Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang

Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang

Baru ni abam bertugas di Pulau Tioman. Bukan pergi pancing undi kat sana yer! Ini kali pertama saya ke Tioman dan apa yang menarik kat pulau ini adalah satu bernda yang sangat unik selain daripada tempat tempat menarik untuk diving, snorkeling dengan hiking.

Kalau nak datang ke Tioman, korang perlu datang pada bulan April hingga Oktober. Selain daripada itu tidak digalakkan kerana pada hujung tahun dan awal tahun adalah monsun Timur Laut. Lagipun pada waktu monsun aktiviti laut pun tutup. Hanya boleh lepak kat resort layan angin ribut saja. Huhuhuhu..

Kalau drive dari Kuala Lumpur, korang boleh drive melalui Segamat- Rompin, Kluang-Mersing ataupun nak santai Kuantan-Rompin. Pemanduan mengambil masa lebih kurang 5jam. Korang juga boleh beli tiket feri online atau walkin di kaunter, tapi lagi bagus kalau korang beli online. Nanti tak ada laa isu tiket habis. Ferry ke Tioman pun waktu dia terhad jugak, tak silap saya hanya ada 2-3 feri sahaja sehari, bermula jam 0700, 0900 dan 1100 dari Tanjung Gemuk (Rompin)

Harganya untuk sehala adalah RM60, return RM120 seorang dewasa. Kanak-kanak RM55 sehala dan RM110 return. Perjalanan feri amik masa 2jam30minit. Kalau cuaca tak elok dia boleh jadi 3jam atau lebih. Korang boleh beli atau semak jadual perjalanan feri ke tioman pada web Bluewater disini.




Kalau tak nak naik feri pun boleh, korang boleh naik flight dari Subang Airport dan tiba di Tioman. Korang check harga flight SKS Airways disini. Hanya ada 1 flight sahaja sehari dan kalau tak silap pada jam 1020pagi kut dari Subang. Penerbangan mengambil masa selama 1jam 30minit dengan flight jenis DHC6 Twin Otter. 

Kawasan besar Tioman ini adalah di Kampung Tekek dimana terletaknya pusat pentadbiran, agensi kerajaan, bank, sekolah, klinik kesihatan malah airport. Ada tempat seperti Kampung Genting, Salang, Kampung Juara dan Kampung Mukut. Kawasan kampung ini mempunyai resort persendirian dan kalau nak pergi kesini perlu naik bot atau watertaxi. Ada juga pakej yang boleh bawa korang nak pusing kampung seluruh Tioman ni. Harga dia RM40 tidak termasuk pakej menyelam. Nak snorkeling ke menyelam harga lain ye.





Masa saya pergi tu, saya stay di Coral Reef Resort Kampung Tekek, tapi kalau korang nak lebih privacy boleh lepak di The Barat Kampung Juara ataupun Berjaya Tioman Resort. Harga dia korang checklah sendiri. Kompem kalah Hard Rock Penang. 

Resort yang saya stay tu mula-mula macam down juga bila tengok ke pintu masuk. Dalam hati, betul ke resort ni. Macam chalet 50hinggit jek... Tapi skali bila dah dapat kunci, naaahhhh semua chalet dia tu view pantai. Bukak pintu terus boleh terjun laut tak payah nak snorkeling apa bagai. Harga bilik Coral Reef ni bermula RM200+ untuk sebilik termasuk breakfast.  





Kalau nak cerita bab makanan pula, saya kasi thumbs up kedai makan kat sini pasal rate harga makanan lebih kurang harga KL. Mana nak dapat pulau jauh macam ni nasi goreng pataya RM9.00. Nasi goreng seafood pun baru RM12 aje. Burger ayam special pun RM6.00. Murah laa kan. Ni pulau bro... Jauh beza harga dengan Pulau Redang.

Jadi, tak perlu korang nak angkut makanan segala melainkan roti untuk buat kudap-kudap dengan time snorkeling aje. Kalau tak cukup cash, korang boleh withdraw duit di BSN saja. Nanti bulan Ogos, Pulau Tioman akan menggunakan cashless method seperti kat sini. Cashless terminal masih belum berkuatkuasa lagi di pulau-pulau Malaysia tapi di Tioman telah menjadi pilot dan peneraju bagi cashless payment untuk pulau perlancongan.



Seperti saya cakap tadi, tempat saya stay ni kawasan tumpuan pusat Tioman. Jadi akses paling ideal di kawasan ini adalah naik motosikal. Iyaa anda boleh sewa basikal juga tapi nescaya korang akan menyesali dengan perbuatan tersebut. Mengikut pengiraan, jarak hujung kampung ke hujung lebih kurang 2km. Kalau korang nak kayuh basikal ulang-alik boleh aje. Bila lagi nak eksesais....

