Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 9

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 9

Pagi ini adalah pagi terakhir di Paris sebelum pulang ke tanah air. Masing-masing dah rindukan nasi lemak sotong dengan nasi kandar bro.

Pagi ini juga cuaca masih lagi hujan membuatkan mood untuk berjalan kaki dah kelaut habis. Tapi macam mana pun tetap kena jalan keluar nak completekan itinerary. Destinasi pada pagi ini kiranya nak pergi ke Grand Mosque Paris dan Jardin des Plantes lalu pergi ke Notre Dome.

Sebenarnya ada banyak masjid di sekitar bandar Paris. Tak perlu risau mana nak solat malah ada sesetengah restoran halal seperti Bilal dan Al-Jawad yang kami lunch semalam tu ada menyediakan surau kecil. Kena kongsi lah lelaki dan perempuan. Biasanya surau-surau ni terletak pada belah basement.

Disebabkan cuaca masih hujan gerimis, kami memulakan perjalanan menuju ke Stadium Paris Saint German - PSG. 


Memulakan jalan kaki berpayung menuju ke lokasi train station terdekat lagi iaitu Porte de Saint-Ouen. Mungkin disebabkan hujan berpanjangan semalam, pagi ni nampak banyak khemah-khemah gelandangan bawah fly-over. 




Kalau naik Uber, biasanya jalan raya dorang akan guna jalan raya short cut dan akan nampak tempat tinggal gelandangan ditepi-tepi kedai terutamanya di taman dan bawah fly-over. Kesian pun ada. Musim sejuk gini, dengan cara macammana laa dorang sejukkan badan. Kami yang duk hotel pasang heater pun masih rasa kesejukkan.

Pedulikan mereka, kita banyak lagi urusan yang nak selesaikan di Kota Paris ni!

Hujan di Paris Saint German

Menaiki train dari Metro 13 menuju ke Chatillon dan interchange dengan Metro 9. Ketika ini, setiap kali naik train pada waktu pagi hari bekerja memang ramai orang. Jadi harus sentiasa berwaspada beg kena letak depan dan jangan bermain handphone. Mata kena alert dengan team masing-masing kot ada pencopek masuk tangan dalam beg anda.


Untuk ke PSG Stadium, perlu turun di Porte de Saint Cloud. Tapi masa kami sampai di station ni, hujan makin lebat pula. Jadi kena berpayung lagi. Kasut tak payah citerlah, memang dah basah becak semua.

Disebabkan pertama kali sampai PSG, lepas tu ni salah satu team favorite Nazril, dia sendiri dah tak sabar walau hujan sejuk beku ni. Dari station nak ke main entrance PSG ada laa dalam 15minit jalan kaki. Boleh tahan bro!

Sampai je main entrance terus kami cepat berselfie, bergambar, berposing walau tak masuk tour dia. Rasanya tak perlu masuk kot setakat PSG ajaer pun... Lain laa Man U! Ahakss!






Waktu pagi ni, Megastore PSG pun masih tutup lagi. Tapi kalau korang nak beli merchandise dia, dalam bandar Paris ada satu dan di CDG Paris Airport pun ada. 


Kalau ikutkan, kami mahu menuju ke Grand Mosque Paris dan Jardin des Plantes. Tapi kesemua destinasi tersebut memerlukan jalan kaki dan ianya adalah sebuah taman terbuka. Maka kami terpaksa batalkan disebabkan cuaca masih lagi hujan.

Jadi dorang nak pergi balik ke Grand Lafayette, nak repeat beli Dior dengan LV. Amik kau macam beli Carlo Rino kat Sogo jek. 

Ayuh saya bawakan juga untuk memenuhi kehendak dorang. Dari Porte de Saint Cloud naik Metro 13 dan turun di Harve-Caumartin. 1 lane metro sahaja tak perlu interchange.


Saya suka datang ke Galeries Lafayette ni pasal ambience dengan bau perfume yang semerbak harum menghiasi suasana mewah shopping mall ni. Tapi kadang-kala rasa seram sejuk jugak bila bini mula belek-belek lagi handbag/wallet LV. Ini jam memang boleh buat-buat tak kenal.



Beratur dalam masa 30minit jugak baru laa dapat masuk LV. So dorang mula cuci mata sambil-sambil abam minum fresh oren berbotol-botol untuk menghilangkan nervous (apa laa pulak kena paw ni). 

