Muhammad Nazril : Memasuki Alam Persekolahan Darjah 1

Muhammad Nazril : Memasuki Alam Persekolahan Darjah 1

Minggu lepas ibubapa mula kelam kabut dengan menghantar anak untuk persekolahan sesi 2020. Tak terlepas juga dengan kami, untuk pendaftaran buat pertama kali Nazril memasuki alam persekolahan kebangsaan untuk Darjah 1 tahun 2020.

Perasaan? Jujur dan gentle la bro memang parent yang lebih risaukan anak dan berdebor dari hari ke hari yang memikirkan anak masuk ke sekolah darjah 1 ni. Boleh kata sampai harini laa saya masih lagi nervous dok pikirkan anak sekolah ni.

Bila ditanyakan kenapa? Setiap anak mempunyai karenah dan perangai sendiri, anak kamu mungkin berdikari dari awal lagi, ada juga anak bleh uruskan diri sendiri, ada juga anak yang tidak dipedulikan oleh ibubapa dan ada juga anak yang terlebih manja. Nazril? Dia masuk kategori manja pasal dia yang tunggal.

Jadi masa sesi persekolahan pertama tu nangis sebak memang ada, itu pasti dan confirm pasal dia bukan takutkan sekolah, kerana dia nervous pasal ibubapa lain sedang kelam kabut sekitar dia dan menyebabkan dia jadi rimas. Lalu airmata mencucuri membasahi pipi dengan tangis sebak yang tidak berlagu. Kita sebagai parent tengok dia pun terus sama-sama sebak pulak. Aduhai anak.

Ini yang dinamakan panik attacking yang berlaku daripada pertukaran sekolah tadika kepada sekolah kebangsaan. Daripada sedikit menjadi sangat ramai. Daripada tenang menjadi riuh rendah. Tapi Tuhan itu Maha Adil, ada juga kawan-kawan Nazril yang bantu dan tenangkan beliau. Tapi sekejap aja laa pastu sambung sebak balik.

Bagi saya biarlah dia menangis, itu adalah satu memori untuk dia apabila dia besar kelak dan mempelajari sesuatu perkara untuk lebih berdikari. Mungkin pada awal ini dia merasakan kita sentiasa ada dengannya, tapi lambat laun kita tidak lagi bersamanya. Kehilangan yang disayangi itu pasti terjadi.

Pada hari kedua, Nazril dah mula cooldown, semangat nak ke sekolah sentiasa ada dan Alhamdulillah, ada seorang kawan baru yang setia untuk berkawan dengannya, nama ape tah panjang betul nama dia,panggil Ziyan aje.

Kawan-kawan tadika yang lain pun ada dan masih berkawan cuma mereka terpisah dengan kelas yang lain. Antara kawan yang setia berkawan dengan Nazril adalah Adam. Seorang budak periang dan peramah.

Kami sebagai ibubapa baru yang menghantar anak ke alam persekolahan sememangnya kelam kabut dan sentiasa risau dengan anak. Kat office tu macam selalu tak sabar nak balik nak borak dengan anak, nak tau dia makan apa, kawan dengan sapa... tak nak tau belajar apa pun pasal kita tau dorang ni datang sekolah nak main aje. Kalau belajar tu adalah bonus. Cukup sekadar dia minat dan suka untuk ke sekolah aje. 

Pada hari seterusnya Nazril dah mula bercerita pasal kawan dia, makan apa di kantin dan beli air di kantin. Satu perkembangan yang baik pasal ini adalah pengalaman yang berbeza dimana semasa tadika semuanya disediakan oleh cikgu tapi kali ini, anak-anak akan berdikari untuk menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah, syukur kerana dipermudahkan segala urusan.

Kita sebagai ibubapa tidak pernah putus untuk berdoa pada anak-anak semoga menjadi anak yang soleh, patuh agama, menghormati ibubapa dan berjaya dalam hidupnya.

Sedikit demi sedikit kita mula melalui proses kematangan anak dan berdoa agar dipanjangkan umur membesar bersama-sama. 

Amin.

This is Awesome son...





Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1