Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 4

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 4

Untuk harini, itinerari kami jauh sikit dari Kota London. Kami akan drive pergi ke Bicester Village dan Bandar Oxford, yang mana terletaknya city campus Oxford University.

Jadi pada awal pagi lagi, saya dengan kapten kedua menuju ke Victoria Station untuk pickup kereta sewa di Avis Rental Car. Rental car ni saya telah membuat booking 1 bulan sebelum dengan insuran penuh. Agak murah dengan sewaan SUV vehicle dan selsa untuk 5orang.

Dari Ravenscourt Station terus ke Victoria Station dengan menggunakan District Line. Ahli travel yang lain masih berada di hotel, lepas dapat kereta kami akan pickup dorang di  hotel saja.



Kami tiba awal 30minit dan pejabat rental car dibuka, jadi saya mengambil masa untuk pekena kopi sekejap didalam Vitoria Station. Seperti yang saya ceritakan pada blog sebelum ini, Victoria Station adalah station yang besar dimana perkhidmatan bas express antara bandar juga bermula disini. 

Jadi walau awal pagi, ramai penumpang bas berada di dalam station untuk ke destinasi seterusnya. Selepas pekena kopi, saya berjalan-jalan sekitar station dimana terdapat perumahan mewah sekitar bandar ini. 




Anggaran property untuk kawasan rumah apartment duplex ini mampu mencecah 1juta GBP. Masakan tidak, walau rumah apartment, kereta yang parking bawah rumah adalah Ferrari, Range Rover, Maserati ahhhh macam-macam lagi ler...



Tepat jam 0800pagi, pejabat dibuka dan kami mulakan process register dan checkin. 

Untuk sewa kereta di UK, anda wajib ada kad lesen memandu yang masih hidup. Dorang tak terima lesen bentuk digital. Kalau tak ada kad lesen kena pergi buat International Driving Permit (IDP) di JPJ dan bayar RM150 untuk tempoh setahun. 

Setakat ini, dorang masih terima kad lesen Malaysia kerana mempunyai dwi bahasa. Jadi kalau ada kad lesen fizikal, dah tak perlu buat IDP. Selain itu, kad kredit juga kena lebih tempoh 2 bulan daripada expired date. 

Dah dapat kunci, kami terus dapatkan kereta. Ahaaaa kami sewa dua jenis kereta SUV, satu Nissan X-Trail dan satu SUV MG (lebih kurang besar Ativa). 




Ayuh memandu di UK!

Memandu di UK senang saja pasal pemanduan belah kanan sama macam Malaysia. Cuma korang kena biasakan masa di traffic light dan juga crossing bar. Traffic light dorang ni lepas merah dorang akan kuning, baru hijau... masa kuning tu depa dah start jalan. Lambat kena hon... harey betui! Ni kalau kat Malaysia kompem ajak bertumbuk dah kauuu!

Drive saja kereta macam biasa, dan follow speed limit terutama dalam kawasan perumahan. Bukan apa, kat sini dorang ada camera auto yang capture speed limit korang walau kawasan perjiranan. Jadi sangat rugi kalau dah balik Malaysia akan terima email settlekan saman dari syarikat sewa kereta. Tak sempoi tu geng...

Bila dah tiba di hotel, kami terus pickup dorang dan menuju ke Bicester Village untuk shopping level premium. Orang Malaysia tak sah kalau tak datang sini. Bicester Village ni ibarat kampung Malaysia di London. Ada saja tersempak dengan orang Malaysia kat sini tapi dorang ni smeua ramah tamah. Tak ada yang sombong. Terbaik lah korang!

Outlet kat Bicester Village ni bagi saya memang menarik pasal dia lain daripada outlet yang kita selalu pergi di JPO atau GPO. Outlet dia berkonsepkan open space dan susun atur butik mewah ini seolah anda berjalan dari rumah ke rumah di kampung English style. Mungkin disebabkan itu juga nama dia Bicester Village. 




Namakan saja jenama yang korang nak kat sini semua ada... dari Gucci, Dior, Ralph Lauren, Kate Spade, Coach sampai jenama saya tak kenal pun hado.... Orang penuh saja dalam butik ibarat barang jualan macam harga murah... Bila tengok dan tolak diskaun tetap harga beribu-ribu... haduihhhh... 





Kami tetapkan masa, saya tinggalkan geng perempuan shopping kat sini dan saya pergi ke Silverstone Circuit pasal tak jauh pun dari Bicester ni dalam 15km sahaja. 

