Starbucks Tak Laku di Australia?
Tahukah anda Starbucks tak laku di Australia?
Ya ini betul kerana sebesar-besar negara Australia, hanya terdapat 26 buah cafe Starbucks sahaja setakat tahun 2020 berbanding Malaysia mempunyai sebanyak 320 buah cafe.
Sebenarnya Starbucks Australia agak banyak sebelum ini tapi telah ditutup satu per satu atas kegagalan beberapa faktor. Starbuck pertama dibuka di Australia adalah di Sydney pada tahun 2000 dan dibuka dengan penuh agresif.
Nama Starbucks tidak asing bagi penduduk Australia akan tetapi, oleh kerana harga Starbucks yang agak mahal dan kopi tidak kaw membuatkan Starbucks Australia bergelut untuk survive dalam pasaran.
Akhirnya, Starbucks Australia terpaksa menutup 61 cawangan pada tahun 2008. Sekarang ni hanya ada 26 buah iaitu di bandar Brisbane, Gold Coast, Sydney dan Melbourne. Malangnya Perth dan Adelaide tak ada 1 pun Starbucks.
Faktor utama yang membuatkan Starbucks Aussie ni tutup kerana kopi dia tak power macam local coffee. Kebanyakkan penduduk Aussie ni suka dengan local coffee dan harganya jauh lebih murah.
Saya pernah lepak di sebuah cafe Sydney Opera House meminum kopi, harga kopi tersebut setelah convert adalah RM9.00 berbanding kedai Starbuck berharga RM18.00. Jadi tidak hairanlah mengapa local coffee house lebih ramai orang berbanding Starbucks.
Jadi orang Aussie bukannya tidak hipster, cuma mereka lebih menggemari kopi buatan mereka sendiri dengan cara yang tersendiri.
Tapi kalau korang datang ke Australia, korang boleh beli Starbuck Mug atau Tumbler untuk dibuat koleksi. Mana tau Starbucks akan tutup terus di Australia. Jadi automatik koleksi anda menjadi Rare!
Comments