Itinerary ke Hong Kong, 4 Hari 3 Malam
Itinerary ke Hong Kong, 4 Hari 3 Malam
- Flight Airasia AK134 berlepas jam 0840pagi dari KLIA2.
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsing Yi Airport
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsim Sha Tsui Station
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsing Yi Station
HongKong adalah salah satu tempat yang patut korang kunjungi selepas Singapore. Sistem pengurusan dan perancangan bandar yang teratur menyebabkan mudah untuk anda bersiar-siar disekitar Hongkong dan Kowloon lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil serta bersiar-siar di Disneyland Hong Kong.
Berikut adalah itinerary perjalanan saya serta budget selama 4 hari 3 malam dibawah RM4,000.00. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu.
Pada waktu entry ini ditulis, matawang 10 Hongkong Dollar (HKD) = RM5.17
Harga yang di'bold' adalah perbelanjaan saya. Saya convert siap-siap pada duit Malaysia supaya korang senang nak kira.
Tiket Penerbangan : RM2214.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak
Harga ini termasuk tiket penerbangan Airasia, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 50kg return. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
Harga yang di'bold' adalah perbelanjaan saya. Saya convert siap-siap pada duit Malaysia supaya korang senang nak kira.
Tiket Penerbangan : RM2214.00 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak
Harga ini termasuk tiket penerbangan Airasia, standard seat return, 1x makan return, dan luggage 50kg return. Tiket ini saya beli 1bulan sebelum tarkh penerbangan, korang mungkin akan mendapat lebih murah jika membeli dengan lebih awal.
Seminggu sebelum trip ke Hong Kong, saya membuat penempahan hotel iaitu Dorsett Hotel Tsuen Wan berharga RM847.00. Hotel booking ini saya menggunakan aplikasi Traveloka dengan redeem voucher Chinese New Year yang berharga RM88.00. Hotel ini terletak lebih kurang 30minit dari bandar Tsim Tsa Shui dan bertaraf 4 bintang.
Yang paling penting dan best, hotel ini menyediakan perkhidmatan Free Shuttle Bus dari hotel ke Station MTR Kwai Fong atau Bandar Tsim Sha Tsui atau Tsing Yi Airport Station. Ianya percuma, hanya perlu booking nama saja pada kaunter pertanyaan di lobby hotel. Malah hotel ini juga menawarkan portable hotspot untuk digunapakai oleh pengunjung hotel.
Saya membeli tiket Hong Kong Disneyland 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan menggunakan aplikasi Klook iaitu RM783.00. Pembelian ini juga menggunakan voucher Klook dengan potongan sebanyak RM88.00.
Pembelian seterusnya adalah The Peak Fast Lane Ticket untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak dengan aplikasi Klook iaitu RM117.00. Pembelian ini juga menggunakan voucher Klook dengan potongan sebanyak RM28.00.
Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :
1. Tiket Flight : RM2214.00
2. Hotel : RM847.00
3. HK Disneyland : RM783.00
4. The Peak : RM117.00
Total bayaran adalah RM3,961.00
Dibawah adalah itinerari perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket. Saya menggunakan Octopus Card yang telah ditambah nilai di Airport ketika Arrival. Oleh itu, tiada bayaran train pada semua perjalanan.
Day 1 : Kuala Lumpur - Tsuen Wan - Kowloon
- Flight Airasia AK134 berlepas jam 0840pagi dari KLIA2.
- Tiba di HongKong Airport pada jam 1230tghari.
- Membeli Octopus Card (HKD550.00 untuk 2dewasa dan 1kanak-kanak).
- Menaiki Airport Express Train ke Tai Wo Hau (Station berhampiran dengan hotel)
- Proses checkin.
- Solat dan makan tengahhari.
- Menuju ke Tsim Sha Tsui dengan menaiki Hotel Shuttle Bus melalui Kwai Fong MTR.
- Lepak santai di Avenue of Star dan Bell Tower.
- Dinner di Istanbul Kebab di belakang i-Square Tsim Sha Tsui. (HKD188.00)
- Balik ke Dorsett Hotel dengan Hotel Shuttle Bus.
Total of Day 1 : HKD738.00 (RM382.00)
Day 2 : Tsuen Wan - HongKong Disneyland
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsing Yi Airport
- Menuju ke HongKong Disneyland
- Disneyland 1 Day Tour
- Snack dan Air (HKD38.00)
- Balik ke Dorsett Hotel melalui MTR Kwai Fong
- Dinner di hotel.
Total of Day 3 : HKD38.00 (RM19.60)
Day 3 : Tsuen Wan - Kowloon - The Peak - City Center - Tsim Sha Tsui
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsim Sha Tsui Station
- Melawat Masjid Kowloon dan breakfast.
- Menuju ke The Peak melalui MTR Train ke Central
- Tram ride mendaki The Peak.
- Lunch di The Peak. Beli fries dan air di Burger King (HKD25.00)
- Turun dari The Peak dan menuju ke Toy Street Wan Chai.
- Shopping time di Toy Street.
- Menuju balik ke Central melalui HongKong Teamways.
- Lepak dan rehat di HK Obversation Wheel.
- Menaiki Ferry menuju ke Tsim Sha Tsui.
- Tambah nilai Octopus Card (HKD150.00)
- Shopping time di Ladies Market
- Balik ke Dorsett Hotel melalui MTR Kwai Fong.
- Dinner di hotel.
Total of Day 3 : HKD175.00 (RM90.70)
Day 4 : Tsuen Wan - Airport
- Menaiki Hotel Shuttle Bus ke Tsing Yi Station
- Menaiki Airport Express Train menuju ke Airport HongKong
- Flight balik AK135 pada jam 1315pm
Ikuti perjalanan saya ke Hong Kong 4 Hari 3 Malam
This is Awesome!
Comments