Itinerary ke Semporna, 3 Hari 2 Malam

Itinerary ke Semporna, 3 Hari 2 Malam

Semporna adalah salah satu pulau tercantik didunia dan mendapat nama didalam Travel Insider. Jika nak berbandingkan dnegan Maldives, pulau-pulau di sekitar Semporna ini sama taraf malah ianya adalah lebih murah diantara negara-negara yang lain jika nak dikunjungi. 

Terdapat 8 buah pulau utama yang pelancong boleh kunjungi iaitu

1. Pulau Mabul (Perkampungan Air)
2. Bohey Dulang (Hiking)
3. Matabuan
4. Timba Timba
5. Pom Pom
6. Mataking
7. Sibuan
8. Matabuan


Pulau-pulau ini digabungkan pada pakej yang tertentu dan tak boleh dihabiskan dlaam masa satu hari. Jika anda nak pergi semuanya anda memerlukan masa 3 hari untuk 8 buah pulau ini.

Berikut adalah contoh itinerary perjalanan saya serta budget selama 3 hari 2 malam dibawah RM1,000.00 untuk seorang. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.

Tiket Penerbangan : RM1450.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Agak mahal kerana ianya jatuh pada permulaan cuti sekolah. Kalau korang pergi hari Jumaat atau Khamis mungkin lebih murah. Average harga KL Tawau KL menaiki airasia sekitar RM300-RM400, kalau promo mungkin lebih murah.

Harga ini termasuk tiket penerbangan Malaysia Airline, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 20kg return. Untuk pengetahuan anda, flight domestik MAS kena bayar yer skang, macam Airasia.  Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.

Seminggu sebelum trip ke Tawau, saya membuat penempahan untuk pakej ke pulau Mataking dan Timba-Timba. Harga untuk pakej ini adalah RM89.00 untuk dewasa dan RM47.00 untuk kanak-kanak. Harga pakej tidak berbeza banyak dengan syarikat lain. Dinasihatkan, korang kena booking sehari awal untuk ke pulau Semporna kerana ianya mempunyai proses pendaftaran bagi keselamatan pelancong. Jadi jumlah 2dewasa dan 1kanak kanak adalah RM225.00.

Tiba di airport kami sewa kereta Axia untuk memudahkan pergerakkan dari Tawau ke Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna sekitar 1jam 30minit. Harga kereta adalah RM90.00 untuk sehari. 3 hari makan jadilah RM180.00.

Saya mengisi minyak full tank RM45.00 dan top-up lagi RM20.00 sepanjang perjalanan 3hari ni. Kereta Axia minyak jimat itu pun ada lebihan lagi masa return kereta. Jadi total isi minyak adalah RM65.00.

Korang boleh memilih untuk menginap di bandar Tawau ataupun bandar Semporna. Kami stay di homestay atau harga hotel di bandar Tawau sekitar RM150.00 manakala di Semporna RM100.00. Penginapan 3hari 2malam adalah berharga RM300.00.

Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :

1. Tiket Flight : RM1450.00
2. Hotel : RM300.00
3. Kereta Sewa : RM180.00
4. Pakej Pulau : RM225.00


Total bayaran adalah RM2,155.00

Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket. 

Day 1 : Kuala Lumpur - Tawau

- Flight MAS MH2660 berlepas jam 0740pagi dari KLIA.
- Tiba di Tawau Airport pada jam 1030pagi.
- Mengambil kereta sewa di airport.
- Isi minyak full tank. (RM45.00)
- Makan tengah hari dibandar Tawau. (RM30.00)
- Shopping barangan kering di pasar UTC Tawau. (RM150.00)
- Makan Malam di Bandar Sri Indah. (RM25.00)

Total of Day 1 : RM250.00

Day 2 : Tawau - Semporna

- Menuju ke bandar Semporna seawal pagi.
- Tiba di Jeti Perlancongan Kg. Bangau Bangau. Parking percuma.
- Membeli snack dan air tambahan. (RM15.00)
- Pakej pulau bermula di Timba-Timba Island
- Snorkeling di Mataking
- Snorkeling di Pompom Island.
- Tiba di Jeti Perlancongan dan minum petang. (RM10.00)
- Isi minyak balik e bandar Tawau. (RM20.00)
- Makan malam seafood (RM80.00)

Total of Day 2 : RM125.00

Day 3 : Tawau - Kuala Lumpur

- Menuju ke pasar basah di bandar Tawau
- Sarapan pagi sekitar bandar Tawau. (RM9.00)
- Beli barangan basah, udang, sotong dan lobster. (RM150.00)
- Menuju balik ke airport.
- Flight balik MH2661 pada jam 1125pagi.

Total of Day 3 : RM159.00

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1