90. Korang boleh pilih sama ada nak kopi dengan croissant atau orange juice dengan pastries.
Lepak kat sini dulu habiskan semua makanan yang kak na sediakan. Nanti nak masuk untuk untuk stamping Imigresen. Kat sini juga ada prayer room untuk solat. Tapi bilik solat ini bercampur dengan agama yang lain. Korang kena amik wuduk spray dan solat saja kat dalam tu.
Nasib baik kami tak lepak lama, nahhh beratur nak masuk imigresen kemain panjang. Kaunter ada 2 aje pun. Adoiii laa Paris. Punya ramai datang melawat tempat korang ni bukak 2 saja kaunter. Kat sini amik masa 30minit.
Kalau laa sapa-sapa yang datang ngam-ngam timing memang cari nahas laa. Peluang kena tinggal flight tu tinggi bhai.
Sebab tu saya suka datang airport 3-4 jam awal pasal nak elak benda-benda macam ni. Kita tak tahu apa masalah ke depan sehingga ke pintu boarding. Dibuatnya kena tinggal flight. Belas-belas ribu laa geng nak kena beli tiket baru.
Alhamdulillah lepas stamping passport semua terus ke gate Singapore.
Bye-bye Paris!
Tak pasti nak datang lagi ke tak... hati macam dah tak nak datang melainkan turun Paris menuju ke bandar-bandar lain. Paris tak nak lah.... bosan dan biasa sahaja. Ni pendapat peribadi saya ye.
Sama seperti Changi Airport, CDG Airport terminal 2 ni pun agal besar dan ada mall yang tersendiri. Seawal jam 0800 pagi banyak butik mewah dah beroperasi dan mungkin dorang 24jam kot.
Dorang tak akan biarkan korang keluar Paris dengan tangan kosong. Paling tidak korang mesti beli coklat, macaron mahupun souvenir PSG ke apa. Mana mungkin dorang tak sedut duit kita ni haaaa.
Kat waiting hall gate terminal ni memang santai dan cosy. Setiap gate akan ada Play Station 5 terminal dalam 4 bijik Yaa geng ada PS5 untuk korang boleh layan main sementara tunggu nak boarding flight. Jadi tak ada laa bosan nak tunggu kan. Ada section bacaan dan ada mini cinema yang dorang buat kerusi macam alam stage.
Agak menarik idea ni buat di airport. Jadi dorang boleh galakkan orang datang awal kat airport tanpa rasa bosan. Bijak juga idea ni ye.
It's boarding time.
Terus masuk flight dan rehat sekejap sementara dapat makana. Macam saya cerita pada entry Day 1 sebelum ni. Kalau kita amik special meal (halal meals) kita akan dapat makan dulu berbanding passanger yang lain. Hehehehe...
Masa on the way balik ni, penerbangan kami melawan masa, jadi dalam flight kami banyak malam. Dari pada berlepas jam 1030am, waktu siang dalam flight hanya 5jam sahaja dan selebihnya adalah malam. Total perjalanan Paris ke Singapore adalah 12.5 jam berbanding Singapore ke London haritu 14.5jam.. huhuhuhuhu lainnyaaa!
Si Nazril ni mudah betul tidur dalam flight, settle je makanan dia, tengok tv sampai tertido. Yang awak ni terkebil kebil nak tidur. Kalau korang tak boleh tidur, korang boleh mintak hot chocolate, warm milk dengan cabin crew.
Setiap seat juga disediakan amenities bantal, selimut, stokin, penutup mata incase korang tak leh tidur ada cahaya. Nasib baik sepanjang perjalanan tiada air turbulence yang teruk. Flight kami return ke Singapore pun agak penuh. Tak ada seat kosong nak lepak baring. Jadi login wifi on board tengok laa FB IG dengan wasap.
Pasal flight long-haul, makan dalam flight ni dia serve 2 kali makan berat 1 kali snack. Pada 2 jam sebelum landing dorang serve breakfast. Masa ni saya tengok map dah nak masuk Andama Sea.
Alhamdulillah tiba di Singapore tepat jam 0600pagi Singapore. Masing-masing lemau dengan jetlag. Tak ada mood dan pastinya rindu dah nak baring.
Tapi perjalanan masih lagi berbaki Singapore ke Kuala Lumpur. Solat subuh dan lepak di cafe untuk breakfast. Bila tengok kesmeua menu halal dengan harganya, fuhhh terasa indah laa duduk di Asia. Ni baru Singapore belum lagi Malaysia.
Masa transit di Changi Airport ni, ada sebuah Hard Rock Cafe Changi Airport baru bukak. Sebelum ni dorang tutup disebabkan pandemik Covid-19, lepas tu bukak baru dilokasi terminal yang lain.
Jadi sempat saya beli 1 pin Grand Opening Limited Edition. Ini tersangat rare bro... nak beli ni kena masuk Changi Airport. Bukan senang yer. Mahal modal dia.
Penerbangan balik menggunakan A350 aircraft baru. Masa takeoff langsung tak rasa dan memakan masa selama 1jam sahaj untuk tiba di KLIA. Tiada makan berat disediakan me,alinkan bagi air dan kacang kalau tak silap saya.
Collect luggage dan clear declaration dengan kastam. Kastam ni random sikit kalau dia nampak korang bawa luggage banyak, beli barang yang sama kuantiti yang banyak mula dia nak kenakan cukai. So far kami semua lepas dikenakan cukai pasal tak ada laa beli barang stok untuk berniaga. Cukup-cukup nak bagi ke sedara dengan kawan-kawan saja.
Selesai trip London Paris kami selama 10hari.
Terima kasih pada Kak Wan Zarina, Kak Zura, Rul dan anaknya yang menggunakan perkhidmatan kami. InsyAllah kita terbang ke Europe bersama lagi 2 tahun.
Next destination is Swiss - Austria - Germany
This is awesome gais!
Comments