Destinasi 24 Jam : Timba-Timba & Mataking Island, Semporna Sabah
Destinasi 24 Jam : Timba-Timba & Mataking Island, Semporna Sabah
Baru ni kami menghadiri sebuah majlis perkahwinan abang ipar yang bertemu jodoh dengan orang Tawau. Alhamdulillah majlis akad nikah dan perkahwinan selesai dengan jayanya. Unik dan pertama kali tengok orang Sabah menyediakan persiapan dan adat-adat orang sana. Menarik.
Dah alang-alang ke Tawau, kami plan untuk ke Semporna (Sebelum Perintah Kawalan Pergerakkan di laksanakan). Perjalanan dari bandar Tawau ke Semporna mengambil masa 1jam 30minit dan jangan risau, keadaan jalan 7/10 cuma jangan speeding lebih daripada 100kmh untuk mengelakkan melambung ke tepi jalan. Sepanjang perjalanan tidak banyak kereta tapi saya jamin korang akan dapat sebuah view bukit yang cantik dan awesome!
Tiba di bandar Semporna sekitar jam 9:00pagi keadaan sedikit kelam kabut dengan penduduk tempatan berbanding dalam perjalanan tadi. Untuk yang mahu ke pulau-pulau, korang kena set Google Maps Jeti Pelancongan Kg. Bangau Bangau. Jangan korang pergi ke Public Jeti plak kerana itu adalah jeti untuk orang awam yang berulang alik ke perkampungan atas air dan Pulau Bam Bam sahaja. Yang untuk tourism ni guna jeti yang lain.
Parking kereta di tempat yang disediakan dan ianya adalah percuma. Memang terbaik ler kalau kat tempat kita dah kena pau RM10 dah parking kereta ni. Pada area jeti ini ada surau, public toilet dengan tempat shower. Jadi kalau nak salin baju kat sini tiada masalah bah.
Ipar saya dah arrange siap-siap pakej kami ni, dan kami pilih untuk ke Timba-Timba Island, Mataking dan Pom-pom Island yang berharga RM89 untuk dewasa dan separuh harga untuk kanak-kanak. Arrangement dibuat seminggu sebelum tiba termasuk deposit. Jadi masa ketibaan kita hanya bayar online saja pada syarikat berkenaan, tak perlu bawa cash pun. Kami semua masa tu lebih kurang 13 dewasa dan 3 kanak-kanak, jadi satu bot tu kami yang punya.
Pakej ini termasuk pergi ke Pulau Timba-Timba, Snorkeling di Mataking, makan tengahari dan Snorkeling lagi di Pulau Pom-Pom. Bagi saya harganya sangat berbaloi untuk pengalaman yang pasti korang tak akan lupakan. Sampai sekarang laa saya tak boleh move on lagi beb.
Okay bila dah sampai jeti, tour guide akan bawa terus ke bot dan bagi penerangan pasal trip dan safety, pastu terus loading dalam boat. Bot ni bukan macam feri ke Langkawi yer tuan, ianya bot kecik macam dalam gambar ni, tapi jangan risau, ianya bersesuaian untuk kegunaan kita pasal kita bukan nak gi mancing laut dalam pun.
Perjalanan dari jeti menuju ke Pulau Timba-Timba lebih kurang 50minit. Keadaan ombak tidak bergelora, standard laa datang pulau naik bot mesti laa kena basah kena hentak2 dengan ombak sikit. Kalau tak nak macam tu korang naik helikopter la, turun kat Mataking guna tali.
Pertama kali saya sampai di Timba-Timba sememangnya awesome dan amazing. Saya betul-betul speechless pasal pulau ini adalah sebuah pulau kecil dan mempunyai danai yang mana korang boleh berjalan atas air. Kiri dan kanan korang adalah laut pantai yang super duper jernih. Si Nazril lepas turun bot terus berlari main air yang ombaknya kiri dan kanan. Kalau kat semenanjung, mana nak dapat ombak kiri kanan yang cetek macam ni. Bergolek lah korang sepuasnya dengan air cetek dan jernih.
