Amsterdam, Netherlands - Part 1

Amsterdam, Netherlands

Pada tika saya menjejak kai di Schiphol Airport, suasana airport ini agak sibuk yang ketara. Bagi saya Schiphol Airport lebih kurang seperti KLIA cuma ramai manusia dari pelbagai negara tapi tidak seramai Dubai International Airport. Selepas keluar dari kapal terbang Emirates, pemeriksaan imigresen sedikit perlahan kerana kaunter yang tidak banyak. Untung pada pemegang passport Eropah yang mempunyai akses e-passport checking yang sememangnya pantas.




Jika anda travel dengan rakan anda yang sama jenis jantina, elakkan untuk membuat lawak bodoh dengan pegawai pemeriksa passport kerana mereka tidak sukakan lawak hambar dari anda. Sebelum bertolak, saya telah sediakan itinerari perjalanan saya, saya print kesemua booking AirBnb / hotel serta booking sewa kereta dan seperti diduga, pegawai ini meminta kesemua dokumen saya temasuk tiket balik. Normal tu beb, kalau datang 4 orang macam ni kompen depa ingat kita nak masuk cari kerja dan menduduki tanpa permit yang sah.

Alhamdulillah, tiada yang lebih indah bila mendengar bunyi chop stamping dan perkataan Welcome to Amsterdam! Have a nice day Sir!

Menyusuri laluan, pickup luggage dan terus keluar dari Arrival Halls. Disini, suasana menjadi lebih kelam kabut. Ramai manusia jalan laju, yang berselfie malah yang berpusing tak tentu arah. Di dalam airport ini seperti sebuah station keretapi central yang mana orang kesemuanya berpusu untuk ke platform ke destinasi masing-masing. 


Ahaa.... di dalam airport ni, kesemua mesin jualan tiket tidak menggunakan cash. Jadi korang kena beli tiket samada dengan menggunakan kad kredit atau pun debit kad. Jika korang tak ada kesemua tu xpe, follow signage Arrival Hall 3-4 dan kat situ akan ada kaunter jualan tiket train. Oleh kerana saya memandu, jadi saya hanya membeli tiket menuju ke Amsterdam Central sahaja dan jika korang nak tahu, Amsterdam ada banyak jenis tiket combo untuk kegunaan 1 Day, 2 Day atau 3 Day. 

Harga tiket dari Schiphol ke Central adalah berharga Euro4.20. Disini, jangan malu bertanya walaupun english broken. Tanya aje pakguard yang dok kat platform dan beliau akan bersungguh sungguh untuk menunjukkan pada anda dimana anda patut tunggu keretapi anda. Terbaik.




Perjalanan train memakan masa lebih kurang 25minit tanpa henti. Sekali lagi, bila tiba di Amsterdam Central, sememangnya ramai manusia malah ramai juga manusia yang menolak basikal yang keluar masuk kedalam train. Kami yang masih pening-pening ni agak kelam kabut dibuatnya dengan luggage yang banyak dan mata yang sedang membaca papantanda.

Tips mudah, follow saja crowded dan bila nampak petugas silalah bertanya. Pada awalnya kami mahu bersiar-siar sekitar Kota Amsterdam, tapi oleh kerana kami tak mahu belaku jet-lag, jadi kami hanya memilih untuk check-in lebih awal ke rumah di Koog an de Zaan.




Sekali lagi kami terpaksa membeli tiket untuk ke Koog ann de Zaan di kaunter. Malas lagi nak guna kredit kad / debit kad ada awal perjalanan. Maka, masing-masing beli tiket sendiri dulu.

Guesthouse saya telah tempah siap-siap dan lokasinya tidak jauh dari Kota Amsterdam. Google Maps digunakan untuk menentukan arah platform kami dan station mana yang kami bakal lalui. Percayalah pada Google Maps dan bukan pada Waze.

Menaiki train pada platform 17A dan menuju ke Koog an de Zaan. Train ini akan berhenti di station besar juga iaitu di Amsterdam Sloterdijk - Zaandam dan koog an de Zaan. Tak jauh mana pun hanya 11minit saja dalam train.

Pertama kali menjejak kaki di bumi Eropah, pada tiba di Koog ann de Zaan sememangnya agak cantik kerana musim luruh. Daun daun keemasan yang berguguran menambahkan lagi suasana yang tenang dan damai serta susunan ratusan basikal yang parking di tepi station. Kalau di KL, parking kereta akan memenuhi kawasan ini.







