Merancang Trip & Itinerary (Melbourne Australia, 6 Hari 5 Malam)
Di bumi Australia, anda dapat explorer begitu banyak road trip pada seluruh pelusuk negaranya. Dari Sydney ke Perth, Melbourne ke Goldcoast malah Darwin ke Adelaide semuanya boleh. Hanya memerlukan sedikit perancangan dan juga beberapa tips yang perlu anda ambil tahu terutama jika anda memilih untuk memandu.
Dalam penelitian ini, saya juga menulis disebabkan video viral dimana rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak Imigresen atas penyalahgunaan visa untuk bekerja di negara Australia. Ianya membuka mata kita bahawa bukan mereka berdua sahaja yang berbuat demikian malah, mengikut statistik Imigresen Australia, bermula 2014 hingga 2020 sebanyak 15,000 'pelancong' telah tinggal melebihi tempoh visa dan seramai 1000 telah disuruh pulang disebabkan menyalahguna visa perlancongan.
Saya akan ceritakan pengalaman saya bersama imigresen Australia di Perth dan Sydney kelak.
Cuma kali ini saya hanya nak share bersama, Itinerary yang pernah saya rangka (draft) dalam impian saya untuk kembara pada salah satu negeri didalam Australia iaitu Victoria. Bandar Melbourne terletak didalam negeri Victoria malah banyak tempat terkenal terletak di Victoria contohnya, Great Ocean Road, Mount Buller dan Litar Philips Island. Mari saya share apa yang perlu disenaraikan untuk draft Itinerary perjalanan anda.
1. Mana Nak Pergi?
Set destinasi anda nak pergi. Turun dimana dan balik ke mana. Dalam rancangan ini, saya memilih untuk menaiki Malaysia Airline dimana bermula di Kuala Lumpur - Melbourne - Kuala Lumpur.
Jadi destinasi yang ditetapkan dalam perjalanan adalah :
1.1 Melbourne City
1.2 Port Campbell
1.3 Philips Island
1.4 Mount Buller
1.5 Belgrave
2. Berapa hari nak pergi?
Ini bergantung kepada anda, jika anda jenis yang suka amik gambar dan terburu-buru, anda boleh buat dalam masa 4 hari. Jika nak explore city dan attraction mungkin mengambil masa 7 ke 10 hari. Jika anda nak feels macam local people, maka anda memerlukan lebih kurang 2 minggu ke 3 minggu.
Jika cuti anda banyak, boleh ler bercuti lama-lama kan. Itu pun kalau boss luluskan cuti. Silap-silap balik kena lapik baju Hard Rock.
Saya memilih 7 hari kerana kekangan masa dan cuti yang terhad.
3. Penginapan?
Saya sangat gemar untuk stay dirumah atau guesthouse berbanding Hotel atau Hostel pasal, di rumah/guesthouse korang boleh rasa suasana penduduk tempatan. Fasilities yang ditawarkan oleh sesetengah host tidak mengecewakan kadang-kala tuan rumah siap sediakan sarapan pagi untuk anda.
Cuma, kelemahan guesthouse ini ianya terletak diluar kawasan akses public transport seperti tram/train. Jadi jika anda tidak menyewa kereta, ianya agak sukar.
Kalau anda ada duit yang banyak, boleh menyewa hotel dan tidak perlu bersusahpayah untuk mencari gueshouse atau menyewa segala kenderaan. Hanya call dan tempah sahaja.
Hostel pula lebih sesuai kepada solo traveller, ada yang jenis suka budget dan suka bergaul. Tapi pendapat saya, jika korang travel berkumpulan atau bersama keluarga, adalah lebih baik menyewa guesthouse untuk privacy serta menjaga aurat ahli keluarga.
Lebih mudah menggunakan Airbnb, pasal masa booking tu biasanya tuan rumah akan mention berapa jarak dan masa untuk ke station train terdekat. Atau korang boleh text host untuk bertanya apa-apa pun.
4. Pengangkutan?
Memandu adalah pilihan terbaik ketika melawat negara Australia kerana, Australia adalah sebuah negara yang sangat luas mempunyai banyak kawasan attraction luar kawasan bandar. Harga minyak pada tarikh blog ini ditulis adalah AUD1.5 untuk 1 liter. kalau convert jadi la RM4.50 seliter. Jadi jangan convert.. hahahaha....
