Mengejar Aurora Borealis

 Mengejar Aurora Borealis

Apa yang anda lihat adalah satu fenomena yang dipanggil Northern Light atau Aurora Borealis dan ianya bukanlah pesta cahaya i-City di Shah Alam.

Fenomena Aurora hanya didapati pada kawasan garisan Artik atau pun Antartika dimana cahaya hijau-ungu akan muncul pada beberapa seketika pada musim sejuk kawasan tertentu.

Bagaimana Aurora ini boleh terjadi? Ianya kerana apabila zarah-zarah dari matahari memasuki atmosfera bumi dan bertembung secara agresif dengan atom gas. Warna aurora bergantung kepada jumlah atom yang terdapat pada atmosfera tersebut.

Untuk melihat Aurora ini, anda perlu pergi ke negara Scandinavian seperti Norway, Sweden, Finland. Selain itu boleh pergi ke utara Russia, Canada serta Australia dan New Zealand.

Aurora ini tidak muncul sesuka hati beliau, biasanya akan muncul pada musim sejuk di utara iaitu pada waktu November hingga Februari. Anda perlu datang pada waktu ini untuk melihat aurora dan memerlukan masa lebih kurang 1 ke 2 minggu untuk mengejar The Northern Light.

Ini kerana, jika anda telah sampai ke utara Norway atau kawasan lebih tepat di Tromsø, anda perlu menunggu pada waktu tengah malam. Jika nasib baik, Aurora akan muncul pada beberapa saat sahaja dan paling lama Aurora muncul sekitar 2-5 minit.

Anda jangan berharap pergi ke Norway terus dapat tengok Aurora, sebab itu anda perlu menunggu sekitar 1 - 2 minggu untuk melihat keindahan The Northern Light ini.

Antara cabaran ketika melihat Aurora ini adalah faktor suhu. Ya, suhu waktu musim sejuk di kawasan Artik bukan boleh di buat mainan. Suhu garisan Artik pada musim sejuk sekitar -10c ke -20c pada waktu malam. Adakah anda boleh tahan dengan suhu sebegini?

Suhu paling sejuk pernah saya alami adalah 0 Celsius di Zermatt Swiss. Saya bersama 4 Stupid Asian meminum kopi panas diluar cafe ternyata satu tindakan kurang bijak kerana kopi kami terus sejuk dalam masa 10 minit. Ini satu pengalaman tak guna ya tuan-tuan. Burn kopi harga 30ringgit.

Jadi tidak hairanlah mengapa buku The Lonely Planet menyenaraikan The Northern Light adalah salah satu senarai Things To Do Before We Die.

Hanya melihat video youtube pun sudah terpukau dengan keindahan The Northlight. Betapa indah ciptaan Illahi untuk kita tatapi apatah lagi tawaran syurga olehNya.










 

 This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1