Gundam Factory Yokohama

Gundam Factory Yokohama

[NEW UPDATE! Gundam Factory Yokohama is Permanently Closed!]

Awal tahun baru ni, saya berkesempatan untuk pergi melawat tapak real size scale 1:1 Gundam RX78F00 di Yokohama. Gundam Factory ni memang famous dalam instagram dengan dalam Tiktok. Rata-rata yang datang dari pelusuk dunia kagum dengan teknologi pembuatan skala sebenar Gundam.

Mengikut sejarah, anime (animasi) Gundam ini telah bermula pada April 1979 ye tuan-tuan. Dah lama tu.. lebih daripada 40tahun dah! Sememangnya watak utama gundam ni adalah model RFX0079.

Maka, hasil daripada itu, beberapa badan induk berteknologi melontarkan idea dan mengrealisasikan impian warga Gundam untuk membuat skala sebenar model RX78F00 ni. Pada asalnya, Gundam ini dibina didalam sebuah gudang, akan tetapi jurutera ingin membina skala yang sebenar dan tapak yang dipilih adalah berhampiran dengan perlabuhan. 

Kalau korang pernah tengok movie Pacific Rim, robot-robot gergasi mereka semuanya berada di perlabuhan. Senang nak berlepas dengan repair kot.


Berbalik kepada Gundam Factory ini, laman web Gundam memaklumkan bahawa Gundam Factory akan ditutup kepada pelancong mulai Mac 2024 nanti, jadi kalau nak pi tengok, pegilah tengok sebelum tarikh tu. Rasanya dorang nak pindah tempat bukan dia nak dismantle permanently.

Harga tiket masuk sini harga dia JPY1650 untuk dewasa  manakala untuk kanak-kanak adalah JPY1100 dan untungnya korang akan dapat satu set Gundam RX78F00 lepas pembelian tiket dikaunter. Tiekt online juga boleh dibeli, bila sampai tak perlu beratur panjang, terus ke gate redemption gift dan terus boleh masuk.




Bila dah masuk dalam kawasan sini, akan tersergam indah Gundam RX7800 beridir pegun. Kat tepi dia ada counting masa yang mana Gundam tersebut akan bergerak. Mengikut pengiraan, Gundam ni bergerak setiap 90minit. Sekali show pergerakkan mengambil masa lebih kurang 15minit.

Sementara nak menunggu dia bergerak, boleh lepak kejap jat cafe Gundam. Cuma manusia dalam ni ramai laa jugak. Korang boleh tengok menu dia dalam web google maps. Bagi saya cafe dia biasa saja, hanya cawan fancy gundam. 

Kat tepi Cafe ada Gundam Lab. Sini dorang mengceritakan from zero cara dorang buat Gundam scale 1:1 ni. Berapa ramai terlibat dan masa yang dihabiskan untuk cipta Gundam besor ni. Gundam besar ni boleh gerak dengan bantuan hydraulic. Walau macam slow je pergerakkan dia, tapi saya percaya engineer pecah kepala nak buat menatang ni bergerak dan posing. Posing dia style habis!



Bawah Gundam Lab ni tempat abah-abah dan collectors. Kalau orang ada banyak masa dan duit, korang beratur dan borong lah seberapa gundam model dalam ni kerana, model-model dalam Gundam Satellite edisi terhad untuk Gundam Factory Yokohama sahaja. Tak dijual pada mana-mana kedai kecuali resell balik sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk beli sekurang-kurangnya 1 set. 

Nanti bila dan mula show tu korang selfie lah banyak-banyak. Entah kat mana pula dorang akan pindahkan Gundam ni.

Kalu nak tahu macamana nak pergi ke Gundam Factory, korang boleh baca perjalanan saya di sini


This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1