Walaupun sistem pengangkutan Australia agak cekap, tetapi ianya tidak setanding Eropah dan Japan. Jadi jika anda memilih kebergantungan pada public transport, maka anda akan terikat pada masa perjalanan samada bas ataupun keretapi.
Manakala jika anda memilih untuk memandu, anda perlu memahami aliran lampu isyarat didalam bandar Melbourne kerana ianya berkongsi jalan bersama kenderaan ini. Korang boleh tengok dalam youtube disini. Sila faham peraturan untuk mengelakkan dilanggar oleh Tram.
Bagi saya, jika nak berjalan di dalam bandar, elok guna public transport kerana harga parking agak mahal dan terhad. Malah anda juga dapat tengok city culture manusia di bandar Melbourne.
Lepas tu, fyi mana-mana airport Melbourne belum ada train yer, semua kena naik bas. SkyBus macam KL Sentral nak pergi ke KLIA KLIA2 tu. Dorang baru nak buat train mcm ERL. Sedih....
5. Makanan?
Pandai-pandai bawa sendiri apa yang perlu. Percayalah, makanan halal di Australia ada banyak, tak perlu risau. Bawak makan pelik-pelik nanti panjang cerita kat Imigresen.
Day 0 :
- Bermula Airport KLIA2, terus terbang ke Melbourne. (Anggaran flight tiket RM2,000)
|
Melbourne Airport |
Day 1 :
- Touchdown Melbourne Airport, immigration & custom declaration.
- Light breakfast di airport.
- Beli MyKi Card untuk kemudahan perjalanan didalam bandar. Hari pertama dan kedua tidak perlu sewa kereta. (Harga MyKi AUD8.80 per day)
- Beli Optus mobile internet. (Harga AUD15.00 untuk 5gb sebulan)
- Menuju ke Southern Cross Station (Melbourne) dengan menaiki Skybus (AUD15.00 one way).
- Drop luggage kat sini dulu untuk tour city. Lunch di Ritz Kebab.
- Menaiki tram menuju ke Flinder Street Station.
- City tour sekitar Flinder Street Station (Iconic Melbourne), St.Paul, Melbourne City Hall, Melbourne State Library.
- Menuju ke Queen Victoria Market. Minor shopping barang dapur.
- Menuju ke Southern Cross Station untuk pickup luggage.
- Menuju ke guesthouse di South Yarra dengan menaiki train.
- Check-in guesthouse di South Yarra.
- Menuju ke Prahran Market untuk membeli barang dapur halal. Jalan-jalan street view.
- Menuju balik ke guesthouse.
- Rehat dan dinner di guesthouse.
|
Southern Cross Station |
|
Flinder Street Station
|
|
Free Tram Map |
|
Queen Victoria Market |
|
Queen Victoria Market
|
|
Prahran Market |
|
Prahran Market |
Day 2 :
- Prepare breakfast.
- Menuju ke Queen Victoria Garden melalui tram. Breakfast di QV Garden.
- Menuju ke Harry Potter - Parliment House (iconic building) - Menaiki Free Tourist Tram di Bourke St Station.
- Lunch di Victoria Market.
- Tour ke Sealife Melbourne. (Combo tiket bersama Legoland AUD48.00 dewasa)
- Lepak santai dalam The Block Arcade dan Bourke Street.
- Pickup kereta di Jucy Car Rental di St.Kilda.
- Menuju ke Brighton Beach.
- Menuju ke Luna Park dan St/ Kilda Beach.
- Balik ke guesthouse. Full dinner di guesthouse.
|
Queen Victoria Garden |
|
The Princess Theater |
|
Parliament House of Victoria |
|
Sealife Melbourne |
|
The Block Arcade |
|
Bourke Street |
|
Free Tourism Tram |
|
Luna Park Melbourne |
|
St. Kilda Beach |
Day 3 :
- Prepare home breakfast.
- Menuju ke Philips Island Wildlife Park (Pemanduan 2 jam).
- Philips Island Wildlife Park Tour (Tiket masuk AUD19.00).
- Lunch di The Esplanade Picnic Area.
- Menuju ke Philips Island Grand Prix Circuit (Free entrance).
- Menuju ke Noobies Center (Free entrance).
- Menuju ke Philips Island Chocolate Factory (Free entrance).
