Destinasi 24 Jam : Bohey Dulang & Sibuan Sabah

Destinasi 24 Jam : Bohey Dulang & Sibuan

Baru ni abam buat trip setelah sekian lama memerap dirumah disebabkan PKP 3.0. Agak tepu jugak laa tak boleh pegi jalan-jalan naik flight. Bulan 12 tahun lepas MAS ada buat flash deals dengan penerbangan ke Tawau Return RM300+ termasuk luggage. Check date jadi abam sambar terus tiket dengan harga RM350. Kalau ikutkan tiket ni berbaloi pasal naik flight MAS lepas tu dalam tarikh cuti sekolah. Mana nak dapat bang....

Penerbangan KL ke Tawau adalah 2jam 45minit. Touch down di Airport Tawau dan terus menuju ke Semporna untuk trip pulau-pulau. Ada banyak pulau kat area Semporna ni, tak silap abam lebih daripada 10 buah. Cuma entry kali ini abam nak share pasal day trip Pulau Bohey Dulang dan Sibuan.


Nak senang korang boleh tengok pakej snorkeling pulau dalam facebook saja. Abam pilih Halo Halo Semporna pasal harga dia murah nak banding harga di Terengganu. Pakej 3 pulau termasuk makan tengah hari berharga RM60. Serius geng RM60 saja untuk 3 pulau. Ko buat trip gi Putrajaya pun mahal lagik.

Kalau drive, korang set je GPS kat Jeti Perlancongan Semporna. Parking area sini sebenarnya adalah percuma, kadang ada budak-budak datang mintak bayar parking, korang cakap je ko ni keja Polis. Lari laa dorang tu nanti. 

Biasanya bot akan berlepas jam 9pagi, jadi jangan lengahkan masa, kesian orang lain duk menunggu korang nanti habis delay jadual nak ke pulau-pulau lain. Dah register dan confirm payment boleh boarding masuk bot. Trip kami ke Bohey Dulang kali ni 30pax. Agak ramai jugak sebenarnya.

Perjalanan dari jeti ke Bohey Dulang tak lama, lebih kurang 40minit pasal bot besar, speeding pun laju lagi dari bot biasa. 

Setibanya di jeti Bohey Dulang, abam dah dibentangkan satu permandangan indah yang tak pernah di lihat dengan mata sendiri. Biasanya abam tengok dalam FB, dalam google saja. Seluruh kawasan Bohey Dulang ini adalah kawasan Taman Laut Negara, jadi korang tak dibenarkan langsung untuk turun mandi manda apatah lagi Snorkeling. 




Jadi kat jeti lagi korang dah boleh tengok coral dan ikan-ikan colorful tanpa perlu snorkeling. Air cetak dengan cuaca cantik terus boleh nampak. Sememangnya lawa dan kagum. Ada banyak ikan-ikan kat kawasan jeti. Anda tak dibenarkan kasi ikan makan roti yer.. nanti kena marah!

Kat Bohey Dulang ni hanya ada satu aktiviti sahaja iaitu mendaki untuk melihat permandangan hebat di dunia. Puncak Bohey Dulang ini adalah 600+meter dari aras laut. Lagi tinggi dari KLCC dan hampir tinggi menara PNB 118 yawwww. Abam tak sangka boleh panjat dan sampai kat puncak ni memandangkan abam ni bukan jenis kaki panjat bukit.

Nak naik Bohey Dulang ada syaratnya iaitu, kena bayar dan daftar nama dulu untuk kemasukkan Taman Laut Negara dan jangan hujan semalaman. Kalau korang datang harini dan semalam cuaca hujan tak boleh panjat. Pasalnya beberapa laluan mendaki tu akan melintasi laluan air terjun jadi agak berbahaya waktu hujan. Selain itu kanak-kanak bawah 12tahun pun tak dibenarkan panjat. Kesian. Maka terpaksa tinggalkan Nazril dengan Aunty.

Alhamdulillah nasib kami baik, cuaca tak hujan maka kami boleh mendaki pada hari tiba tu. Sesi permulaan pendakian agak biasa pasal ada laluan tangga kayu. Jangan risau, hampir keseluruhan laluan pendakian ni ada tangga kayu. Tapi ada sesetengah tempat tu memang kena panjat tapi ada tali. Ada juga sesetengah tempat tu berbatu-batu tangga.

