Lego Time : Porsche 911 RSR
Lego Time : Porsche 911 RSR
Standard waktu PKP tak ada buat apa kita kasi susun Lego. Kali ni kita pilih Lego Technic yang saya beli copy ori dalam Shopee harganya yang super duper murah dan kualiti yang baik!
Lego ini adalah model Porsche 911 RSR yang mempunyai 1580 kepingan sehalus mungkin. Pasal untuk level Technic, perincian pada model yang dikeluarkan lebih terperinci dan kebanyakkan peminat Lego Technic ini terdiri daripada golongan dewasa. Kalau beli yang jenis lori atau kren, ianya boleh digerakkan malah boleh mengangkut barang.
Saya tak nak peningkan kepala sangat, jadi saya pilih model Porsche 911 ini untuk model Technic pertama saya. Untuk pengetahuan korang, model ini agak details sampai steering rack dan engine piston boleh digerakkan. Ianya memerlukan ukuran tepat semasa memasang dan ianya bukan satu benda yang mudah dan remeh. Silap ukuran settting rack anda tak boleh pusing. Tak cukup gear, enjin korang tak jalan.
Untuk pasang enjin saya kena repeat 2x pasal enjin boxer 6 piston ini tak selari. Bukak balik dan kena pasang balik bagi selari dengan gearbox. Yaa dia ada gearbox bang... jangan memain okay!
3 Hari adalah masa yang saya ambil untuk siapkan model Porsche 911 ini. Agak berbaloi la untuk dimasukkan dalam frame pastu kita kasi gantung cantik - cantik.
Sebenarnya ada banyak lagi model racing car untuk kategori model Technic seperti Buggati, McLaren, Mustang. Tapi Porsche ni laa yang paling murah.. hewhewhew... kalau korang banyak duit beli ler semuanya. Ada model Ferrari, abang tengok aje ler.
Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno...
Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!
This is Awesome bro..!
Comments
Boleh pasangkan untuk sy x..hihihijiii