Main Salji Di Karuizawa Nagano
Main Salji Di Karuizawa Nagano
Dah berapa bulan berlalu trip Tokyo. Tapi masih terasa pengalaman dan keseronakkan bawa keluarga kecik main salji buat pertama kalinya.
Serius, sebelum ni saya datang ke Tokyo memang jejak salji tapi tak pernah main salji sampai golek-golek. Jadi rezeki kali ini datang dengan dorang dan masuk untuk main salji sampai puas hati.
Sebenarnya ada banyak tempat nak main salji sekitar Tokyo ini. Antara tempat yang popular adalah Gala-Yuzawa. Tempat ini memang ramai kelibat orang Malaysia terutama pada bulan 10 hingga bulan 3. Kalau anda ada JR Tokyo Wide Pass, korang akan dapat discount 10% lagi.
Tapi saya tidak berminat untuk ke Gala-Yuzawa kerana tempat tersebut hanya ski-resort semata. Jadi pilihan saya adalah Karuizawa Ski Resort pasal sebelah resort ni ada outlet macam JPO tu. Lepas main salji, korang boleh layan shopping pulak sampai ke malam.
Kat bawah entry ni saya sharekan beberapa tips untuk main salji. Mana tahu korang boleh follow untuk jimatkan kocek.
Untuk ke sini, adalah lebih mudah untuk korang ada Tokyo Wide Pass (Salah satu JR Pass). Kalau nak beli single ticket atau return ticket macam tak berbaloi. Return ticket dia dah berharga JPY12,000 sedangkan Tokyo Wide Pass berharga JPY10.180 untuk 3 hari unlimited ride shinkansen dalam Tokyo region. Kalau nak faham lagi boleh baca entry saya mengenai pass di Tokyo disini.
Dari Tokyo Station, korang perlu naik Hokuriku Shinkansen dan tiba di Karuizawa Station. Perjalanan shinkansen ini mengambil masa selama 1jam15minit dengan jarak 180km.
Bila dah tiba Karuizawa station, korang akan nampak terus Prince Plaza Outlet, sebelah station tu ada Nike dan Adidas Outlet. Tapi untuk main salji (snow play) kena jalan kaki sini ke Snow Park, jaraknya dalam 900m. Anda boleh mapping google maps jalan kaki dengan carian Karuizawa Princehotel Snow Resort disini.
Kat Snow Resort ni ada kesemua snowplay, untuk kanak-kanak ada, untuk dewasa ada, untuk profesional pun ada. Cuma yang kena ada duit sahaja. Hehehehe.
Saya ke snow resort ni pasal semata-mata untuk bermain salji dan bergolek-golek atas salji. Jadi masa sebelum tiba di Tokyo, saya buat research yang mana untuk main salji macam kanak-kanak jauh lebih murah berbanding dengan main ski.
Untuk main ski, korang perlu ada basic macam main roller blade untuk keseimbangan badan dan bagi saya, ianya agak melecehkan dan merumitkan. Malah korang wajib memakai ski attire untuk main ski. Yela, ski boleh sewa, tapi pakaian korang pun kena full macam ala-ala panjat everest. Kesemua head gear, jacket, boot ski boleh disewa di sini dengan harga JPY5000-7000 dan ticket masuk pula JPY6000.
Tu untuk seorang la, kalau bawa 4orang korang darab lah JPY10000 x 4. So total nak main salji saja korang kena perabih hampir seribu. Huhuhuhhu...
Saya ni bukan kedekut, tapi saya akan buat kira-kira kalau selagi boleh jimat. Jadi saya ada baca satu blog yang mana, korang masih boleh main salji dengan harga murah tanpa sewa baju macam nak naik everest, iaitu dengan cara beli ticket SnowPlay.
Ya ticket SnowPlay ini kononnya untuk taman salji kanak-kanak, tapi sapa-sapa pun boleh masuk saja. Harga ticket SnowPlay ni berharga JPY1800. Bila korang beli ticket ni, korang boleh keluar masuk tak kisah berapa banyak sehingga dia tutup.
Dalam SnowPlay ni, korang dapat guna snowtube, sled secara percuma. Jadi boleh naik atas bukit dengan travelator dan turun dengan sled.
Serius best gila... terasa dibawa zaman kanak-kanak. Saya dan wife dah lupakan anak. Kami enjoy habis-habisan. Tah berapa kali kami naik turun travelator tu.
Kalau sejuk, korang boleh panaskan badan dalam kawasan changing room dengan Chill room. Dalam ni korang boleh makan dan minum dengan selesa. Masa saya pergi tu, memang tak ada orang pun. Hanya kami berempat sahaja conquer satu bilik. Sempat laa kami makan lunch dan minum air panas vending machine.
Kat sini tak ada kedai halal ye. Jadi lebih baik korang bawa bekal siap-siap dari hotel korang tu. Tak kisah laa korang nak makan apa. Jadi tak adalah korang nak berlaparan. Paling dekat kedai halal dalam PrincePlaza resort. Malas nak jalan ke sana elok bekal makan saja.
