Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3

Pada hari ketiga, cuaca macam mendung tapi tak hujan. Maka ini adalah hari terbaik kalau nak pergi tengok Mount Fuji. 

Disebabkan saya memiliki Tokyo Wide Pass, maka kita akan gunakan sepenuhnya untuk perjalanan melihat kawasan luar bandar Tokyo. Ada banyak tempat yang boleh tengok Mount Fuji ni salah satu Gotemba, Yamanashi, Kawaguchiko atau dari arah Osaka.

Tapi, pass yang saya ada ni, membenarkan saya pergi ke Kawaguchiko, lebih kurang 2jam perjalanan dari Shinjuku Station. 


Awal pagi kami bertolak dari hotel berbekalkan roti dan secawan kopi Family Mart. Murah malah sedap. Untuk ke ke Kawaguchiko, saya plan nak panjat bukit temple tu. Nama dia Arakurayama Sengen Park atau dikenali sebagai Chureito Pagoda. Salah satu tempat viral dalam Instagram untuk tengok Mount Fuji dari atas bukit. Cuma korang kena panjat 398buah anak tangga.



Disebabkan anak tangga yang banyak, maka saya siap sediakan yoko-yoko serta kasut Nike Pegasus DMX untuk keselesaan yang nyata. Kasut memainkan peranan penting ye kalau nak jalan kat Tokyo ni. Sakit kaki boleh buat muka masam sis! 

Bermula dari Hamamatsucho Station, menuju ke Shinjuku melalui laluan Yamanote Line. Di Shinjuku, korang perlu pergi ke Platform 24-25 untuk naik train Super Azusa (Limited Express bound to Matsumoto. 

Untuk naik train ni, korang boleh je tak booking seat. Korang tengok lampu kat atas seat tu. Kalau lampu merah maksudnya tak ada orang booking. Warna Hijau orang dah booking, warna kuning tu next station ada orang booking dan yang penting, ada tiket laa sebelum naik train... huhuhu...


Naik Super Azusa dari Shinjuku menuju ke Otsuki. Korang perlu interchange di Otsuki dan naik slow train (Fujikyuko Line) dari Otsuki dan tiba di Shimoyoshida Station untuk panjat naik ke Chureito Pagoda. Dia ada train direct tapi hanya ada 3 masa sahaja. Boleh rujuk pada website dorang kat sini.


Saya suka kawasan sini kerana vibes kampung yang macam kita tengok dalam cerita Jepun. Memang berbeza suasana dia berbanding dengan Tokyo. Masa saya datang dengan wife bulan 2, kami tak dapat jalan-jalan kat sini pasal ribut salji. Seluruh kawasan Kawaguchiko putih salji turun. 

Tapi bila datang bulan Jun, baru la nampak pokok bunga, sawah padi kecik dengan kebun sayur yang dorang tanam tepi pokok. 


Dari Shimoyoshida Station tu, ada papan tanda untuk ke Chureito Pagoda. Follow saja laluan signage tu dalam 500meter jalan kaki. Sepanjang jalan kampung tu, korang akan lalu celah rumah orang dan kebun sayur. 

Jadi kalau nak bergambar tu boleh tapi jangan sampai melangkah masuk dalam kawasan kebun dorang. Sila hormati kawasan peribadi penduduk yer. Nak ootd pun agak-agak dan jangan annyoing sangat. Cukup bergambar tepi dengan amik dari jauh dan paling penting jangan petik pokok bunga orang. Dorang tanam untuk jualan bukan untuk kamu petik free yer.

Bila dah sampai pintu gate, maka acara memanjat tangga bermula. Dari sini tak leh cakap banyak, nafas dah macam kerbau dah masing-masing. Saya bukan jenis yang bersenam. Maka nafas pun disedut dengan banyak jugak. 






Tengok orang tua tempatan selamba naik takda muka sengsara. Segan pulak rasa. Ambil masa 40minit jugak laa nak sampai puncak pagoda tu.

Bila dah sampai, Alhamdulillah, kami dapat rezeki untuk melihat puncak Gunug Fuji. Diam seketika untuk menikmati permandangan indah dari Illahi. Tapi sekejap saja permandangan clear pastu awan datang terus tutup Gunung Fuji tu. Memang jenis pemalu betul Fujiyama ni.