Dengan bebanan beg makanan serta barang peribadi, kami tarik beg berjalan kaki lebih kurang 500meter untuk ke guesthouse. Saya telah memaklumkan tuan rumah untuk check-in awal dan beliau bersetuju kerana tiada tetamu pada hari semalam. Kami membuat singgahan sekejap di pasaraya Koop untuk membeli sedikit bahan mentah seperti udang, sotong, air mineral, telur dan juga minyak masak. Seriusly, harga barangan kat sini agak murah wey... memang nangis rasa macam nak beli semuanya. Tapi jangan convert harga dengan Malaysia. Saya boleh katakan, jika seorang pekerja stor yang gaji 1,500Euro pon boleh survive di bandar hebat ini kerana ekonomi yang seimbang dengan taraf hidup.



Selesai membuat bayaran, saya sebagai pemegang duit collection membayar untuk belian barangan runcit. Kami terus menuju ke guesthouse dan tuan rumah menyambut kami dengan mesra.

Roel si Tuan Rumah

Mr Roel ni saya kenal dalam AirBnb aje. Beliau adalah seorang pegawai yang berkerja untuk power station Netherlands, lebih kurang macam TNB di Malaysia. Ironinya, kita sebagai orang Asia dan Malaysia, kita akan membuka kasut didalam rumah dan beliau perlihatkan gelagat kami dan beliau cakap ianya tidak pelik dan satu budaya yang bagus untuk kebersihan rumah. Maka, beliau pun bukak kasut jugak.

Dalam masa ini, Mr Roel menerangkan mengenai kemudahan rumah yang kami boleh guna, peralatan dapur, kegunaan tandas, pencegahan kebakaran serta cara penggunaan TV. Beb di Amsterdam, saluran TV mereka lebih kurang Astro, cuma kalau datang dengan anak-anak kena berhati-hati pasal ada beberapa channel tu untuk Adult Channel. Ya tiada kompromi dan tiada tapisan dan tiada sekatan. Huhuhuhu... free show.

Selepas penerangan, Mr. Roel menunjukkan beberapa risalah mengenai tempat menarik di Amsterdam dan beberapa kupon yang boleh digunapakai. The Chef memulakan tugas untuk memasak makan malam dan pastinya kami sedang berlapar. Sementara itu, kopi dihidangkan sementara menunggu masakan makan malam sambil menikmati suasana sejuk dan harmoni ini dengan hujan renyai.

Rumah yang saya duduki ini agak berbaloi kerana lokasi dan keluasan rumah. Rumah ini mempunyai 3 tingkat, dibawahnya ruang tamu besar dan dapur, tingkat 2 mempunyi 2 bilik tetamu dan 1 tandas manakala tingkat 3, 1 bilik kepunyaan tuan rumah (tapi beliau tak duduk situ pun) dan 1 bilik untuk dobi baju. Agak berbaloi untuk datang tinggal disini bersama keluarga cuma AirBnb memgamalkan polisi bayaran ikut kepala dan bukan ikut suka hati kamu. Kalau tempat kita, kita menyewa guesthouse dengan kadar bayaran bilik atau satu rumah. Tetapi di negara asing, mereka agak strict dengan jumlah orang. 

Jika anda booking untuk 4 orang tapi datang 6 orang maka, tuan rumah akan kenakan charge terus kepada anda dan beliau ada hak untuk memaklumkan pada AirBnb bahawa anda telah melanggar polisi. Adalah lebih baik untuk korang jangan menipu jumlah orang yang tinggal dirumah dan jika kantoi, teruk korang kena bayar dengan tuan rumah. Play safe, happy journey. 

Kami menjamu selera hasil masakan The Chef, rehat santai, solat jamak qasar dan lepak berborak. Sememangnya pada hari pertama tiba di Europe semuanya tidur awal kerana badan masih follow waktu Malaysia. Tapi pukul 3pagi dah celik mata pun kerana Malaysia dah pukul 9.00pagi time tu. Nasib baik kesemua team kami sihat tanpa ada demam dan muntah jet-lag. Alhamdulillah



Sambung pada Amsterdam, Netherlands - Part 2

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1