Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 6

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 6

Hari ni adalah hari terakhir berada di Kota London. Seterusnya kami bertolak ke Kota Paris pula menggunakan highspeed train TGV.

Memandangkan harini tak rushing sangat, teruskan packing bag yang makin membuak-buak ni sambil sarapan dalam bilik hotel saja.

Hotel Premier Inn ni sempoi jugak. Facilities dia cukup complete dan kalau ambil bilik family agak besar dan luas untuk keluarga yang bawa anak 1-2 orang. Ada katil kecil untuk anak-anak tido dan masih ada lagi space untuk bukak beg dengan meja tulis. 

Kopi dia free all of time, tak cukup turun bawah amik saja ditempat yang disediakan. Cuma jangan jadi sakai perangai kampung amik semua amenities yang dorang bagi. Ambil untuk keperluan sahaja ya.

Urusan check-out senang saja, boleh drop key dan self check-in. Dorang malas nak tengok muka korang untuk check-out... hahahahaa


Maka marathon tarik luggage 25kg bermula!

Ini kali agak terasa beb jalan kaki tarik beg. Masa sampai tak ada laa lenguh kaki lenguh tangan. Ini jam cuaca sejuk 10c tak rasa laa sejuk. Rasa nak bukak jaket dah wey main tarik luggage 800meter ni.

Terpaksa tarik beg ke station jauh sikit pasal nak singgah lagi kedai perfume murah semalam tu. Ada kiriman dengan penambahan barang lagi sebelum ke Paris. Kedai ni juga ada jual coklat murah-murah. Rugi laa kalau tak beli, boleh share dengan budak office nanti.


Dari Hammersmith naik train menuju ke King Cross Station. Untuk ke sana boleh naik Circle lain atau pun Piccadilly Line. Tapi saya rasa elok naik Circle Line pasal train dia jenis train baru dan besar. Piccadilly Line ni train jenis kecik tak sesuai untuk masuk luggage besar ni. 

Sebenarnya kalau korang malas nak naik train untuk ke station besar boleh naik Uber. Kat sini Uber memang banyak cuma duit kami je yang tak banyak. Anggaran harga Uber kat sini 1 miles adalah GBP2.5 dan kalau jalan jem, meter jem jalan dalam GBP1.25 per minute.

Maka congak saya pada masa tu dari hotel ke Station King Cross yang jarak dalam 10km adalah GBP35 bersamaan  RM210. Tu untuk kereta 4orang. Kalau korang luggage besar dan ahli travel ada 8orang, kena split dua kereta/van yang berharga GBP55 setiap satu kenderaan. Bersamaan RM330 untuk 10km sahaja. Ok kan....  Sapa kata London mahal...?


Oleh sebab ini adalah perjalanan terakhir di London, maka saya telah membuat refund duit lebihan dalam kad Oyster kami tu. Jadi kalau korang terlebih top-up atau masih ada balance, sila buat refund di mesin jualan tiket Oyster. Kad dapat balik tapi dah tak boleh guna dah. Boleh laa buat sourvenir balik Malaysia nanti.


Bila tiba di King Cross, korang akan tiba di International Station dimana, King Cross station ini bersebelah dengan St. Pancrass International Station. St.Pancrasss adalah station keretapi antarabandar dan juga train antarabangsa. Dari sini korang boleh pergi ke Manchester, Edinburgh, Amsterdam, Brussel, dan Paris.

Kalau nak pergi ke Swiss, Germany atau Italy, kena naik train transit ke Paris dulu. Dari Paris baru naik train ke Germany, Swiss atau pun Italy. Dari London tak ada yang direct. Kena interchange tukar train di Paris atau Amsterdam.

Untuk perjalanan ke Paris ni ada 2 option. Samada korang naik bas atau pun naik high speed train. Kalau banyak duit boleh naik flight.

Perjalanan paling murah adalah naik bas tapi ianya memakan masa selama 8jam kauu. Murah dia tu tengok nasib, mungkin boleh dapat GBP10 atau ke GBP30 per trip.

Manakala perjalanan cepat adalah menaiki highspeed train yang mengambil masa lebihkurang 2 - 2.5jam sahaja. Harga pula bermula dari GBP30-GBP100.

Bagi saya, menaiki train adalah cara cepat dan selesa untuk menuju ke Kota Paris. Saya telah menempah tiket train ini 3 bulan awal. Tak boleh last minit nanti full book. Anda kena ingat, Paris is City of Love... ramai yang akan menuju kesana termasuklah flight. 