Saya tak amik gambar banyak sangat pasal letih woiii.... kita ni bukan jenis panjat bukit hari-hari bang... mintak nyawa laaaa.







Tapi percayalah, no pain no gain, pain is beauty. Bila tiba di puncak Bohey Dulang, nahhhh tudia... satu bentangan permandangan indah yang korang boleh lihat.

Syukur waktu kami tiba cuaca panas dan Syukur pada Illahi kerana diberi nikmat untuk memperlihatkan keAgungan ciptaan-Nya. Memang speecless, melihat bentangan luas laut jernih sekitar pulau sama seperti gambar yang saya lihat didalam Google.

Tak sia-sia pendakian selama 40minit, penat sakit tangan apa bagai semua hilang. Hanya berbekalkan air mineral botol kecik sampai juga. Jangan lupa bawah duit RM10, boleh beli air 100plus dengan harga RM5.00 setin kat puncak ni.





Bergambar sepuas-puasnya, tenang sekejap melihat permandangan yang hebat ini. Macam malas dah nak turun pasal tak jemu tengok dari atas ni. Tapi apakan daya, kami kena turun juga untuk next session. Bila turun ni agak mencabar pasal laluan kami sedikit becak dan licin. Mohon berhati-hati jangan terburu-buru.

Sampai je checkpoint jeti, Nazril dah nangis sebak pasal kami naik lama sangat hampir 2jam, dia duk ingat kami tak kuar-kuar hutan dah... hahahahaha yela kawan dah tak sabar nak mandi laut tapi kena menunggu lama. Layan saja nakkk abah dengan ummi kamu nak tengok majestic view. Nanti ko dah besar ko pergi laa sendiri naik. Keh keh keh! Yang penting sempat posing peace!


Dah settle aktiviti mendaki di Bohey Dulang, next trip kami ke Mantabuan tapi malangnya, air surut terlalu cepat jadi bot besar kami tak boleh landing dekat dengan Mantabuan. Jadi kami terpaksa menuju ke Sibuan Island terus untuk sesi Snorkeling, Lunch dan ootd atas air. 

Dari Bohey Dulang ke Sibuan tak lama pun, dalam sekitar 20minit. Tiba kat Pulau Sibuan ni dah nampak satu pos askar yang mengawal. Lupa abam nak ceritakan, ramai yang dok risau nak datang ke Semporna pasal takut dengan kes-kes terdahulu. Mai sini dulu baru hang tengok macammana. ,

Askar dengan polis marin ada pada kesemua pulau jadi jangan korang risau. Tak ada apa pun dan pasti bila dah sampai korang akan lupa pasal hal-hal tu.... korang akan ralit dengan mandi laut. Percaya laaa! Manusia mudah leka.



Dah mendaki tadi perut terus mintak nasik. Terus makan tengah hari yang disediakan bersama pakej Halo Halo Semporna tu. Boleh laa nasi ayam goreng dengan sayur. Elok korang tapaukan makanan sandwich atau jajan untuk top-up makanan lain lagi. Pasal kalau dah mandi manda ni kompem lapar beb. Tau sangat perut bodoh kita ni yang sikit-sikit lapar.

Sibuan Island bagi saya best giler pasal kat sini korang boleh snorkeling, mandi pantai dengan ootd tengah laut. Sekitar kawasan pulau ini air cetek dan jenis crystal clear punya. Berdiri atas air dah boleh nampak tapak sulaiman terang-terang. Tak perlu menyelam jauh-jauh. Kalau rajin boleh berjalan kaki menyusuri danau pasir tu, nanti akan ada coral dan celah coral tu ade ikan-ikan comel. Setakat ni abam tak jumpa lagi ikan nemo kat Sibuan, kalau Mataking ada pasal tu kena snorkeling air dalam sikit. 

Tapi berbaloi laa jugak pasal ikan boleh datang dekat dengan korang. Wife pulak dok nampak ikan pari main kat air cetek. Memang awesome laa Sibuan. Banyak aktiviti korang boleh layan kat sini. Crew pula jenis sporting selalu tanya kalau nak amik gambar kita ootd atas masa menyelam. Bagus service dorang ni. Jenis rajin dan tak duduk diam. Korang bergambar laa sampai penat, crew layan kan aja.











