Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 4
Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 4
Hari ini adalah hari terakhir kami di Hong Kong, tak boleh duduk lama-lama nanti senak perut beb. Hahahaha... Pagi kami adalah bersiap sedia dengan sarapan pagi dan juga sedikit bekalan makanan untuk di Airport.
Proses check-out kami berjalan dengan lancar, tunggu hotel shuttle bus untuk ke Tsing Yi Airport Station. Sementara dok tunggu di Lobby tu, sempat la jugak pusing-pusing kejap apa yang ada di Lobby. Layan si Nazril bergambar pastu Umi dia plak bergambar.
Bila shuttle bus dah sampai, rupanya ramai pulak orang - nasib baik muat luggage besar kami depa sumbat kat dalam tu. Kalau idak takkan nak riba plak luggage besar kan.
Tiba di Tsing Yi Airport Station, topup Octopus Card dulu pasal balance dah ciput. Ticket fare adalah HKD65.00 dari Tsing Yi ke Airport. Tak jauh mana pun lebih kurang 20minit perjalanan non-stop.
Setelah sampai di Airport Station, kalau korang naik MAS, Cathay Pacific atau primary Airlines, korang perlu pergi ke Terminal 1 dan kalau korang naik AirAsia, JetStar atau HK Express korang kena pergi ke Terminal 2. Kedua-dua terminal ni bersebelahan sahaja, cuma kalau korang search restoran halal seperti Popeye tu, ianya terletak di Terminal 1.
Nasib baik kami buat bekalan sandwich untuk tapau sebelum naik flight. Proses drop luggage sememangnya efisyen skali. Cepat dan tangkas dilaksanakan oleh pekerja HK. Dah drop, barulah layan makan sandwich dah pusing-pusing sebelum masuk ke Security Check.
Kat luar ni ada 2 kedai Disneyland jika korang terlepas beli pada Disneyland HK. Rasa harga kat dalam airport ni lagi murah kot daripada Disneyland tu. Ade diskaun pulak pada barang-barang yang macam kitchen hardware dan barang stationery sekitar 20%-30%.
Ada satu kedai seakan Guardian, sila habiskan syiling HKD anda dikedai Guardian ni. Boleh beli coklat Kitkat, Sneakers atau M&M pasal ada logo halal. Air jangan beli nanti kena tuang di Security.
Kalau korang nak solat, bilik solat disediakan bersebelahan dengan Pacific Coffee, mereka menamakan Quiet Room dan kat dalam ni ada tempat wuduk. Bagus!
Kalau korang nak solat, bilik solat disediakan bersebelahan dengan Pacific Coffee, mereka menamakan Quiet Room dan kat dalam ni ada tempat wuduk. Bagus!
Settle habiskan syiling, terus masuk ke Pemeriksaan Beg dan Imigresen. Pasal dalam beg Nazril ada botol air dia (lupa nak tuang) so kami kena tuang air depan officer dia. Tapi saya sikit respect pasal officer dia Says Sorry to Nazril pasal kena tuang air dia. Siap bye bye lagi. Keep it up!
Dari Terminal 2 ni, korang kena perhatikan betul-betul Gate Penerbangan korang. Biasanya Airasia akan guna pintu 200-230. Jadi, kena naik Airport Train. Airport Train ni akan berhenti pada 1 station yang mana tempat gate ke 400-500. Sila perhatikan betul-betul signage mereka, jangan meluru keluar pasal nanti tersilap gate kena naik train dan jalan jauh. Tapi akan ada officer kat luar tu akan jerit station ni untuk Gate berapa ke berapa.
Gate kami adalah Gate 209, pada penghujung station. Bila dah sampai last terminal, jalan kaki naik escalator agak jauh. Sememangnya besar giler Terminal 2 ni walaupun untuk Low-Cost. Dulu time naik Terminal 1 pun jauh jugak jalannya, orang pun ramai...
Bila dah sampai terminal Gate 200-230 ni, tempat dia agak selesa dan sangat luas. Ada beberapa restaurant dan kedai serbaneka yang korang boleh beli lagi untuk last minute shopping. Saya tak pikir tu aje, saya pikir hanya nak rehat makan dan tidur.
Mujur flight tiba secara ontime. Orang dalam flight pun lebih kurang 75% dan tak ramai macam kami tiba baru ni.
Sepanjang didalam flight layan tidur, pekane nasi Lemak Pak Naser dan kopi 1 cawan.
Alhamdulillah, tiba di KLIA2 tepat jam 5:30petang. Cuaca sedikit berawan dan macam baru lepas hujan.
Secara keseluruhannya, seronok juga layan Nazril pergi Disneyland. Kalau tak ada Disneyland di HK mungkin kami tak sampai. Huhuhuhu... pasal HK adalah tempat trading dan business sahaja. Kalau korang nak tengok nature bleh naik atas lagi iaitu Korea atau Jepun.
InsyAllah next trip ke Nippon! Kuala Lumpur - Osaka - Kanazawa - Tokyo.
This is Awesome...
Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 4
Comments
Aturcara nya bagus. Terima kasih.
Salaam Adik,
Aturcara nya bagus. Terima kasih.
>> Terima kasih kerana membaca blog saya