Dah siap makan, sambung balik main salji atas bukit. Kat atas bukit tu dorang sediakan alat untuk budak-budak buat snow castle, nak main snow fight baling snow pun boleh. Tak ada sapa marah. Semuanya percuma dah kat atas tu. Mainlah sepuas-puasnya. Kalau dah bosan, boleh bergolek-golek turun bukit naik sled ke atau gelungsur sendiri.
Cuma, kat SnowPlay ini tak ada Skylift. Skylift tu untuk angkut orang naik atas gunung dan turun guna ski. atau snowboard. Tapi macam saya cakapla, kalau modal korang besar, boleh laa nak beli tiket + ski rental berharga JPY8000+. Bila lagi kan nak main ski walaupun noob.
Kat tempat ski ni pun korang tak leh main saja-saja, kang dilanggar dengan orang yang pro-pro turun bukit. Buat nasib tak baik berlanggar-langgar korang pasal berenti tengah jalan. Ini pun bahaya juga ye. Awak baru nak belajar, yang datang macam nak main X-Games.
Jadi, saya hanya kongsikan pengalaman saya yang bawa anak 9 tahun untuk tujuan main salji. Kalau dorang kecik bawah 12tahun, dorang bukannya reti nak main ski. Jadi elok korang bawa dorang ke SnowPlay ni. Sangat puas hati, yang penting dorang enjoy habis bila dah bergolek-golek atas salji yang empuk ni.
Ada yang tanya, tak sejuk ke masa main salji. Jawapan saya, sejuk tapi tak sejuk sangat. Pasal masa main salji tu, kita sedang aktif. Jadi badan mula menaikkan suhu. Kalau pegang salji direct tu macam rasa pegang ais. Lama-lama kebas dan merah tangan. Kalau dah sejuk sangat, masuk bilik rehat untuk panaskan badan.
Jangan lupa selfie dengan wife, kasi tanda hadir with love!
Selesai main salji berjam-jam, kami terus lepak PrincePlaza Outlet. Jalan kaki tak sampai 10minit saja. Kali ini, turn mak ayah pula yang nak bersuka-ria dalam outlet. Tang outlet ni nanti saya ceritakan pada entry yang lain. Kang panjang pula korang nak kena baca.
Overall, kalau ada anak-anak kecik tu, elok korang bawa dorang main SnowPlay dulu. Tak perlu berangan nak main ski. Nanti dorang pun enjoy ada macam-macam permainan dan aktiviti. Murah pun jauh lebih murah.
Berikut adalah beberapa tips untuk main SnowPlay di Karuizawa :
1. Untuk ke sini, kena naik Shinkansen. Jadual shinkansen tak sekerap rapid/metro train. Jadi, kena tengok schedule dalam google map pukul berapa korang nak pergi dan pukul berapa korang nak balik. Bila dah luar peak hours, shinkansen akan tiba lebih kurang 1jam sekali.
2. Pakaian untuk main snowplay adalah bebas asalkan tahan sejuk. Untuk masuk ke SnowPlay, korang tak perlu ada full attire macam nak main salji. Cukup pakai seluar jeans dan jacket tebal. Kasut pun saya pakai kasut Adidas NMD saja.
3. Bawa baju/seluar spare. Saya bawa pasal risau salji masuk dalam baju dah basah. Tapi Alhamdulillah semuanya under control. Tapi elok bawa baju spare juga just incase baju basah. Nak bawa stokin pun boleh. Kalau tak bawak, pastu baju basah, boleh beli di Oulet sebelah saja.
4. Makanan boleh dibawa masuk didalam bilik pertukaran dan cafe dia. Ada locker disediakan, jadi makanan korang boleh letak dalam locker. Locker boleh bukak anytime. Tak ada kedai halal kat sini, jadi elok bawa bekal siap-siap dan makan kat cafe kecik ni.
5. Air boleh dibeli dengan vending machine. Air masak pula free refill kalau ada bawa botol air.
6. Surau dan prayer room terletak di dalam PrincePlaza Outlet, kena jalan kaki ke outlet nun disana. Lepas main salji boleh terus keluar dan menuju ke Princeplaza.
7. Locker untuk meyimpan luggage atau handbag disediakan dikawasan cafe dan changing room. Harganya JPY400 - JPY700 per day use.
8. Tak perlu bawa gadjet atau barang untuk main salji dari Malaysia. Kat SnowPlay kesemuanya ada. Sled, snow tube, snowball mold pun ada. Hanya ambil dan simpan balik saja.
9. Tandas dan bilik mandi pun ada free saja. Kalau korang rasa berpeluh sangat walau sejuk korang boleh mandi air panas kat tandas dia. Bersebelahan dengan changing room.
10. Last skali, lepas korang makan dengan minum, sila kemaskan sisa-sisa makanan korang tu. Aa tisu basah lapkan skali meja yang korang buat sepah. Jangan tinggalkan kotaran, selitkan kenangan manis saja.
This is awesome gais!
Comments
Kot2 ada kenaikkan harga di Karuizawa.