The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor
The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor
Baru-baru ni saya ada pergi ke Kluang Johor. Dalam kepala saya ni memang saya target untuk minum kopi Kluang kat station keretapi Kluang tu.
Usai selesai tugas saya di Kluang, saya membuat keputusan terus singgah nak pekena kopi breakfast walaupada masa itu jam sekitar 1000pagi.
Untuk pengetahuan tuan puan, Kluang Coffee yang original ni hanya ada di Kluang dan Shah Alam sahaja. Apa yang kita nampak di Tesco, One Utama dengan Midvalley tu hanya sbeuah franchise menggunakan nama Kluang kopi.
Setakat ini hanya ada 4 The Original Kluang Rail Coffee iaitu di Kluang dan 1 di Shah Alam. Kat Shah Alam ni nampak lebih exclusive tak macam di Kluang. Lokasi di Shah Alam boleh rujuk di entry bawah ni.
Masa kejadian, saya pergi ke station Kluang tu. Nasib baik ada kawan, dia dah tolong beratur on behalf sementara saya sampai kat situ. Bro Syed cakap dia beratur almost 20minit untuk dapat tempat duduk. Katanya kalau hari sabtu atau ahad, boleh cecah 40-60minit untuk dapat tempat duduk dalam cafe station ni. Fuhhh!
Bila dah dapat tempat duduk, kita terus order lahh... Haritu saya order lontong, mee wantan, 4 bun bakar dan pastinya kopi ais.
Kopi ais dia ni memang sedap. Dia macam guna kopi uncang lepas tu susu tu dibuat steam milk. Buh dalam kopi sekali dengan ais nahhhhhh terbaik. Rugi tak bungkus satu bawak balik.
Menu signature dia adalah roti bakar dengan telur separuh masak. Roti bun bakar ni korang jangan order 1. Elok korang order dua buat gaduh ajer kalau order 1. Maka setiap orang kena order 2 untuk kesejahteraan perut masing-masing.
Tu baru pembuka selera. Mee wantan dengan lontong adalah menu utama kami. Ada juga nasi lemak, mee siam, laksa johor, mee rojak, mee goreng ahhh macam macam lagi la. Korang tengok aje laa menu ni haaa... ada banyak. Order pastu telan jek
Makan kat sini jangan buat macam kedai mamak tengok bola. Ada ramai lagi manusia tengah beratur duk tenung korang bila nak berambus dari meja. Kalau tengah makan tu, layan aje laa santapan terbaik. Cuma bila dah habis tu, cepat-cepatlah beransur. Nak borak lain tempat. Sini tempat makan ye.
Pendek kata, Kluang Kopi ni adalah kopitiam terbaik pernah saya try selepas di Penang. Kenapa laaa Kluang ni tak duduk kat Bangi je.....
This is madnesss gais!
Comments