Silverstone Circuit adalah litar perlumbaan Formula 1 dan ada muzium. Litar ini masih digunakan dalam F1 GP pada tahun ini dan mungkin akan kekal untuk beberapa season jugak.




Pada pintu masuk muzium ni, tergantun sebuah jentera F1 AMG Petronas W18 (tak ingat tahun bila) Agak bangga laa jugak bila kita nampak logo Petronas kita besar dorang cetak malah dipamerkan untuk tontonan awam.


Dalam muzium ni ada juga cafe untuk kita lepak sambil jalan-jalan pada track. Kalau nak masuk muzium harga dia GBP22.00, macam mahal laa pulak. Jadi kami hanya lepak di cafe saja sambil tengok barang di souvenir shop. Order coffee dan muffin dan lepak layan cuaca yang cantik nyaman nyaman kat luar. Syahdu matt.....



Ada banyak laa jugak barang yang dorang jual dalam ni. Yang jenis rare pun ada tapi harga pula tak rare. Ada sebijik poster frame dan ditandatangani oleh Sir Lewis Hamilton. Harga di cecah GBP999 mat... meleleh ayaq mata tengok harga. Cukup beli topi, keychain dengan lanyard saja buat kenangan tanda hadir. Huk huk huk.



Settle sesi kopi, kami pergi ke Mercedes AMG Formula 1 Team di Brackley. Pun tak jauh dari Silverstone tu amik masa 20minit. 

Kami kesini kononnya nak pergi laa tempat pameran trophy Mercedes AMG Petronas Formula 1. Malah kat dalam ni juga ada showroom kereta formula 1 dari tahun 2010 sehingga kini. 

Tapi malangnya dia tidak dibuka pada public dah atas faktor keselematan. Agak kecewa maka kami bergambar saja laa pada signboard kat roundabout tu. Huuuu sedey! Janji hado...




Jam pun dah nak masuk pukul 2:00petang. Perut pun mula lapar walau dah pekena kopi sebentar tadi. Sememang mudah lapar bila cuaca sejuk.

Jadi kami patah balik ke Bicester Village untuk amik geng perempuan habis shopping tadi. Perjalanan diteruskan menuju ke bandar Oxford untuk solat, makan dan jalan-jalan sekitar Oxford City Campus. 

Perjalanan lebih kurang 30minit saja dari Bicester Village, terus point ke Masjid Oxford. Kami selesaikan dulu solat Jamak & Qasar kat masjid ni. Selesa betul dengan luas dan kemudahan tandas yang ada paip getah. Fuhhhhh nikmat yaa geng dapat buang air ada paip getah. Huhuhuhuhu....





Sekitar masjid ni ada banyak restoran halal. Jadi tak perlu korang nak usha jauh-jauh. Jalan kaki saja dari masjid sederet dengan masjid tu ada 3-4 restoran halal. 

Kami santap di restoran Oodles saja pasal menu dia ada mee macam mee goreng, nasi goreng pastu ada ayam ala-ala BBQ. Harga makanan pun just nice sesuai untuk harga pelajar dan penjimat macam kami ni haaaaa. 

Bagi saya, kalau nak travel ni, jangan memilih makanan sangat. Jangan bawa tekak kita yang selalu nak gulai, kari, tomyum dengan belacan. Kalau kita biasakan dengan makanan sebegini, susah nak travel. Serba serbi makanan tak kena dan tak leh telan. Kena biasakan dan mencuba pelbagai makanan.



Selesai makan, terus drive pergi ke center Oxford. Kami dapat spot parking majlis, cuma pada tika tu tak sure pula kena bayar parking ke tak pasal hari Sabtu.. jadi tawakal saja laa parking tanpa bayar kupon. 

Disebabkan hari sabtu, sekitar kawasan ini ramai kelibat pelajar melepak, pastu ada event apa tah lagi yang dorang berkumpul ramai-ramai. Ngam-ngam tempat kami parking tu tak jauh macam ada pasar malam. 

Dapat ler cuci mata beli barang-barang dengan baju bundle & barang preloved kat pasar malam dorang ni. Ada jugak jual kopi, kueh dengan makanan. Memang style laaa! Berjalan dengan dorang ni asik makan aje. Asal ada jual pastry terus singgah pastu makan. Senang betul.



Pada pendapat saya, vibes di Oxford ni lain sikit dengan Kota London. Mana tidaknya, hasil carian google, Oxford University ini adalah salah satu universtiy yang tertua didunia dan dikata dibina sekitar tahun 1096. Kira-kira dah cecah lebih 900 tahun yerrrr...