Harga sewa motosikal kat sini sekitar RM60-70 sehari. Boleh sewa ikut jam dalam harga RM20 per jam. Bila dah cecah RM60, dia kira sehari terus. Manakala basikal pula RM5 per jam dan sehari bersamaan RM20. Kau sewa aje laa motosikal. Tak perlu susah payah nak berpeluh bagai. Nanti nak healing pun santai-santai daripada krem kaki tengah jalan. Buat susah ajer. Minyak dijual pada harga RM4 per liter. 


Sepanjang kampung ini, tak perlu risau pasal restoran, kedai runcit semua tu. Memang ada banyak restoran dengan kedai runcit. Malah ada food court kat airport Tioman. Harga di food court ni murah giler dah macam makan kat semenanjung dah. Kat sini ramai penduduk local membeli makanan sebelum gi kerja. Yang kerja tu macam staff BSN, cikgu-cikgu, pegawai kesihatan dengan nurse. 

Okay mari saya ceritakan tempat menarik yang korang boleh layan jika nak healing di Tioman.

Baca review saya di Pulau Bohey Dulang Sabah

Tengah Hari : Air Batang Chalet

Kalau ada motor, korang terus sewa kat jeti ni. Harga dia sama sahaja RM60/day. Dapat motor boleh drop barang luggage korang kat resort korang. Ride terus ke Air Batang yang akan melalui airport serta BSN Tioman. 

Laluan dia best pasal akan lalu laluan sidewalk tepi pantai. Laluan ini baru aje siap dibina dan boleh lalu dengan kenderaan motosikal, basikal dan pejalankaki. Dulu kalau nak ke Air Batang ni, korang kena lintas bukit dengan menaiki tangga. Skang tak perlu dah. Lalu saja sidewalk pantai. View lawa habis. Bawah sidewalk air jernih ada banyak ikan. Kalau campak roti beratus ikan datang. Sian ada anak ikan jaws lagi yerrrrr!

Habis layan view kat sidewalk terus ke Air Batang. Layan lunch dulu kat mana-mana kedai disini. Kat sini ada banyak resort. Jadi kawasan laluan dia dah jadi kecik. Hanya motosikal saja boleh lalu. Biasanya mat saleh duduk kat sini pasal tak serabut di kawaasan Kampung Tekek (pekan Tioman).




Petang : Taman Laut Tioman

Dah habis makan, korang boleh patah balik dan singgah di Taman Laut Tioman. Jika korang malas atau nak berjimat, korang boleh snorkeling di Taman Laut Tioman. Kat sini free ajer yer. Hanya sewa google atau bawak siap-siap dari rumah.

Kalau tanya saya, saya setuju untuk snorkeling kat sini saja. Ikan kat sini boleh tahan banyak lepas tu ada banyak ikan besar. Korang boleh beli roti dengan harga RM1.00 sepeket.  Nanti datang ler ikan tu ker tangan kamu haaa! Tak payah nak menyelam selam bagai. 

Tapi kalau korang nak snorkeling jugak ada saja pakej dia. Harga bermula RM65 hingga RM150 bergantung pada pakej yang disediakan. Boleh tengok pada gambar bawah ni. Kalau korang stay 3-4 hari boleh ler layan pakej dia kan. Sambil jalan-jalan pusing pulau. Entry saya ini menceritakan Destinasi 24jam. Maka saya akan skip mana yang patut. 



Petang : Coral Reef Resort

Bila dah senja, korang beli laaa sikit kudap-kudap ke atau buat kopi untuk healing waktu sunset. Resort saya stay ni memang menghadap laut, lepas tu view dia dapat tengok sunset. Jadi sambil silang kaki depan chalet korang boleh tengok sunset. Kalau nak mandi pantai pun boleh tak ada sapa marah. Hanya perlu berhati-bati saja pasal pantai dia tak berapa nak landai. Kalau bawa anak-anak tu kena perhatikan risau kena tarik dengan under-currrent. 

Pantai dia jenih, bawa ajer snorkeling dengan roti. Sama jugak nanti ikan datang ke korang. Kalau dah penat, layan saja sunset sambil jalan layan sea breeze. Pantai dia jauh juga dalam 400meter kalau nak jalan dari hujung ke hujung. 

