Nasi Kerabu Sungai Golok, Sungai Sekamat
Nasi Kerabu Sungai Golok, Sungai Sekamat
[Update : Kedai ini telah berpindah ke tempat lain]
Pagi jumaat yang indah ni saya lebih gemar untuk bersarapan secara heavy untuk menampung perut sehingga solat jumaat. Jadi pilihan saya kali ini adalah untuk menyantap dengan menu Nasi Dagang Ayam Gulai.
Satu tempat ditetapkan yang boleh dijadikan seperjalanan untuk menuju ke office iaitu kedai Nasi Kerabu Sungai Golok yang terletak berhampiran dengan Masjid Sungai Sekamat Kajang. Landmark dia senang ajer, korang mapping Waze atau google maps korang tu dengan carian Shell Taman Delima Cheras. Dah sampai kat Shell tu korang boleh nampak banner kedai Nasi Kerabu Sungai Golok seberang jalan tu, sebelah ajer kedai motor.
Saya kenal kedai ini sebagai Meksu Nasi Kerabu yang pada tika itu beroperasi secara tumpangan di Doll TomYam dekat Sungai Sekamat juga. Cuma owner dah pindah kedai baru tak jauh dari tapak asal.
Menu Meksu ni tepat dan padu pada pilihan saya, dan kalau korang nak cuba nasi dagang atau nasi kerabu boleh ler datang kesini yer. Kalau datang tu, seat sedikit terhad dan kalau tak dapat seat boleh ler tapau makan kat rumah panas-panas. Kalau menu pagi tu ade nasi belauk ikan - ayam, nasi dagang, nasi komok, kuih muih Kelantan.
Difahamkan oleh owner Meksu - Kaksu kedai beliau beroperasi sehingga malam dengan menu masakan siam pada petang hingga malam. Menu ini saya belum cuba lagi pasal selalu datang waktu makan pagi ajer. Itu pon orang ramai bro kalau pagi, nak duduk tu kena kongsi-kongsi table. Untung badan dapat semeja dengan awek, lama la nak bangun yer.
Esok hari sabtu, elok ler kalau nak datang tu. Bawak skali anak beranak nanti dia bukak ler meja kalau orang ramai sangat tu.
Comments