Masa berada di Saint Pancrass Station, beberapa officer datang ke kami pasal nampak kami bawak beg yang besar dan banyak. Dorang hanya tanya soalan dari mana nak kemana sahaja malah dorang nasihatkan jaga barang & luggage kerana kawasan sini adalah hotspot pencopek yang cilok luggage. Terbaik dan terima kasih atas peringatan.




Sementara itu, kami berisa-siar sekitar station ni. Bangunan dia memang lawa dan apa yang saya perhatikan, egara Eropah ni memang menggunakan sistem keretapi sejak dulu-dulu lagi. Maka, station besar atau central station dia memang dibina unik dan renaissance stlye. 

Sama juga masa saya pergi di Berlin, Frankfurt, Zurich dan Amsterdam, Central Station dia memang bangunan yang lama dan mempunyai senibina yang tersendiri. Rugi kalau tak amik gambar kat central station depa ni.





Beli sedikit makanan jajan untuk makan dalam train. No worries, train jarak jauh ni korang boleh makan. Ada meja disediakan pada seat tertentu. Masa booking tiket korang boleh pilih seat mana nak duduk. Dalam seatmap ada gambar yang ada meja. So senang laa kalau nak makan tambah pula ada budak 2 orang ni. Sama macam naik ETS laaa... 

Boarding time dibuka 90minit sebelum berlepas. Sebelum masuk, proses dia sama macam airport, korang kena scan luggage dan body checking. Cuma yang leceh tu nak angkut beg berat naik ke tempat scan memang mencabar kudrat betul. 

Lepas checking baru hadap immigration untuk chop passport. Imigration ni adalah imigration France yer bukan lagi UK. Dapat laa satu stamping France tanpa ucapan welcome to Paris... Haaaaaa!




Pada tempat waiting room ni tak la besar sangat, tapi complete ada kedai, cafe dengan restoran. Cuma dalam ni tak ada prayer room sahaja. Mungkin kena solat dalam perjalanan atau solat pada tepi escalator.




Macam saya cakap, train dorang ni on time, sama seperti Shinkasen Tokyo dengan ERL Malaysia. (Setakat ni saya tahu train ERL Malaysia memang follow on time!)  Jadi korang jangan nak merayau-rayau atau saja buat lengah.. lambat kalu kena tinggal dan beli tiket baru. Settle.


Dah masuk dapat tempat duduk baru la boleh bukak makanan. Lapar beb... train kami jam 0230pm, maka kami belum makan tengahhari. Train baru jalan 1minit saya dah mula makan meehun goreng Kak Na buat. Terbaik kakk..... Seat dia pun luas dan selesa saja kalau nak duduk.



Dalam train ada juga cafe, korang boleh refer train map kat mana ada cafe dia. Boleh laa beli air dengan kopi kalau nak. Makanan halal tak ada dijual pada kafe ni. Stakat nak beli croissant dengan donut boleh ler. Saya nak tido jadi malas nak minum kopi. 

Estimated time journey dlama 2jam30minit, dan kami akan sampai pada jam 0630pm waktu France. Budak 2 orang si Nazril dengan Raishah tu langsung tak nak tidur... Duk main teka-teki apa tah.




Here we Come Paris!

Train tiba di Gare du Nord Station tepat pada masanya. Gare du Nord adalah station besar di Paris, antara penghubung keretapi antarabandar dan negara.

Turunkan luggage berat dari train ni memang makan kudrat betul. Apa benda la dorang beli ni sampai boleh senget tulang bahu. Belum lagi shopping Paris ni.

Usai keluar saja dari tempat boarding train, naahhhhh memang berbeza laa vibes dia dari UK. Kat sini macam ramai orang yang duk memerhati korang berjalan. Ramai warga pak itam berkeliaran ketawa besar dan berkumpul. 

Ahli travel dah mula rasa cuak pulak tengok droang ni ramai-ramai. Memang berbeza dengan London. Expectation lari habis. Hahahahaha



Jadi, malas nak lepak lama-lama pasal dah masuk jam 0700malam, maka kami terus beli Navigo Pass untuk perjalanan menggunakan Metro untuk 3 hari di bandar Paris ini. Setiap satu pass berharga 18Euro untuk 5hari. Agak mahal pasal saya amik full zone yang boleh cover dalam bandar dan untuk ke disneyland Paris nanti.

