Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 5
Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 5
Bila dah masuk hari ke 5 ni, rata-rata ahli travel dah mula selesa dengan waktu tempatan. Tiada lagi masalah jetlag dengan perbezaan waktu yer. Bukan kata dorang, saya sendiri pun dah boleh tido lena malam-malam tak cerah bijik mata pukul 2 pagi haaaa!
Untuk harini perjalanan sambung saki-baki itinerary di Kota London. Kiranya hari ni adalah hari untuk last shopping sebelum bertolak ke Paris esok tengahhari.
Maka, seawal jam 0730oagi kami dah mula jalan kaki keluar rumah untuk ke Chelsea Stadium. Usop cakap harini ada game Chelsea lawan Wolves di Stamford Stadium. Tak pasti laa dapat masuk Chelsea Store ke tak. Tapi, setakat Chelsea apa laa sangat.
Cuaca agak mendung dan gerimis pada pagi ini. Semalam rasanya ada hujan, pastu selang seli nampak ada hujan gerimis.
Jalan kaki melintasi sekolah dengan gereja, hari-hari laa lalu gereja kat sini...pasal malas nak jalan kaki jauh-jauh, kami pilih naik trian dari Ravenscourt Station saja untuk elak basah dek hujan. Dari Ravenscourt Station menuju ke Earl Court, interchange District Line dan tiba di Fulham Broadway Station.
Bila sampai sini, serius laa station dia kecik saja. Tah macam mana laa dorang balik tengok game nanti kat sini.
Walau pada tika ini jam 0830pagi, laluan masuk stadium telah ditutup pasal ada game jam 0200petang. Store dorang pula bukak pada jam 0900pagi. Maka kami tak dapat laa masuk untuk bergambar sekitar stadium tu.
Tapi mungkin disebabkan tengok kami duk selfie depan pagar, pastu ada budak kecik si Nazril dengan Raishah menghuru harakan keadaan, dorang bagi chance laa untuk masuk sekejap bergambar 20minit dalam kawasan sekitar tanpa masuk permitted ticket area.
Thanks bro... walau kami bukan peminat Chelsea, tapi boleh laa buat kenangan stadium Lampard main dulu-dulu.
Kat Chelsea ni tak perlu duduk lama-lama laa... buat gatal badan saja. Jadi kita teruskan perjalanan nak habiskan duit pound. Pasal malas nak jalan kaki patah balik ke Station, kami decide naik bas saja pasal ada 1 bas yang boleh pergi direct ke Harrods.
Yaa tuan-tuan, tak London laa kalau tak pergi ke Harrods orang cakap. Harrods ni ibarat macam Sogo kat KL cuma barang jualan dalam tu terlampau premium. Mana nak tengok, handbag luxury longgok-longgok macam beg Alain Delon Sogo.
Tunggu bas di Chelsea Stadium, dalam 10minit bas tiba dan terus naik. Sebenarnya macam best pula naik bas ni pasal tunggu, naik dan terus sampai. Kalau naik train, nak kena pergi ke station pastu turun tangga underground pastu menapak lagi.
Kalau tempat nak dilawati tu ada bas, boleh saja naik bas. Lagi pun kalau bukan peak hour bas tak ramai orang. Ada banyak seat yang boleh duduk. Nak duduk belah atas pun boleh.
Sampai saja di Harrods, saya follow dorang ni shopping. Uiihhhh memang tak leh blah laa barang dalam ni. Memang barang-barang luxury dorang buat macam Aeon saja. Memang ada discount tapi, lepas discount pun masih tetap harga ribu.
Barang murah tapi mahal!
Saya ada satu kisah nak kongsi. Bila saya travel, ada juga beberapa rakan booking barang atau bertanyakan sesuatu barang bila travel.
Pada pemikiran dorang, barang di negara asal pembuatan adalah murah berbanding Malaysia. Yaa itu saya setuju, tapi berapa banyak murah dia?
Kebanyakkan orang menganggap murah dia tu dari harga RM5000 boleh jadi RM500 yeee.
Itu silapnya.. kebanyakkan barang jualan di luar negara taklah murah sampai 70%, dia murah mungkin 20% sahaja dari harga retails di Malaysia melainkan barang tu dah masuk outlet. Senang cerita off-season orang dah tak nak pakai.
Tapi barang off-season pun harga dia standard dijual 50% murah, lepas tolak congak balik, harga masih lagi beribu-ribu. Tak akan dapat luxury item dengan harga ratusan ringgit melainkan fake atau pre-love! Dia tetap akan jaga harga demi menjaga standard jenama dorang tu.
