Simpanan RM1 Untuk Anak-Anak
Simpanan RM1 Untuk Anak-Anak
Bagi saya, simpanan untuk anak-anak adalah wajib untuk masa depan mereka sendiri. Dulu saya pernah share bersama cara simpanan RM5 memberikan hasil ribuan ringgit dalam masa 3 tahun. Post saya berkenaan mendapat sambutan hangat sehingga beberapa editor majalah berkongsi bersama tips simpanan tanpa membuat pelaburan merapu-rapu.
Kali ini, saya nak share jika anak-anak anda membuat simpanan sendiri RM1 setiap hari tanpa gagal. Mengajar anak anak untuk menyimpan adalah satu amalan yang baik dan perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya anak kita dapat belajar dan memahami cara pengurusan wang apabila mereka nak berdikari kelak.
Saya bukan pakar ekonomi dan juga pakar topup duit kepuk-kepuk macam orang dok kira keuntungan ASB tu... Hidup dunia zaman lani, benda yang boleh dikatakan wajib ada pada anak anda salah satunya Insuran Takaful dan juga Simpanan Anak-anak. Saya tak nak cerita pasal insuran takaful kerana saya bukan pakar, saya hanya mencarum sahaja. Saya nak cerita bagaimana saya membuat simpanan pada anak saya sahaja untuk kongsi bersama.
Setiap tahun ada 365 hari, atau 366 hari jika tahun lompat seperti tahun 2020 ni. Malah saya percaya juga, dalam wallet korang, pasti akan ada duit seringgit (RM1.00).
Jadi mari kita membuat satu amalan untuk bersedekah pada anak-anak setiap hari RM1.00. Berikan kepada mereka dan suruh mereka masuk kedalam tabung yang susah nak pecah! Hahahaha!
Mari kita kira :
Jika setahun mempunyai 365, maka tabung anak akan menjadi RM365.00
Dengan RM365.00 ini, anda boleh membelanjakan kepada mereka jika anak-anak nak beli mainan ke, kasut sukan ke, basikal ke atau apa-apa yang dorang suka asalak tidak melebihi had simpanan.
Kalau tak dibelanjakan, maka RM365.00 perlu disimpan didalam Tabung Haji ataupun ASB.
Jika anak anda jenis suka menyimpan maka :
Setahun RM365.00
2 Tahun RM730.00
3 Tahun RM1095.00
Banyak bukan jika dah masuk tahun 3? Itu baru bermodalkan RM1.00 sehari tau, belum lagi RM5 yang pernah saya ceritakan sebelum ni.
Jadi marilah menyimpan dikala zaman yang agak terdesak ini. Jangan terlalu boros
This is awesome bro!
Comments