Restoran Gegey, Putrajaya

Restoran Gegey, Putrajaya Semalam kami saja ronda-ronda Putrajaya, udah bandar KL hujan selebatnya. Putrajaya ni kalau korang search tempat makan memang banyak, kedai arab pun makin banyak. Tapi kalau korang nak best, korang cuba pusing-pusing area Diplomatik Precint 14. Sini memang banyak kedai/restoran. Bila dah banyak kedia makan, siap sedia la nak dapat parking pun sengsara bro. Tambah tambah plak minggu orang goment tengah gaji ni. Kali ni saya singgah dan nak cuba di sebuah restoran local and western dish iaitu Restoran Gegey. Restoran Gegey ni ada beberapa cawangan, tapi yang pertama dibuka adalah di Kota Bharu Kelantan, tak jauh dari rumah saya tapi saya tak pernah nak pergi. Hewhewhew. Seksyen 7 pun ada jugak tapi saya pilih ke Diplomatik pasal lepas makan boleh ronda Putrajaya. Gegey bermaksud bising. Tapi kedai ni tak bising macam kedai mamak, tapi saya yakin perut anda yang akan gegey pasal lepas pekena menu western dia ni, kompem boleh koma! Tiada istilah sedikit atau...