Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 2
Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 2
Pagi pertama di London masing-masing bangun awal pasal pada jam 0400pagi, Malaysia dah pukul 1200 tengahhari. Waktu ini laa kalau badan nak jet lag. Tak cukup rehat dan tak cukup tido. Kalau nak senang, makan banyak-banyak bagi mengantuk lagi. Huhuhuhu...
Golek kiri kanan, last-last pukul 0500pagi dah tak leh tidur dah.. kami bangun prepare untuk breakfast pastu buat light coffee dulu. Sementara tu saya chech cuaca untuk hari ini. Alhamdulillah tiada hujan untuk hari ini dan suhu sekitar 10c.
Tepat jam 0730pagi, kami mula jalan kaki dari hotel menuju ke Hammersmith Station. Itinerary pada hari ini adalah pergi ke Tower Bridge, Borough Market, Hard Rock, Oxford Street dengan Leicester Square.
Sebenarnya ada aje train station dekat dengan hotel, tapi kami pilih untuk jalan kaki ke next station iaitu di Hammersmith untuk amik vibes orang London bangun pagi nak pergi kerja. Kita memeriahkan majlis dalam train tu.
Untuk ke Tower Bridge, perlu naik District Line dan turun di Tower Hill Station. Perjalanan lebih kurang 40minit. Di Kota London, train mereka dipanggil Tube/Underground. Jadi kesemua station menggunakan Logo yang sama dan hanya nama station sahaja yang membezakan destinasi.
Rangkaian keretapi bawah tanah di London agak berbeza dengan Tokyo kerana sistem pengangkutan London agak lama sejak tahun 1863 di Baker Street Station. Jadi kebanyakkan station bawah tanah di agak sempit dan berliku-liku. Malah rangkaian keretapi dia juga bertingkat-tingkat kebawah tanah apabila di station yang mempunyai interchange.
Harus diingatkan, ketika menaiki train di London korang perlu berwaspada pada pencopek beg dan saku korang. Kalau sarung beg, sila sarung ke bahagian hadapan. Wallet dan passport kalau boleh diletakkan pada beg macam orang pergi umrah tu.
Masa saya pergi bulan lepas time winter, jadi dalam jaket mempunyai kocek zip dan selamat untuk saya letak wallet cash kecik dengan passport. Cross bag Coach saya hanya letak wet tissue, power bank dengan gula-gula sahaja.
Nanti saya ceritakan entry travel tips untuk ke Europe. Korang boleh baca disini nanti.
Dalam tengah mengelamun dan memerhati orang dalam train, telah sampai di Tower Hill Station. Kat sini agak ramai yang naik dan turun pasal antara station tempat orang kerja dan iconic London.
Keluar saja dari bawah tanah, nampak dari jauh Tower Bridge yang selama ini selalu kita duk ingat ianya adalah London Bridge is Falling Down.
Tower Bridge ni siap dibina pada tahun 1894 yang menggantikan jambatan yang lama sebelum ini. Tower Bridge ni agak terkenal pada filem-filem barat terutama series filem James Bond. Ada tour kalau korang nak layan historical sini dengan bayaran GBP25.00.
Sebelum menyeberangi jambatan ni, korang layan dulu bergambar dengan jalan kaki menyusuri tepian sungai Thames. Ada banyak port bergambar dengan vibes dulu-dulu.
Datang waktu pagi masa winter time ni tak berapa indah yer... kat sini berangin dia tak boleh tahan laaa... dengan cuaca sejuk pastu berangin mampu bikin tulang-tulang ni bergetaran. Tak leh duduk lama pun, tak mampu nak panaskan badan bro...
Kami terus cross Tower Bridge ni untuk menyeberangi sungai, pasal tujuan destinasi seterusnya adalah breakfast di Borough Market. Semasa crossing tu sempat laa bergambar pada tiang utama dengan beberapa hotspot cantik sepanjang jambatan ini.
Habis sahaja bergambar, maka kami teruskan jalan kaki menuju ke Borough Market. Walau dah light breakfast kat hotel perut ni mula bikin lapar. Borough market ni tak jauh pun dari Tower Bridge dalam 15minit jalan kaki udah sampai.
Sambil jalan kaki ke market tu, boleh ler tengok bangunan-bangunan sekitar dia. Boleh nampak salah satu skyscraper London kat sini iaitu The Shard.