Serius bro apa yang orang cakap, pulau di Semporna ni memang boleh lawan Maldives. Tak perlu korang nak bazir duit nak ke sana dengan matawang Dollar. Baik layan Semporna ni totally awesome! Tak perlu risau dengan budak-budak yang dok bergolek main air. Bergambar kat sini memang sangat-sangat cantik. Tak rugi datang, lepak laa korang nak lepak. Nampak panas kan tapi tak rasa laa pasal korang berendam dalam air. Air dia suam-suam dah pasal cetek.
Ini adalah tempat kedua terindah pernah saya lihat dengan mata kasar selepas Swiss. Sememangnya korang kena letak wish list korang masuk dalam ni. Nak gi Maldives kocek kena tebal, kat sini lagi murah beb.
Lepas bergolek-golek kat Pulau Timba-Timba, kita menuju ke hujung pulau ini dengan menaiki bot untuk sesi Snorkeling plak. Wehh snorkeling kat sini tengok dari atas pun dah nampak ikan. Elok korang bawak GoPro masa nak snorkeling ni.
Abang kalau terjun ni memang hobi abang. Kita ketatkan lifejacket, kita terus terjun kot tepi bot aje, masa terjun tu tak jejak beb dasar, maksudnya dalam lebih kurang 2-3 meter. Maka bermulalah sesi kuak lentang berenang-renang keriangan. Nazril pun mujur senang, saya double kan safety dia, pakai lifejacket dengan pelampung budak.
Dah ada pelampung senang sket nak lepaskan dia tengah-tengah air tu. Seronok bukan main lagi pasal first time dia main air dalam macam tu. Silap x bawak water gun aje. Kalau ade tu, korang bleh ler spent masa untuk snorkeling. Haaa pakej yang kami amik ni memang terbaik, akan ada dua orang guide, satu driver bot dan satu helper. Helper ni akan turun bersama-samak korang masa snorkeling untuk jaga safety korang.
Yela la kalau lama tak berenang, excited berenang, kaki senang nak cramp. Jadi tugas beliau adalah memantau kami dan jadi safeguard kalau korang tak larat nak patah balik ke bot. Dia akan tarik korang balik ke bot untuk berehat. Terbaik ah service. Budak-budak pun dorang bleh tengokkkan sementara korang ralit dok bergambar dengan ikan. Tapi ingat, kalau bawak budak tu jangan perasan bujang. Kena sentiasa bersama anak takut terlepas jauh. Jangan lalai.
Tiada had masa untuk korang snorkeling, bila dah puas, korang naik dan dia akan jalan. Serius beb... Syiok btol!
Next adalah makan tengah hari di Pulau Mataking. Kenapa dinamakan Mataking kerana pulau ini berbentuk seperti mata jika dari atas. Pulau ini sedikit besar dan ada beberapa chalet untuk korang yang nak menginap. Bot kami berhenti pada salah satu pantai, untuk makan tengahhari tepi pantai yang redup. Makan nasik sambal udang berlatar belakang pantai putih dan jernih.
Budak-budak ni tak maunya nak makan nasik, makan nasik bersuap pastu terus main air pantai. Jernih bro air dia, pantai ni tak ada batu karang, cetek dan jernih. Wey dah berapa kali dah saya ulang perkataan jernih ni. Saya penuhkan perut dulu sambil lepak-lepak kena angin laut. Sejuk laa jugak pasal baju basah. Amik kau!
Sebenarnya korang boleh berjalan ke arah chalet ni untuk tengok suasana pulau yang bersih dengan beberapa rumah orang tempatan, kami tak jalan pasal ade budak-budak, dorang asik nak main air xnak jalan dah. Kalau korang sampai pastikan korang gi jalan ke arah chalet sana. Bleh juga jalan kaki cross pergi ke pantai sebelah sana tu tapi kena minta permisi daripada tuan bot dulu. Karang dorang plak tercari-cari.