Waktu malam boleh jalan sekitar air pantai untuk layan star gazzing. Kalau bawak DSLR pastu setting pro-mode boleh capture milky way. Atau paling tidak buat time-lapse ke kan.






Dinner : Kampung Tekek

Dinner ni satu benda yang subjektif. Sama ada korang nak dinner biasa atau candle dinner. Kalau nak candle dinner korang pergi book table kat Berjaya Tioman nun haaaa. Kalau nak biasa boleh ride pergi ke Kampung Tekek atau restoran tak jauh dari resort.

Kalau malas jugak nak keluar boleh order dinner dengan chalet ini. Dia ada masakan ala-carte, dari masakan kampung, western dengan masakan siam. BBQ sendiri boleh buat dikawasan pantai. Tak dikenakan charge pun. Tak perlu risau, kat sini tak ada anjing. Hanya ada kucing saja. Huhuhuhu...

Cadangan saya, kalau cuaca elok, baik korang BBQ kat pantai. Layan angin laut. Cukup ala-kadar saja nak BBQ sambil panaskan badan. Baikkkk sangat beb!


Pagi : Air Batang Trekking

Seawal pagi saya bangun dan lepak depan chalet. Masa saya pergi, jiran chalet saya ni nama apa tah dari New Zealand. Dia ni memang kaki borak dan saya tak tahu bila masa dia tidur. Malam-malam dia berjaga lepak dengan tetamu resort sambil layan beer. Saya lepak depan chalet jam 0630 pagi dia dah ada sambil minum kopi dengan baca buku. Masing-masing buat hal sendiri, diam saja layan angin pagi. Tak sesuai untuk berborak.

Breakfast disediakan pada jam 0730 oleh pihak resort. Menu tak banyak laa macam hotel tapi not bad. Biasanya menu dia ni kearah western. Kalau nak nasi goreng kena order baru dia goreng. Percuma saja. Ready made hanya roti bakar, telur, spagetti dengan sosej. Kopi dengan teh ada unlimited.

Lepas breakfast saya ajak kawan untuk jungle trekking di Air Batang. Trekking kali ini untuk pergi ke Salang Resort. Ride motosikal dan lalu ikut seaside semalam dan kampung air Batang. Bila dah sampai penghujung tu jumpa Bamboo Hill Resort. Parking motor kat situ dan bermulalah hiking ikut saja map dengan tanda arah.

Trekking kami mengambil masa lebih kurang 20minit. Jalan hutan naik turun agak mencabar, trek ni tak selalu orang lalu kut. Tapi ianya adalah salah satu jalan akses dari Air Batang nak ke Salang Resort kalau tak mahu naik bot. Bila sampai Air Batang Resort, saya rasa macam pelik. Resort kat sini macam rosak, tiada orang tapi kawasan persekitaran terjaga rapi. Tapi ada sampah dibakar, daun-daun disapu. 

Fuhh rasa macam seram jugak. Elok saja kawasan sini tapi tengok ke bilik macam banyak dan rosak. Salang Resort ni sebuah resort di atas bukit, tiada pasir pantai kat sini. Bila saya turun untuk ke jeti dia, baru nampak ada orang. Rupanya masih ada bilik yang terjaga dan berpenghuni dibawah sini. Rumah pengurusan pun ada cuma sedikit usang. 

Tapi saya tak sanggup lah nak duduk malam-malam... huhuhuh baik duduk di Coral Reef tu saja. Macam seram pastu tak ada pantai pun nak mandi. Jadi resort ni menjadi pilihan bagi mat salleh dengan para divers. Memang ada bot yang akan datang untuk pick-up dorang pagi-pagi. Cukup setakat nak bergambar kat sini lepas tu hiking balik ke Air Batang tadi.








Berjaya Tioman Resort

Usai selesai hiking, saya menuju ke Berjaya Tioman Resort. Lepas hiking tadi, capai motor dan terus ke sana. Berjaya Tioman dengan Air Batang ni jarak 2km, kira hujung ke hujung Tekek. Kawasan ini saja yang boleh akses dengan motosikal dan basikal.

Berjaya Tioman ni adalah sebuah resort private, jadi korang tak boleh masuk macam tu saja untuk lepak-lepak. Nanti dipintu masuk tu guard akan tanya samada untuk check-in atau atas urusan apa. Disebabkan saya ada urusan maka saya dibenarkan masuk. Tapi korang boleh aje cakap untuk pergi ke restoran dia. Dapat laaa korang layan healing dalam Berjaya Tioman tu... ini tips yerrr... Tak pernah gagal! Shhhhhhh!