Borough Market ni adalah salah satu market terkenal di London. Market ini mula wujud sejak 1756 lagi dan ianya menjadi sebuah pasar dimana pedagang dan penjual membuat urusniaga sistem barter disini. Sejak dari itu, market ini mengalamai revolusi dan masih kekal sehingga kini sebagai pasar pagi, restoran dan cafe.
Menariknya Borough Market ni terletak dibawah flyover jalan raya dan sepanjang terusan air. Ada banyak kedai makan, cafe, jualan bahan mentah kat sini. Kedai halal pun ada banyak, korang boleh google Halal London untuk rujukan status halal pada restoran yang korang nak.
Antara yang popular kat sini adalah strawberry chocolate panas, oyster cream milk, nasi goreng Malaysia dengan croissant yang baru masak dicicah dengan kopi panas. Serius bila masuk ke Borough market ni memang rambang mata nak beli semua tapi bila tengok harga.... fuhhhhhhh boleh menangis kalau convert duit Malaysia.
Kami beli kupang masak lomak dimakan dengan fries, potatoes finger dan pastinya secangkir kopi panas untuk menghangatkan badan. Si Nazril dan Raishah ni memang sempoi jenis mencuba semua makanan. Dorang aje yang duk perabih kupang masak lomak ni.
Usai breakfast/brunch, kami teruskan perjalanan menuju ke Buckingham Palace. Salah satu hotspot untuk tengok historical palace dan kalau ada chance dapat laa tengok protokol guard changing.
Dari Borough Market perlu jalan kaki ke London Tower Station, naik tube Jubilee Line dan turun di Green Park Station.
Green Park Station ni tak laa dekat sangat dengan Buckingham Palace, kena menapak jugak laa dalam 800meter. Tapi tak rasa sangat pasal laluan dia tu akan masuk taman yang cantik. Dari jauh lagi kita boleh nampak istana tersengam indah.
Walaubagaimanapun, King Charles atau Elizabeth Queen tidak tinggal di istana ini. Buckingham Palace hanya digunakan untuk upacara diraja dan istiadat istana sahaja. Buckingham Palace ini adalah kawasan yang dijaga rapi oleh askar kerana ianya adalah kawasan rasmi istana jadi jangan ler buat benda-benda pelik kat sini kalau muka tak nak kena makan buntut senapang.
Punya besar istana ini, dikatakan mempunyai 700buah bilik dan 19bilik dewan untuk raja-raja seluruh dunia. Agong kita pernah menginap didalam istana ini satu ketika dahulu,
Di hadapan istana ni ada beberapa tiang tinggi, kalau korang pergi dekat, tiang-tiang ini dibina sempena memperingati negara-negara yang British pernah jajah. Antaranya Malaysia (Malay States), South Africa, Australia, New Zealand, dan Canada. Hummmm apa kata anda?
Selesai sesi menghayati sejarah tingkatan 3, maka itinerary seterusnya adalah menghabiskan duit pound di Oxford Street
Untuk ke Oxford Street perlu menuju ke Victoria Station. Kena jalan kaki sikit ke station Victoria, naik Victoria Line dan turun di Oxford Circus Station.
Kat sini agak sibuk pasal ramai orang yang exit pada station ni. Bila keluar saja dari underground, nahhhh terus nampak barisan butik-butik jenama terkemuka dunia. Dari Nike, Adidas, NB, pergi ke premium branded dan paling terkenal kat sini adalah Primark! Yaa tuan-tuan Primark ni ibarat rumah no.2 orang Malaysia kat sini.
Kat iarea sini juga banyak butik streetwear. Ada Bape, Supreme, ATMOS macam-macam lagi laa.. cuma yang tak bestnya beratur panjang laa pulak. Beratur time-time sejuk ni tak indah yerr.
Kalau datang London tak pergi Primark ibarat tak sampai, gitew laa katanya. Kaum wanita masuk sini, kita ni memang boleh bengkok tulang belikat duk nunggu tak keluar-keluar.
Jadi perancangan perlu kena ada untuk divert itinerary. Maka sesi makan tengahhari didahulukan supaya perut budak-budak tak kelaparan. Ada banyak restoran halal sekitar Oxford Street ni, tapi kami pilih Nando's pasal malas nak jalan jauh-jauh. Dah ada depan mata terus masuk dan makan saja.