Lepak dan bergambar sekejap untuk cooldown badan. Air tak yah cakap dah sebotol habis dah ni. Atas puncak ni ada vending mesin tapi pulak habis air mineralnya. Adeyyyy!

Perjalanan turun dimulakan memandangkan cuaca nampak macam nak hujan. Turun tak ada masalah kalau lutut jenis full absorber. 

Sampai bawah terus capai vending machine. Beli air Evian murah sejuk pulak tu... terasa sejuk sampai kepala otak bro....... lega betul. 



Baca percutian saya pada waktu musim salji disini

Tunggu train dan terus balik menuju ke Shinjuku. Saya tak pergi ke Kawaguchiko Lake kerana mengejar masa untuk pergi ke Harajuku. Motif kali ini adalah Hype-Beast Type. Kita ikutkan saja memenuhi kehendak.

Perjalanan 2jam tu macam lama betul pasal perut dah lapar ni. Saat tiba di Shinjuku, terus jalan ke restoran Urkish Restaurant. 

Restoran ni adalah salah satu restoran halal di sekitar Shinjuku. Masa kami sampai, ngam-ngam saja dapat tempat duduk. Yela kedai kecik, nak kena beratur dulu baru boleh makan. Menu masakan ala-ala Lebnon dengan Pakistan. Nasi kebab dengan roti nan dia sedap ditambah pula dengan sup labu ke apa tah. Dah lapar semua licin laaaa citernya. Hahaha!




Selesai makan, perut dah padu, baru tegak nak jalan. Maka kami mulakan misi street-wear hunting di Harajuku. Bermula dari Shinjuku naik Yamanote Line dan tiba di Harajuku. Masa ni memang ramai orang bro pasal hari Sabtu. Jadi kita tambahkan kesesakkan manusia kat Harajuku ni.

Bagi saya, walaupun disini ramai orang, saya tak pernah berjalan meletakkan beg didepan. Alhamdulillah setakat ni masih selamat tiada pick poket yang nak mengcopek beg galas anda. Tapi macammana pun, kita tetap kena berwaspada kerana yang buat hal ni mungkin orang dari luar dan target dia pastinya pelancong.



Di Harajuku ni memang tempat korang nak cari brand street-wear. Apa yang tak ada disini? Yang paling terkenal dan famous adalah Bape, Supreme (Beratur 40minit), Nike Store, Atmos, Carhart ahhh macam-macam lagi la ada. Barangan bundle pun ada tapi tak larat nak masuk setiap satu. Kadar matawang dalam kocek pun mula menurun dengan cepatnya disini.






Cukup dapat sambar apa yang berkenan dihati dengan beli hasil barangan orang kirim. Cukup buat muka ada senyum dapat duit upahan yer. Saya mana mampu nak beli barang-barang gini, dapat beli untuk orang jadi laa ye. Huhuhuhu...


Dari petang sampai ke malam duk layan shopping kat Harajuku ni, perut lapar balik, kami dinner saja di Luke's Lobster. Ada 3 pilihan Luke's Lobster ni, tapi korang cuba laa makan di Shibuya pasa situ ada meja disediakan, yang lain semua meja berdiri. Tak dapat makan lama-lama.

Disebakan hari ke-3 kami Sabtu malam minggu, ini adlaah malam terbaik untuk pergi ke Shibuya Crossing tak jauh dari Luke's Lobster Shibuya. 



Seperti yang disangkakan, lautan manusia kat sini memang ramai betul. Tak tahu laa dorang ni nak pergi mana. Macam ada konsert tengah jalan ni.

Kita amik feel bagaiamana manusia melintas dan merasai sendiri pengalaman Shibuya Crossing seperti dalam filem Tokyo Drift : Fast & Furious 3. Nak lepak cafe pun penuh pada waktu ni. Nak masuk Starbuck's pun beratur panjang. Cukup saja dapat pengalaman lautan manusia. Maka balik ke hotel saja laa ngupi-ngupi kat Family Mart bawah hotel lagi selesa tak ada orang. 




Harini ini kepenantan shopping dengan termenung hasil pembelian yang mengoyakkan kocek... Huhuhuhu

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

This is aweosme gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1