Macam saya cerita pada entry Day 7 sebelum ni, kalau korang nak beli barang LV, kat sinilah tempat dia. Kesemua harga LV ni adalah 20%-30% dari harga Malaysia dan selepas pembelian, kita akan dapat refund tax 10%. 

Masa bayar tu harga full, 10% perlu buat refund masa nak balik di airport Paris. Samada amik cash ataupun masuk credit dalam kad yang kita bayar tu.

Contohnya handbag LV model Nano Diane berharga RM10200 di Malaysia. LV Paris pula berharga RM8160 dan daripada harga ini, korang boleh waive tax 10% lagi, 

Tapi orang cakap, ehhhh bukan sana murah ke brand dorang ni. Apsal masih beribu-ribu. Ya tuan puan. Murah maksud dorang tu adalah murah dari Malaysia. Bukan bermaksud murah daripada RM10,000 jatuh sampai ke RM500 yer. Itu dah fake.

Harga luxury premium branded tak akan jatuh harga teruk sangat. Beza kalau MK, Coach dengan Kate Spade. Dior, LV, Hermes akan jaga standard harga mereka.



Selesai beli LV lagi... dorang laa bukan saya. Perut mula lapar, terus kami lunch di kedai New Balal tak jauh dari Galleries Lafayette ni. 

Rupanya New Balal ni sama company dengan New Jawad yang kami makan kelmarin. Patut menu pun sama saja. Kalau datang sebelum lunch time, korang tak perlu buat reservation seat. Kalau tak korang kena beratur tunggu laluan pada yang orang dah buat reservation. 

Kalau datang ramai 8orang disarankan membuat reservation table untuk mengelakkan beratur. Alhamdulillah rezeki kami dapat masuk saja selepas memberi salam. Huhuhuhu

Menu nasi beriyani, chicken curry dengan tandori chicken menghiasi meja yang sememangnya tengah kelaparan dengan sesi menghabiskan saki baki duit Euro ni.

Untung kedai ni dia ada set menu lunch yang datang 1 set yang boleh makan dua orang terus. Apa jadah dia appetizer dia sebijik roti nan dengan kuah kacang dal. Main cource pula nasi beriyani gulai kurma macma 2orang makan, pastu dessert pula ada aiskrim kelapa. Makan 1 set ni pun dah kenyang untuk doa orang. Saya topup dengan ayam tandori saja untuk makan dengan roti nan. Semuanya berharga EUR25.00. 


Perut dah pada, mari memulakan sesi jalan kaki untuk ke Champs-Élysées. Kiranya repaet balik ke lalu ini pasal nak pergi ke Adidas Store dan Nike Store. Nak usha kot ada kasut NMD baik-baik tak masuk Malaysia ke.

Dalam Adidas Champs-Élysées ni memang besar siap ada 3 level. Women, Men, Kids. Ada kesmeua model baru malah product lama. 

Dorang ada juga baju dengan jacket versi Paris sahaja. Kalau beli baju ni, macam beli baju Hard Rock lah. Hanya dijual untuk pasaran Paris sahaja jual dah kat luar negara lain.

Apa yang menarik minat saya adalah dorang ada satu section yang mana, kalau korang ada kasut Adias terutamanya Stan Smith atau apa-apa kasut jenis leather type, korang boleh upah artist graffiti untuk lukiskan grafik pada kasut korang. Harga bermula EUR20 ke EUR50. Bergantung pada size lukisan besar ke kecik. 

Kasut fabric tak boleh. Aduiiiiiiii... kalau tak abam dah suh dia lukis dah. Lawa bro serius... Ada juga contoh gambar yang dorang buat memang buat melt-down habislah!




Geng perempuan duk melepak dulu tunggu kami. Kali ni kita sidaikan dorang pasal tadi kami yag kena sidai sementara kat luar tu masih hujan renyai.


Walau perut masih kenyang, saya tetap nak bawa dorang ke sebuah cafe yang famous. Iaitu salah sebuah cafe dalam series Netflix - Emily in Paris iaitu cafe Les Deux Magots. Lain macam bunyi cafe dia.

Maka jalan kaki bermula dari Franklin Staiton untuk menaiki Metro 1 dan interchange di Chatelet. Tukar train ke Metro 4 dan tiba di Saint Germain Des Pres. Keluar je dari underground terus muncul cafe ni. 




Laluan keretapi di Paris lebih dikenali sebagai Metro & Metropolitain, manakala London pula dorang panggil Underground. 