Harga makanan di London ni bermula sekitar GBP10 hingga ke GBP25 per meal. Kalau makan kebab murah sikit boleh dapat GBP8 ke GBP12. Orang cakap murah kalau tak convert, tapi bila convert nahhhh memang rasa nangis. Mana taknya 1GBP = RM6.00, kalau makan nasi Nando's harga GBP18 maka harga sepinggan adalah RM108 kaaaaauu! Huhuhuhu... nak tak nak kena makan laa jugak.
Selesai makan, saya bawa dorang untuk solat jamak qasar di surau Selfridge. Surau ni terltak di tingkat 4, berhampiran dengan kaunter informasi. Cari saja signage gambar orang sembahyang. Nama surau ni Multifaith Prayer Room.
Makan sudah, solat sudah maka sesi perabihkan matawang asing diserahkan pada kaum wanita. Kami terus jalan menuju ke Primark. Waktu ni dah petang sekitar jam 0400pm, saya tengok si Nazril mula menguap-nguap. Badan budak-budak mula rasa jetlag perubahan waktu pasal di Malaysia dah pukul 1200malam.
Dalam Primark ni korang kena berjaga-jaga. Pasal dalam tiktok ada ramai juga yang update, penyeluk saku buat kerja dalam ni. Dornag berlakon konon tengok-tengok barang, tapi dalam masa sama dia memerhati kita untuk lalai, letak beg atau handbag terus dorang sapu.
Setakat ini Alhamdulillah, semua ahli travel selamat dan tidak menjadi mangsa mereka. Saya selalu pesan jaga barang time shopping haaa... sementara tu kami lepak je bawah escalator.
Primark ni saya tak nak cerita panjang lebar, korang ada tiktok boleh search apa yang dorang jual dalam ni. Harga dia memang murah dengan barang yang agak berkualiti. Kiranya macam barang dalam Aeon Mall tapi dijual pada harga tak masuk akal.
Salah satu yang saya beli adalah winter shawl dan glove nazril yang berharga GBP1.00 dan winter jacket dia pakai di Paris berharga GBP15.00 sahaja. Dalam ni juga ada jual baju souvenir London berharga GBP5.00. Boleh beli untuk bagi anak-beranak balik nanti.
Berjam-jam jugak laa dalam ni, anak-anak mula laa buat perangai pasal dorang dah start ngantuk.
Jadi saya kerah dorang untuk cepat dan move to next itinerary iaitu Hard Rock Piccadilly Circus. Kiranya untuk ke Hard Rock agak jauh berjalan dalam 800meter. Ada saja train untuk kesana tapi baik jalan kaki, bila lagi nak tengok bangunan lama dengan vibes Kota London pada waktu senja nak ke malam kan.
Serius bagi saya scenic kota London bila masuk malam ni memang lawa. Kalau korang ada DSLR mesti lawa bergambar kat sini. Antara spot lawa adalah sepanjang bangunan Hamley's menuju ke Piccadilly Circus.
Masa saya pergi tu, waktu senja sekitar jam 0500petang. Magrib masuk jam 0500pm dan Isyak jam 0615pm.
Usai tiba di Piccadilly Circus ni, ramai orang duk melepak di Memorial Fountain. Ada buskin, ada street performance. Agak sibuk kawasan ni pastu banyak London bas duk lalu kat sekitar ni. Korang akan jemu laa nak amik gambar bas depa ni.
Terus masuk ke Hard Rock Piccadilly untuk panaskan badan. Hard Rock ni besar jugak ada banyak pilihan. Kalau nak beli, ada standard promo beli 3 baju dan dapat discount 10% pada kesemua baju. Pin colletion juga ada banyak, duit saja tak banyak untuk beli semua.
Selesai pembelian barangan peribadi, kami terus nak balik pasal masing-masing mula mengantuk. Jam baru pukul 0600pm tapi di Malaysia dan 0100pagi. Jadi mereka semua setuju untuk pulang awal ke hotel untuk rehat.
Dari Piccadilly Circus Station, naik Piccadilly Line menuju ke Hammersmith Station, interchange ke District Line dan turun di Ravenscourt Station.
Berhampiran hotel ni ada kedai kebab halal dan kedai runcit halal. Dorang beli sikit bekalan untuk makan malam di hotel.
Sampai saja hotel, Nazril mandi, makan dan terus tidur. Dah tak larat katanya. Kita yang dewasa pun badan dah rasa lemau pasal perubahan waktu.
Dinner, rehat, solat dan terus tidur
This is awesome gais!
Comments