- Light dinner di San Remo Fishmans Co-op.
- Balik ke guesthouse. Full dinner di guesthouse.
|
Chocolate Factory |
|
The Noobies Center |
|
The Noobies Point View |
|
Philips Island Circuit |
|
Philips Island Wildlife Park |
|
San Remo Co-op Restaurant |
Day 4 :
- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Great Ocean Road (Pemanduan 3 jam)
- Singgahan santai di Twelve Apostle, Gibson Steps, Loch Ard Gorge (Free entrance).
- Lunch di Port Campbell Beach.
- Menuju ke London Bridge.
- Menuju balik ke guesthouse (Pemanduan 3 jam).
|
Twelve Apostles |
|
Gibson Steps |
|
London Bridge |
|
Twevle Apostles |
Day 5 :
- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Mount Buller untuk snow play (Pemanduan 3 jam 30 minit).
- Singgah di Mansfield untuk menyewa snow rental.
- Menuju ke Mount Buller Alpine Resort (Harga masuk AUD49.00 / car).
- Snow Playing di Mount Buller. Lunch di Mount Buller.
- Return ke Mansfield.
- Menuju balik ke guesthouse (Pemanduan 2jam 30minit).
|
Mount Buller Victoria |
|
Hotel di Mount Buller |
|
Mount Buller Resort |
|
Mount Buller Scenery |
|
Mansfiled Town - Rental Ski Gear |
|
Ski Gear / Snow Jacket Rental |
Day 6 :
- Breakfast di guesthouse.
- Menuju ke Puff Billy Railway Scenic Train. (Tiket train ride AUD60.00)
- Lunch di Chadstone Mall.
- Menuju ke Legoland. (Harga tiket termasuk Sealife pada Day 2)
- Lepak santai di Albert Park.
- Menuju ke South Melbourne South Market.
- Menuju ke Brighton Beach.
- Return kereta di Jucy Car Rental di St.Kilda.
- Balik ke guesthouse dan dinner.
|
Puff Billy Station |
|
Puff Billy Scenic Train
|
|
Thomas & Friends Scenic Theme |
|
Chadstone Mall |
|
Legoland Discovery Center Melbourne |
|
Legoland Discovery Center Melbourne
|
|
Albert Park |
|
South Melbourne Market |
|
South Melbourne Market
|
|
Brighton Bathing Boxes
|
|
Brighton Bathing Boxes |
|
Jucy Car Rental St.Kilda |
Day 7 :
- Breakfast di guesthouse.
- Check-out guesthouse.
- Menuju ke Southern Cross Station.
- Menaiki SkyBus ke Melbourne Airport.
- Flight balik ke Kuala Lumpur.
Berikut adalah perjalanan bermula dari Bandar Melbourne - Great Ocean Road - Philips Island - Mount Buller - Melbourne City yang memakan jarak perjalanan hampir 1400km. Jauh bukan? Tapi belum cukup jauh lagi kalau kembara di Australia.. tak percaya? Tengok zoom out peta Australia. Macam tka gerak-gerak je trip korang nanti dalam peta Aussie.
Comments
Sesiapa nak stay di Mornington Peninsula dekat Melbourne, saya boleh tolong uruskan penginapan yg boleh mengginap sehingga 20 orang.
AUD1000 - AUD1800 per night satu rumah. Sesuai untuk keluarga & kawan2 yg nak travel dalam group besar.
Rumah cantik, private & lengkap dengan alat masak.
Sila WhatsApp Kak Sha +61466014475 untuk maklumat lanjut & link untuk booking melalui booking.com atau Airbnb.
Salam,
Kak Sha
salam. untuk kesemua aktiviti ni boleh ker bwk baby 8bulan??
>>> Semua aktiviti boleh bawa baby. Cuma be prepare dengan barangan anak kecil ni. Risau kalau tercicir handbag atau mudah terleka.
It is okay kalau nak drive ke Mount Buller on winter. As long kalau pada hari drive kesana tu salji lebat turun then kena pakai winter tyre chain.
Public transport setahu saya tak ada sampai ke puncak Mount Buller melainkan tour pakej. Tour pakej boleh ambil 2-3days before di sekitar bandar Melbourne. Ada banyak tour pergi ke Buller. Dalam Klook pun ada pakej tersebut