Kalau korang jalan kaki sekitar bandar Paris dan nampak tangga turun bawah tanah dengan signage Metro & Metropolitain tu maksudnya tangga tu adalah tangga untuk ke station keretapi. Nanti akan ada peta dan nombor station untuk memudahkan pengguna mengenali station apa kat bawah tanah nun!

Macam kami, saya telah menyediakan semua ahli travel dengan Pass Navigo. Maka tak perlu lagi nak membeli tiket dimesin ataupun kaunter. Cuma kadangkala kad ni jadi gelong. Bila tap dia tak mahu buka pintu. Maka kena validate balik kad Navigo tu di kaunter baru boleh pakai. Ada laa juga antara kami kena macam tu.



Masa kami sampai cafe Les Deux Magots ni, kami dapat slot duduk dalam. Dapat laa vibes dalam cerita Netflix Emily in Paris tu. Huhuhuhuhu.


Makanan dalam ni tak halal, maka saya order Americano Coffee, hot chocolate dengan croissant untuk buat kudap-kudap. Harga kedai ni lagi murah daripada Cafe Carette yang kami ngupi baru ni. Hot chocolate tu pekat dia memang pekat, manis dia tak yah citer hoiii..... manis gila!

Sebenarnya sesi mengeteh dan ngupi-ngupi ni untuk tunggu hujan reda pastu plan nak sambung perjalanan kemana selepas ini.



Kalau ikutkan, kami dah drop masjid dan taman di Jardin des Plantes. Tapi ada satu lagi destinasi yang saya nak pergi iaitu Notre Dame. 

Notre Dome ni adalah sebuah gereja lama yang masih digunapakai dan beberapa tahun lepas, gereja ini telah terbakar dan sedang dibuat baikpulih.

Kita mungkin pernah dengar Notre Dame dalam salah satu kartun Disney iaitu The Hunchback of Notre Dame. Ada orang cakap, apsal kalu berjalan jauh-jauh tapi nak pergi tengok gereja...? 

Pemikiran sebegini perlu kita singkirkan kalau nak berjalan ditempat orang. Persoalannya, apakah kalau datang melawat gereja kita ni dituduh sebagai kafir dan terus tukar agama? Kamon bro... cetek sangat pemikiran tu. 

Biasanya sesi lawatan saya tak masuk pun kedalam gereja sehingga menghayati suasana dalam gereja tu. Apa yang saya nak tengok ada senibina yang dibina oleh pereka dan pembina pada tahun 1163.

Yaa Notre Dame siap dibina pada tahun 1163 dan pada masuk tu, Apakah Melaka sudah wujud? Masih belum lagi tapi pada tika ini dorang dah mula membina pelbagai kemajuan dan bangunan yang mampu membina empayar maritim yang membolehkan dorang datang dari Eropah hanya menaiki kapal berlayar dengan angin sampai ke Melaka. Lepas tu siap jajah lagi.

Jadi singkirkan perkara negatif dalam kepala hotak kita yang kolot tu. Buka fikiran dan belajar benda benda yang membawa positifi dan manfaat kepada kita. Yang buruk dan tak betul tu tak perlu kita serap. Amik yang membawa kebaikkan ketika travel ke tempat orang ni.

Selesai ngupi-ngupi, terus gerak Notre Dame, naik metro 4 menuju ke Saint-Michel Notre-Dame Station. Stakat lalu saja pasal nak lepak lama pun cuaca masih lagi hujan dan nak gelap dah. Waktu winter cuaca senja cepat bertandang.

Terus gerak balik untuk packing beg yang banyak ni. On the way balik tu kami turun di Garibaldi Station pasal kat situ ada Lidl dan Franprix, dorang yang jual coklat murah. Kira macam Tesco dengan Giant lah.



Tapi serius coklat kat sini dengan barangan keperluan lain memang murah. Saya sempat beli coklat dengan kopi untuk bawa balik ke Malaysia. Baju panas, jacket dengan stokin pun murah tapi memikirkan nak sumbat dalam beg. Aduhai....

Kat sekitar Garibaldi ni ada beberapa kedai halal. Korang boleh beli ayam panggang, makan dengan fries ataupun potato bakar panas-panas. Sedap geng makan time panas waktu sejuk Perut mudah lapar kan.

Maka, acara packing beg bermula. Kesemua lebihan makanan habis dan tak bawa balik ke Malaysia pun. Pandai Kak Na sukat makanan ngam-ngam untuk kami. Memasak dengan kelengkapan serba kekurangan tapi superb! Tak rugi bawa Kak Na. Hahahahaha!

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1