Lego Time : Millennium Falcon 75105
Lego Time : Millennium Falcon 75105
Sambil dok tengah boring tu, saya beli Lego Model Millennium Falcon 75105. Sebenarnya, model Star Wars Millenium Falcon ada banyak model dan version dari tahun sehinggalah pieces-nya.
Untuk model 75105 ni, boleh dikatakan level mid-expert (ages 9-14 years old) iaitu merangkumi sebanyak 1300+ pieces. Ada juga sebuah model Lego UCS iaitu untuk super expert yang mempunyai sebanyak 7500+ pieces, ages pula 16+. Harganya pula mencecah USD799. Perghhhh giler.
Tak pasti ianya trend atau hobby baru yang datang secara menyusul. Saya dah lama tengok produk Lego terutama ketika berjalan menghabiskan masa di IOI City Mall Putrajaya. Dalam tu terdapat sebuah Lego Store yang menjual produk-produk Lego baharu serta terdapatnya versi Lego Expert serta Lego Technic.
Penggunaan mahupun permainan Lego ini telah dibuat beberapa kategori dari peringkat anak kecil sehingga la tua pencen. Malah ada beberapa versi kategori Lego yang bersesuaian dengan peringkat umur. Level Expert adalah yang terbaik untuk umur 16-99 tahun. Dalam Lego Store tu ada terdapat beberapa display yang telah mereka bikin seperti London Bus, Sydney Opera serta Disney Castle. Harganya memang mampu membunuh wang gaji malah rasanya seperti tidak munasabah.
Hobby saya tidak mahal seperti abang-abang brader yang lain. Hanya sekadar hobby biasa untuk anak-anak sekali. Ada alternatif lain untuk mendapatkan Lego yang 99.99% sama dengan Lego ini. Maka saya membeli dengan produk yang lain.
Millennium Falcon ini menjadi pilihan saya kerana ianya adalah icon kepada Filem Star Wars dan iaya tidak terlalu besar untuk dijadikan bahan koleksi. Walaubagaimanapun, oleh kerana ianya model 75105 maka ianya tidak begitu details seperti mana model UCS Millennium Falcon tu.
Saya mengambil masa lebih kurang 5jam untuk membina Millennium Falcon 75105 ini dengan 2 manpower. Kalau buat sorang mungkin satu hari suntuk habis. Model sebelum ini yang pernah saya bina adalah London Bus. Ianya sedikit rumit kerana banyak aksesori kecil yang memperlahankan kerja sorting anda.
Tapi saya rasanya ianya agak berbaloi untuk dicuba bersama keluarga. Setakat ini, mungkin segelintir daripada anda berasa ianya seperti aktiviti kebudak-budakkan, tapi ianya berbaloi untuk cuba bersama anak kecik. Selamat mencuba dan maju jaya.
This is Awesome bro...

Comments