Maka tidak hairan lah kebanyakkan bangunan dia ni seperti bandar Edinburgh, seolah berada pada set movie Harry Potter macam ala-ala gothic.







Korang bersandar atau posinglah mana mana dinding atau spot, pastinya gambar korang cun melecun. Setiap bangunan dia tu adalah campus pelajar dan ada juga beberapa bangunan kedai yang telah restore untuk dijadikan commercial shop. 


Memang best berjalan-jalan sekitar bandar dia, agak terasa selamat walau hari mula dah masuk senja. Pada waktu ni jam baru masuk 0500petang. Suhu pun mula drop ke 10C. 

Tak jauh dari kawasan kami menapak tu, ada sebuah mall bagi saya fuhhhh impressive giler. Dari luar tu nampak seperti sebuah gudang konsep open air, tapi bila masuk, ada macam-macam kedai standard butik macam GPO. 

Nama mall tu adalah Westgate Oxford Mall. Malah ianya dibina 2 tingkat underground. Maka pada aras jalan raya ni nampak macam 1 tingkat saja, tapi rupanya dia ada lagi 2 tingkat underground. Memang mindblown.

Silapnya, masuk dalam ni ada pulak Primark... Fuhhhhh dorang apa lagi, sambung shopping pula laa dalam Primark. Memang meminta betul kalau tersempak dengan Primark. Berhantu laa beb! Boleh bengkok tulang belikat.


Jam 0800malam kami terus checkout dari mall ni. Itu pun pasal mall ni tutup jam 0800malam. Hukhukhuk, jadi terus jalan kaki ke tempat kereta. Macam jauh pulak masa parking tadi. Nasib saya ada buat marking dalam google maps.

Bila sampai kat kereta, naaahhhhh kereta kena saman parking da... 2 kereta kena dan kena bayar dalam masa 28hari sebanyak 25GBP. Haduihhhhh... 

Maka drive balik laa dulu nanti pikir macam mana nak bayar. Kalau ikutkan arahan notis tu boleh bayar online. Tak pe laa kita settlekan online dulu.. janji boleh balik ke hotel.

Perjalanan dari Oxford balik ke London ni lebih kurang 70minit. Walau dah malam, trafik highway M6 ni banyak juga kereta. 

Skill pemanduan kat sini macam saya cerita sama saja di Malaysia cuma.......

Bila masuk highway (M4, M5, atau apa-apa M) biasanya ada 3 lane. Korang kena stay driving pada lane 2 atau 3 iaitu lane paling kiri dan tengah. Korang tak boleh stay pada lane 1 (lane kanan) pasal lane 1 memang hanya untuk memotong. Jadi atas highway dorang tu lane 1 memang kosong terus, hanya lane 2 3 banyak kereta. 

Kesimpulannya, Lane 1 untuk memotong sahaja, habis potong masuk Lane 2. Bawak slow Lane 2 kena hon dengan highbeam suruh change lane pergi Lane 3. Berbeza yerrr.

Highway dorang ada RNR macam kita, tapi biasa saja. Cukup basic hanya ada petrol pam, kedai runcit  serta tandas. Kalau tempat kita RNR meriah sangat! RNR kita lagi bagus dan lawa.

Interchange dia ni keliru sikit - contohnya kalau kita exit kiri untuk Oxford, masa tengah naik ramp layan corner exit ada cabang lagi. Jadi masa interchange tu korang perhatikan maps suh exit nombor berapa. Khuatir nanti hujung-hujung korang silap exit, jauh pulak kena pusing u-turn.

Bila masuk Kota London, tak semua jalan kita boleh drive sesuka hati. Dia akan mengenakan charge city toll sebanyak GBP15 - GBP17 sehari... bersamaan RM90.00 sehari yerr.

Macam mana nak tahu dia charge kat mana..? Nanti saya share entry driving tips dan baca kat sini saja.

Kami tiba di hotel lebih kurang jam 1000pm, delay ada trafic jem dengan singgah isi minyak.

Drop dorang di hotel dan saya return ke Victoria Station untuk drop kereta. Malas nak drop esok pasal taknak kena bayar parking di hotel. Mahal... kami ni kedekut yerrr.

Get a good rest, perjalanan harini saya agak gembira pasal dapat jalan-jalan bandar Oxford. Satu pengalaman yang menarik. First time pergi Oxford walau tak dapat panggilan masuk University dia. 

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1