Berbalik pada cerita asal saya, saya ada juga terima booking suruh tengok handbag LV, Polene dengan kasut Clarks. Saya suruh refer web Malaysia dan tolak harga 20%.
Dorang cakap mahalnya! bukan kat sana murah ke? Saya cakap yang murah tu item outlet dan fake. Takkan dapat kasut Clarks harga RM800 jadi RM90 yerr... paling tidak jadi ler RM500. Maka saya pula kena chop mark-up harga mahal.
Ehhhh giteww.... jadi sebab tu dalam jualan PS FB saya, saya letak harga siap-siap, korang setuju korang bayar full, Tak mau booking dulu bayar kemudian. Kalau nak murah betul, simpan duit, abam bawak datang London kasi tengok harga depan mata.
Sekian bebelan saya.
Berbalik pada Harrods tadi, kebanyakkan discount kat sini hanya 20-40% sahaja. Itu pun pada item off season.
Tapi saya agak kagum dengan department store Harrods ni. Memang lain lah kalau kita tengok di Suria KLCC, Pavilion BB. Setiap floor ada barang lain-lain dan yang buat saya rasa kagum tu, senibina bangunan ini sendiri pun adah cukup lama. Ada satu tanda mercu dia pada pintu masuk West Gate tertulis Harrods ini dibina dan dibuka pada tahun 1849. Dah 179 tahun yerrr punya lama bangunan dia ni sampai steady buat luxury store.
Difahamkan juga, Luxury Store Harrods ini dimiliki penuh oleh syarikat dari Qatar. Walau ada tujuh tingkat, kami tak pergi ke semua floor laa... Kami duk main G floor saja pasal target hanya untuk beli merchandise Harrods.
Pada bahagian bawah Harrods tu ada gift section. Kat sini baru laa nampak barang jualan murah sikit dan boleh beli untuk buat sourvenir pada diri sendiri atau saudara.
Tapi....... apa yang saya cakap murah tu bukan murah mana pun... Macam tote bag Harrods tu pun memang harga GBP40, tapi lepas convert jadi RM240 yerrr seketul. Kotak pencil budak GBP20, dah RM120.... uhuk uhuk uhuk....
Patut laaa orang cakap, jangan convert ke RM... nanti demam.... Tapi bila tengok harga pun dah rasa nak demam dah ni... belum beli 3-4 barang. Dah settle pembelian, maka amik ler gambor sepukul dua untuk show-off.. hahahahaha
Kiranya, lepas shopping Harrods ni, ingat nak pekena laa dessert kat Prada Cafe, tapi skali kena halau da... Dorang cakap kena spend GBP1000 di Prada dulu baru leh masuk ke Cafe... Fuhhh dem... saya tak tahu laa ini diskriminasi ke hapa... tapi ternyata elok chow saja laaa..
Perut mula lapa wey... kami malas nak jalan tempat lain, kita terus ke Bayswater untuk santapan tengahhari. Disebabkan tak pernah makan fish & chips lagi di London, maka saya nak bawa dorang makan di Bayswater.
Dari Harrdos naik train menuju ke Bayswater. Untuk ke sana, korang perlu ke Knightsbridge Station dan naik Piccadilly Lane. Lepas tu kena interchange di South Kensington dan ambil Circle Line. Terus menuju ke Bayswater. Perjalanan lebih kurang 30minit.
Home of Malaysia
Bayswater ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Nak jumpa ramai orang Malaysia terutama orang melayu di Bayswater. Ini disebabkan, Malaysia Embassy juga terletak disini dan banyak kedai hala Malaysia berada di Baywater.
Antara yang popular adalah Restoran Halia, Warung Putra Putri, Restoran Putra Putri malah, kebanyakkan francis food macam KFC, McDonalds, Subway adalah halal disini, Pendek kata banyak laa restoran halal kat Bayswater ni. Jadi tak hairan kenapa ramai Malaysian datang kesini.
Faktor lain juga terdapat beberapa kedai souvenir murah disini. Antara yang saya singgah adalah Pound Plus yang mana jual magnet fridge, keychain 13 ketul GBP10. Pastu ada banyak lagi souvenir lain berharga GBP1.00 sahaja. Apa lagi kasi borong terus laa untuk bagi kat kawan-kawan.
Sementara menunggu dorang beli sourvenir, saya layan dulu kopi dengan aiskrim caramel. Fuhhh layan wey sejuk-sejuk gini minum kopi. Nazril dan Raishah pulak makan caramel aiskrim.
