Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 6

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 6 Hari ni adalah hari terakhir berada di Kota London. Seterusnya kami bertolak ke Kota Paris pula menggunakan highspeed train TGV. Memandangkan harini tak rushing sangat, teruskan packing bag yang makin membuak-buak ni sambil sarapan dalam bilik hotel saja. Hotel Premier Inn ni sempoi jugak. Facilities dia cukup complete dan kalau ambil bilik family agak besar dan luas untuk keluarga yang bawa anak 1-2 orang. Ada katil kecil untuk anak-anak tido dan masih ada lagi space untuk bukak beg dengan meja tulis. Kopi dia free all of time, tak cukup turun bawah amik saja ditempat yang disediakan. Cuma jangan jadi sakai perangai kampung amik semua amenities yang dorang bagi. Ambil untuk keperluan sahaja ya. Urusan check-out senang saja, boleh drop key dan self check-in. Dorang malas nak tengok muka korang untuk check-out... hahahahaa Maka marathon tarik luggage 25kg bermula! Ini kali agak terasa beb jalan kaki tarik beg. Masa sampai tak...