Dengan adanya Navigo Pass ni, korang boleh naik trem, train, bas dengan trin antara bandar mengikut tetapan zon tanpa had selama 5hari. Naiklah kamu ulang-alik smapai muntah. Pas dia ni macam Tokyo Wide Pass di Japan. Guna dan naik laa sampai korang rasa bosan sangat.

Jangan lupa, lepas beli pass ni, korang kena tampal gambar korang kat Pass ni. Ini adalah bertujuan supaya korang tak main pass je tiket pass ni pada sapa-sapa. Kalau korang tak tampal gambar, nanti kantoi kena denda Euro50. Tak berbaloi geng...

Sebelum travel, saya dah collect kesemua gambar passport dengan ahli travel. Jadi tak kalut nak kena gi amik gambar di booth camera tu. Nanti kena cekau Euro 10 sorang.

Tapi bagi saya, bodoh giler sistem dia. Seolah saja buat macam tu untuk tricky pada pelancong. Nak beli pass ni kena ada passport, apa salahnya kalau print terus nama dengan nombor passport pada pass Navigo tu... Apa kuno sangat nak kena ada gambar pastu tulis nama pakai pen lagi macam pass pekerja. Nanti pelancong tak tampal, dorang denda Euro50, RM250 geng on the spot!

Macam di Jepun, JR Pass dia terus cetak nama korang dengan passport nombor pada JR Pass tu. Yang Paris ni, kononnya canggih masih menggunakan proses yang manual. Tapi kalau tanya dorang kenapa tak print nama je, dorang akan cakap, "You should know the rule", sombong yerrr ...

Selesai pembelian, kami bersetuju untuk naik Uber sahaja ke hotel. Bagus juga, pasal dengan beg yang besar ni, malas nak angkut luggage naik turun metro yang tak ada escalator. Lagi pun lagi selamat naik Uber dari jalan kaki waktu malam.

Dari Malaysia lagi saya dah register Uber. Guna sama cama Uber Malaysia dulu-dulu. Tap saja mana korang nak stay dan select jenis kenderaan.

Untuk perjalanan ini, pasal ahli travel ada 8orang, masing-masing beg besar, maka kami kena bahagikan kepada 2 van, tak muat dengan 2 kereta pasal luggage besar. 

Maka setiap 1 van tu harga dia Euro50 untuk perjalanan 12km sahaja. Bersamaan RM250 geng... nak taknak bayar saja laa pasal itu je yang senang nak menuju ke hotel.

Uber nak sampai tu boleh tahan lama pasal jalan jem depan Gare du Nord. Masa sampai tu datang Merc Vito gedabak besar. Stylish giler dengan dressup macam driver james bond daaa...

Dia pun cakap, kalau datang lagi, nanti amik Uber jalan keluar depan sikit dari Gare du Nord, dia tunjuk point. Nanti tak ada laa kita kena tunggu lama untuk driver nak sampai. 




Perjalanan dekat saja tapi mengambil masa almost 40minit. Memang jem betul dalam bandar mungkin peak hours. Traffic dia fuhh boleh mencarut-carut jugak. Jalan raya kecik ngam-ngam aje lepas kereta. Pastu bawak kemain laju bhai seolah percaya tak ada orang lintas jalan raya. 

Ni busuk-busuk kalau budak basikal kena langgor dengan Merc Vito mau putus 2 basikal. Orang tak yah cakap laa, untung kalau boleh jalan balik.

Tiba saja di Ibis Montmantre tu rasa maca fuhh syukur... drop luggage dan dia terus blah lepas amik cash. Ahaaa untuk uber ni saya bayar guna cash saja, malas nak guna kad kredit. 


Process check-in berjalan macam biasa, cuma saya tak alert pasal ada Tourist Tax. Tourist Tax ni tengok dalam web dia charge Euro14 per person. Tapi masa di kaunter kena bayar almost Euro24 per room untuk 2 orang. Kiranya sorang jatuh kepada Euro12. Jimat laa 2Euro... belasah laa

Maka kena ingat, nanti nak check-in Paris ada Tourist Tax Euro14 sorang. Mahal kemain, apa yang best tah! Baik gi Melaka... bayor RM2.00 je.... makan pun best!

Pada malam pertama kami di Paris, hanya rehat kepenatan tarik bag dari London. Dorang pun tak ada request nak gi dinner, masing-masing kekenyangan makan dalam train tadi dan tak ada mood nak jalan-jalan waktu malam kat Paris.

Rehat, solat, dan tidur untuk perjalanan esok

This is awesome gais...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1