Settle saja beli barang sourvenir, terus pergi ke kedai makan. Perut dah lapar kan...Kali ini kami singgah restoran Hobson's Fish & Chips. Kedai ini jual fish & chips semata-mata saja. Ada juga laa burger tapi burger ikan.
Dapat laa juga nak merasa fish & chips original London. Harga dia agak keras mat... sepinggan tu boleh cecah GBP20 tapi portion besar. Order 1 pun boleh share 3orang. Nak habiskan fries dia pun rasa mengah kauuu. Nasib baik tak order nasik.
Perut dah mantap, maka, kita mulakan balik sesi shopping collectors. Ini kali saya pula nak beli baju Hard Rock London.
Disebabkan perut kenyang, lagi la malas nak jalan, maka bas juga menjadi pilihan untuk ke HR London. Buka saja google maps, pointkan mana korang nak pergi dan dia terus bagitau bas nombor berapa nak kena naik.
Untuk waktu tu, kami tunggu bas bernombor 148. Dari Bayswaters dan terus menuju ke Hyde Park yang mana HR London tak jauh dari situ. Perjalanan hanya mengambil masa selama 20minit saja pun.
Di London, ada 3 Hard Rock kalau korang nak collect bajunya.
1. Piccadilly Circus
2. Oxford Hotel
3. Hard Rock London
Cuma untuk harini, saya nak ke Hard Rock London di Old Lane Park pasal sini adalah Hard Rock pertama dibuka di London. Agak rare dan stylish sikit berbanding dengan Hard Rock Hotel atau HRC Piccadilly.
Pin collection pun menarik juga, saya beli 2 pin dengan sehelai baju HR London. Kalau nak beli yang lain rasa makan modal. Cukup laaa beli untuk diri sendiri yer! Yang kirim air liur tu, dengan air liur jua lah saya kirimkan.. hewhewhew
Pada basement bawah Hard Rock ni ada mini museum, cuma masa kami datang tu, museum dia tutup untuk renovation. Kira macam time tunnel museum jela dorang buat. Kata pekerjanya, ada juga collection baju-baju legend kat bawah sana. Paling rare dorang simpan baju Freddie Mercury masa buat show di Wembley London.
Habis saja shopping Hard Rock, kami menunaikan tanggungjawab wajib. Solat jamak qasar di Mayfair Islamic Center. Tak jauh pun dari Hard Rock Old Park Lane. Dalam Islamic Center ni ada gambar Dr.Mahathir, merupakan salah seorang yang menjayakan Masjid Mayfair ini di tengah kota London.
Kalau tengok ke dalam masjid ni, sebenarnya lebih kepada rumah. Bahagian bawah tanah ni tempat solat wanita, bahagian atas pula tempat solat lelaki. Tingkat atas sekali ada beberapa tempat kelas mengaji dan pusat pembelajaran. Baik, selesa lepak dalam ni sambil lurukan kaki.
Usai solat, kami kembali ke Hammersmith walau jam 0500petang. Rupanya agenda dorang ni adalah untuk beli lagi barang dalam Primark. Fuh kat sini kena sidai lama mat... nasib baik ada kedai macam Ikea, H&M, dengan Ssinsbury. boleh laa lencongkan sikit sementara menunggu tu.
Dah hari last ni, baru kami terjumpa kedai macam ala-ala Watson yang jual perfume dengan harga murah. Mana nak dapat perfume Tommy Hilfiger GBP20, Hugo Boss GBP19, DKNY Delicious pun baru GBP20. Kita cekau selagi boleh bukak order untuk bawak balik ke Malaysia.
Nak tau nama kedai boleh DM ig saya @nazrulakram kat sini.
Penuh barang kiri kanan bawak balik, terus menapak balik jalan kaki ke hotel. Masa ni nak balik hotel rasa jauh pulak. Biasa jalan kejap ajer... hahahaha.
Buat persinggah dinner di kedai German Doner Kebab. Burger ayam dia sedap mat... besar pastu fries melimpah-limpah. Jangan le korang makan fries tu dulu, nanti kenyang nak perabih kan burger. Cuma kedia ni tak ada nasik. Hanya burger dengan kebab semata-mata.
Sampai saja hotel terus packing barang hasil tangkapan jualan. Pasal kelam kabut duk mengemas dengan main badan penat, tak sempat nak susun barang ambil gambar jualan. Huhuhuhu penuh bag mat duk sumbat barang yang beli ni. Ni baru London beli beli kat Paris ni... aduhai...
Solat, ngupi, kemas barang dan rehat
This is aweosme gais
Comments