Masa nak balik ke Coral Resort untuk check-out, saya ada ternampak satu jalan naik bukit. Rupanya, jalan tersebut untuk ke The Barat Resort atau Kampung Juara yang terletak belakang Pulau Tioman. Laluan dia agak tinggi dan motosikal agak berbahaya untuk naik jalan securam itu melainkan 4x4. Memang ada 4x4 Hilux dengan Ford Ranger yang pick-up guest dari jeti Tekek untuk ke The Barat Resort. Dorang nagkut naik 4x4 saja. Kalau korang nak jalan kaki pun boleh tapi boleh tahan laa nak menapak. Tiada masa, jadi saya skip saja.


Tengah Hari : Check-out 

Sebelum check-out, saya sempat mandi pantai lepas berpeluh panjat hiking tadi pastu layan borak terakhir dengan jiran chalet yang ramah tamah. Saya sharekan med-sosial saya pasal next week dia nak terbang ke Barcelona balik kampung bini dia. Mana tahu ada rezeki nak gi Barca pulak kan. Kita pula jadi tetamu.

Terus check-out, saya singgah makan dulu di Ikhwan Cafe tak jauh dari airport Tioman. Harga dia memang marhaen sangat. Tapi saya tak makan banyak pasal nak naik feri, risau ombak kuat keluar segala isi dalam perut.

Dah settle makan terus menuju ke jeti Marina untuk naik feri jam 0200petang. Menuju ke Tanjung Gemuk dan balik ke Kuantan.

Kebersihan dalam perkampungan

Sebenarnya perkara unik yang saya nak share tu adalah pasal kebersihan. Kali ini bukan saya nak kondem tpai saya nak puji dan ucapkan tahniah pada warga Tioman yang berjaya mengekalkan kebersihan pulau pada tahap yang bersih!

Sepanjang ride moto dari hujung ke hujung kampung, agak sukar nak jumpa sampah tepi jalan, dalam longkang, depan rumah mahu pun depan kedai. Korang susah nak jumpa botol plastik kosong, plastik air ke, sampah-sampah yang ditinggalkan tepi jalan melainkan tong sampah hijau.

Kat tepi jalan korang selalu nampak tong sampah hijau dan setiap 100m ada tong recycle. Gentle saya cakap, ini adalah pulau paling bersih pernah saya kunjungi. Pulau Semporna, Perhentian, Redang, Manukan, Langkawi.. tak boleh  lawan Tioman dari segi kebersihan. Pandai dorang jaga kawasan masing-masing. Satu teladan yg harus dicontohi. Abam tabik. Kat jeti ferry pun tak ada sampah. Gambar saya membuktikan kebersihan suasana pulau.



Masa nak ke Air Batang, korang akan lalu kawasan perkampungan orang local Tioman. Pun bersih jugak sekitar kawasan dorang. Memang nampak sedikit bersepah seperti barang-barang lama yang tidak dibuang, akan tetapi nak jumpa sampah sarap tu no way bro! Hampir tak ada pun depan rumah dorang. Awesome!

Ada aja pekerja majlis (baju merah) yang kutip sampah dengan mesin rumput. Tapi mentaliti penduduk Tioman telah diasuh supaya mengasingkan sampah dengan menjaga kawasan rumah. Bagus dan patut dicontohi.

Kalau nak cantik, tak perlu keluar modal juta² pun. Cukup datang dari kita sendiri.  Sebenarnya semua tu adalah tabiat kita. Pandai jaga cantiklah hasilnya. Jangan pandai cakap saja.

This is Awesome gaisss!

Comments

Anonymous said…
15 minit durasi penceritaan. Menarik..susunan cerita jelas
All needs clearly there.

Lebih menarik dgn pics shared. Its awesome.

Nazrul Akram said…
Semoga menjadi rujukan yang bermanfaat
Anonymous said…
Slm.sy bcadang nk g tioman 11_13 nov2023 ni..sekadar pertanyaan, ok ke g tioman pd waktu trsebut memandangkan monsun timur laut pd waktu itu. Tq for ur response.
Nazrul Akram said…
Anonymous Anonymous said...
Slm.sy bcadang nk g tioman 11_13 nov2023 ni..sekadar pertanyaan, ok ke g tioman pd waktu trsebut memandangkan monsun timur laut pd waktu itu. Tq for ur response.

September 30, 2023 at 3:33 PM

Saya tak cadangkan untuk ke sana pada bulan 11. Risiko angin kuat dengan bergelora agak tinggi. Kalau bujang2 boleh buat kira, kalau ada anak-anak tu, mohon postpone dulu.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1