Pulau ini juga ada sebuah perkampungan orang Bajau Asli. Anak-anak bajau ni dia tak kacau orang pun dan tak ada laa dorang mintak duit korang dengan aggresif. Cuma kadang dorang datang duduk dekat-dekat buat muka kesian sambil tengok laut. Kita kadang terfikir sejenak, kita kesiankan pada dorang padahal kehidupan dorang lebih indah dari kita yang terjerat dengan keberhutangan dunia. Mereka tak ada kereta tapi mereka ada bot cash. Mereka tak kenal handphone tapi mereka ada lautan luas untuk ditengok sepuasnya. Kehidupan mereka tiada masalah.


Bila dah nak petang, air mula pasang. Crew Halo-Halo dah panggil untuk naik balik ke pantai. Dah ketengah sangat berjalan main-main air. Next session snorkeling yang dalam sikit. Jadi kena naik bot balik untuk pergi ke kawasan dalam sekitar 3meter. Sini kita boleh diving, snorkeling dengan membuat aksi terjun bebas. Sekitar sini korang boleh nampak ikan-ikan nemo, ikan dory dengan macam-macam ikan comel. Nak senang, kasi saja kamera ke crew, nanti dia tolong rakam segala video dekat dengan coral tu. 

Bagi yang tak pandai berenang dan kurang was-was walau dah pakai lifejacket, korang boleh guna pelampung disediakan dan berpaut saja. Nanti crew tolong tarik pusing cari coral. Apa yang korang perlu buat hanya tunduk snorkel saja tengok coral dengan ikan-ikan dekat dasar.

Permandangan bawah ni memang lawa. Betul orang cakap, lautan di Semporna memang setanding Maldives. Tak perlu laa korang nak berangan buang duit kesana riban-riban. Kat sini bayar RM60 saja dapat view hebat. Mat salleh pun berenang-renang nak datang sini kita pulak dok gila nak pegi Maldives. Tu semuanya nama sahaja. Balik duit pun lebur, yang dapat bergambar sahaja. Khennnnnnn.....

Memang tak puas nak snorkel tengok hidupan laut depan mata. Sememangnya berbeza dari apa yang kita lihat dari kaca TV. Tengok live view ni lain. Lepas tu, pada tepi coral  ni ada nampak jurang menuju ke laut dalam, terus warna biru gelap tak nampak apa kat sana. Fuhhh seram sehhh tengok. Apa laaa ada dalam laut ni ye. Terasa kecil aja diri ni.




Habis sesi snorkeling, jam dah 4 petang kami terus balik ke Jeti, last call untuk snorkeling ini tidak lewat dari jam 5 petang pasal kat sini malam dia cepat. Jadi bot-bot diarahkan balik ke station selewat-lewatnya jam 5. Lebih daripada itu akan dikenakan denda oleh pihak keselamatan.  

Kawasan jeti ni disediakan tandas, tempat nak mandi bilas air laut masin semua. Ada laa kedai kecik untuk minuman panas, harga murah je geng neskepe RM1.50 secawan. Ko rase?? Ini kawasan perlancongan kot... dorang masih boleh jual harga murah-murah.

Apa-apa pun, ianya adalah satu pengalaman yang hebat untuk melihat permandangan agung. Saya tidak menyesal memanjat Bohey Dulang, kerana ianya sangat berbaloi. 

Next trip abam nak cuba daki Gunung Kinabalu. The Great Majestic of Borneo!

This is Awesome bro!

Comments

Anonymous said…
Kalau mcm tu siapa je yg boleh berenang2 di bohey dulang tu?
X kira Nk berenang jugak di bohey dulang walau dlm mimpi!!!
X leh accept.
Yasmin said…
Bang... Nak tnya, agak2 trip ke Semporna ni kebanyakan nya wheelchair accessible tak?
Boat nak kepulau2 tu sesuai tak Klu berkerusi roda? Dpt naik boat jln pulau pun dh alhamdulillah.
Nazrul Akram said…
Yasmin - Kebanyakkan pulau bot landing pada pasir pantai. kalau Bohey Dulang tu ada proper jeti. Pulau macam Mataking, Sibuan,Timba-Timba, Mantabuan semuanya kena landing dipasir, tiada jeti.
Riduan said…
Tuan,

Agak2 mengah tak panjang bukit tu? Tak sabar rasa nak ke sana. Travel agent tu still ada lagi ke? Tengok last FB update 2021 je.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1