Selesai makan tengahhari, kita proceed pada pulau seterusnya iaitu Pulau Pom-Pom. Perut penuh ni harap2 tak de muntah tengah laut. On the way ke Pom-Pom tu driver bot melalui pada bahagian Mataking Kecil. Tempat ni seolah sama seperti Timba-timba Island, dimana korang boleh berjalan atas air yang bercantum diantara Mataking Besar dan Mataking Kecil.
Cuma Mataking Kecil ni tak boleh masuk kerana kawasan private. Tak tau sapa beli dan sapa punya, jadi driver bot hanya tunjuk kecantikkan pemandangan Illahi kepada hamba-Nya. Sunset kat sini mesti lawa giler. Boleh nangis dalam hati weh view dia ni.

Perjalanan diteruskan selama 20minit untuk ke Pulau Pom Pom. Pulau ini ada 3 resort tak silap saya dan harganya mampu tangkap leleh. Tapi kebanyakkan pakej akan berhenti lebih kurang 100meter dari pantai Pulau Pom Pom untuk sesi snorkeling.
Bang, boleh kata semua tempat yang berdekatan pulau-pulau ni boleh snorkeling. Tak perlu dah nak pergi mana, macam Mataking tadi, kalau bawak google terus boleh selam aje. Kat sini adalah last stop kami, jadi kita akan ambil masa yang lama untuk mandi manda, snorkeling pastu acara terjun laut.
Budak-budak ni memang seronok main air, kedalaman air lebih kurang 2 ke 3 meter, pasal kalau terjun tak dapat jejak dasar. Memang kena ada GoPro la. Bersepah-sepah ikan nemo dengan dory area sini. Ade juga Lion fish lepas tu tah ikan ape tah.
Macam saya cerita sebelum ni, dalam bot akan ada seorang helper yang akan jaga korang. Dorang akan bantu korang kalau penat nak balik ke bot atau kaki cramp nak teruskan berenang. Cuma tak leh berenang jauh dari bot lah. Budak2 ni pun diorang leh tengokkan.
Geng-geng abah apa lagi, bukak life jacket kita buat acara terjun dengan renang gaya bebas. Kalau tak pakai life jacket boleh, tapi kena pandai-pandai laa jaga diri yer. Cuma bezanya kalau tak pakai life jacket ni boleh menyelam sampai dasar nampak batu karang. Lagi banyak ikan-ikan dok celah tu. Syiok brada! Serius syiok.
Kat sini korang bleh lepak berapa lama asalkan tak cecah jam 4 petang. Pasal perjalanan balik akan mengambil masa lebih kurang 45minit untuk ke Jeti. Siap sedia kan kudap-kudap macam roti, cekedis, air kotak ke. Pasal bila dah nama berenang ni kompem lapar bro. Bohong la tak lapar.
Dalam perjalanan, terketar-ketar beb kena tiup dengan angin laut tambah bot yang sedang laju nak balk jeti. Elok ler bawak towel yang jenis quick-dry nak selimut budak-budak ni. Udah gigil-gigil dorang sampai tertido dalam bot.
Dah tiba di Jeti, facilities kat sini memang cukup rasa. Korang tak perlu jalan jauh untuk bilas balik air laut masin tu. Sampai jeti terus ada tandas dan tempat shower. Ade kedai-kedai minum air panas sementara nak tunggu kaum wanita siap. Harganya tak cekik pun, memang harga rakyat.
Secara overall, pulau sekitar Semporna ni adalah antara pulau-pulau terbaik dunia. Saya pernah ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Phi Phi Island, Monkey Bay Thailand - akan tetapi pulau Timba-Timba dengan Mataking ini tiada tandingannya.
Kalau orang cakap Maldives tu lawa, memang betul tapi korang kena pergi lebih jauh untuk ketemu pulau-pulau yang cantik dan ianya mencecah ribuan ringgit. Di sini, dengan modal RM500 per person korang dah boleh tengok salah satu syurga dunia yang Allah mahu hambanya mensyukuri nikmat tuhan.
Ianya memang indah, tidak terkata dengan perkataan, lebih baik datang sini dan nikmati keindahan alam ini. Tak tahu macam mana waktu senja kat sini, mau boleh tangkap nangis.
Best in the world.
This is Awesome bro...

Comments