KB Brewster Coffee, Kota Bharu

KB Brewster Coffee, Kota Bharu

Cuti sekolah ni macam biasa balik kampung berkumpul untuk aktiviti anak-anak bersama atuk dan neneknya. Macam saya perkatakan baru-baru ni, cafe ala-ala hipster ni tumbuh dengan jayanya setelah mendapat perhatian dikalanga netizen yang ingin mencuba sesuatu yang lebih baharu berbanding kedia tradisional.

Perkara ni tak pelik, orang sentiasa berubah, tidak salah untuk mencuba sesuatu yang melanggar rutin harian kita yang kadang kala selalu makan benda yang sama. Yang menjadi salah tu pasal ko yang hari-hari makan kedai overbudget dan terlebih budget kocek ko untuk menampakkan penampilan ko lebih dari segalanya. 

Okay jangan membebel lama-lama, kali ini saya nak share salah satu kedai kopi yang baharu di kota Bharu iaitu KB Brewster Coffee yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. 

Saya tak pasti bila KB Brewster ni mula ditubuhkan tapi ianya tersenarai didalam KB best coffee in house. Jadi adalah menjadi salah satu rutin saya untuk rasa kopi arabica yang di brew wangi pada waktu petang.

Kali ni dating tanpa Nazril. Kita tinggal budak kecik tu dengan cousin dia bermain kat rumah. Maka dapat slot me time bersama isteri. Isteri saya tak minum kopi, dia minum chocolate sahaja. Tapi dia suka bau kopi.

Kedai ini agak kecil sedikit berbanding dengan saingannya Kopi Mesin. Dekorasi yang agak simple dan keadaan bahagian dalam kedai sedikit sempit. Mungkin empunya kedai kena susun balik kedudukan meja supaya orang yang beratur untuk mendapatkan minuman tidka berlanggar dengan orang yang sedang menikmati kopi ni.

Setelah membaca review sebelum ni, saya dapati menu premium KB Brewster ni adalah Kopi Beng yang dinamakan sebagai Signature Kopi Beng. Didalam menu terdapat 6 jenis kopi Beng ni terdiri daripada Kopi Beng Latte, Kopi Beng Black Coffee, Kopi Beng Mocha da macam macam lagi lah. 

Dari segi kopi yang lain ada juga macam Latte, Cappuccino, Americano atau Espresso. Ini adlaah menu wajib yang kena ada jika membuka sebuah kedai kopi. Yang lain-lain adalah menu tambahan sahaja. 

Tapi malangnya pada hari saya datang Kopi Beng tak boleh disediakan yang disebabkan mesin brew manual mereka under service. Aduhai! Jadi saya terpaksalah amik favorite all of time saya - Cappuccino. Wife saya pilih Chocolate Frappe. Harga untuk pilihan ini boleh rujuk pada gambar menu dibawah.

Dah dapat cappuccino, kita layan santai pada bahagan dalam kedai, nak lepak luar panas baik dok dalam aje. Cappucino dia saya rate 6/10 saja lah, kopi dia tak tahu lah macam dah lemau aje. Kalau nak banding kopi Famima Mart tu lagi okay kot.

Tapi anda disarankan untuk datang mencuba disini pasal kedia ini juga menyediakan menu seperti Spaghetti, Meatballs dan Pancakes. Boleh ler layan sambil borak-borak kat sini yer.

Jadi kalau nak datang roger abang dan belanja sekali!

This is Awesome bro...









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1