Zermatt, Switzerland

Zermatt, Switzerland

Sebelum melawat negara Switzerland (Swiss), saya telah membuat sedikit research mengenai tempat yang menarik dengan kos yang berpatutan untuk di kunjungi di Swiss. Ini kerana, negara Swiss boleh dikatakan segalanya mahal (jika convert matawang kita) dan mempunyai terlalu banyak pilihan tempat perlancongan yang ditawarkan sehinggakan anda boleh pening nak gi yang mana satu. Apa yang penting hanya berbawa duit saja.

Zermatt adalah salah satu tempat yang saya kunjungi selepas saya mendapat tahu daripada Facebook Rarecation Saiful Nang. Tempat ini boleh adalah sebuah pekan yang berada dikaki gunung Matterhorn dan kereta orang awam tidak dibenarkan masuk (car free village). Hanya teksi seperti buggy car dan kenderaan elektrik sahaja dibenarkan melalui kawasan ini. Sesetengah orang memanggil syurga dunia dan saya sendiri berkata di dalam hati saya ini, jika ini yang dikatakan serpihan syurga, bagaimanakah hebatnya suasana Syurga Illahi...


Saya memulakan perjalanan dari Lucerne dan memandu membelah kabus tebal dengan melalui jalan bukit di Kandersteg berhampiran dengan Spiez. Kalau korang tengok dalam google maps, jalan yang menuju ke Zermatt ini sememangnya mencabar, salah satunya akan melintas banjaran Alps dan sesetengah jalannya mempunyai pemindahan kereta samada menaiki feri ataupun keretapi. 

Perjalanan saya perlu berhenti di station Kandersteg untuk menaiki keretapi pengangkut yang akan membawa kereta anda melintasi gunung dibawah tanah. Harga tiket untuk sebuah kereta adalah CHF27.00 (RM115.00) sehala, berapa orang dalam kereta depa tak kira. Ketika didalam train, pemandu dikehendaki menukarkan siaran radio pada rekuansi tertentu untuk perhubungan serta informasi semasa perjalanan, hampir keseluruhan perjalanan sememangnya gelap gelita ketika melintasi terowong itu. 



Saya tiba di Goppenstein iaitu station yang perlu anda bawak kereta keluar dari perut kereta api. Meneruskan perjalanan menuju ke Tasch dengan berbekalkan Google Maps. Tiada yang lebih indah selain memiliki data internet local serta sebuah telefon yang berkemampuan menunjukkan peta jalan.

Apabila tiba di Tasch, jalanraya akan mati disini dan pemandu perlu parking kereta di kawasan yang disediakan. Walaupun saya tiba seawal pagi, banyak juga kereta yang telah bermalam disini yang mungkin mereka menuju ke Zermatt atau mana-mana gunung ski. Suhu pada tika ini 1Celsius dan musim ketika saya datang itu hanya musim luruh sahaja.


Pada kiri dan kanan terminal parking Tasch ini dikelilingi oleh gunung yang besar dan uniknya terdapat beberapa rumah dan penduduk di sekitar gunung yang tinggi tu. Macam-macam persoalan dari rakan travel mengenai rumah penduduk atas gunung tu, apa mereka tak gayat ke? Punya banyak tanah kat bawah ni nak duduk atas gunung jugak. Memang ada jalan raya tapi tak rasa leceh ker nak layan kona tiap-tiap hari? Memang bro.. banyak gila soalan yang cuba dilontarkan ketika pertama kali tiba di Zermatt.

Dari Tasch, kami perlu menaiki train untuk ke kampung Zermatt, harganya untuk dua hala adalah CHF16.40 (RM67.50). Huhuhu ini adalah satu station sahaja, sememangnya senak perut beb kalau datang ke Swiss ni. Menaiki train hanya memakan masa 10minit sahaja, last station sememangnya Zermatt kerana anda beli tiket berharga CHF16.40 aje... kalau beli lagi mahal boleh sambung lagi pergi ke kaki gunung Matterhorn. 




Keluar sahaja dari station Zermatt kami semua bagaikan terpaku, terpaku dengan keindahan pekan yang berlatar belakang gunung Matterhorn. Berdirinya gunung Matterhorn adalah simbolik dan tanda mercu kawasan Zermatt dan jika korang perasan, logo coklat Toblerone menggunakan simbol gunung Matterhorn ini. 

Kawasan perumahan, hotel dan peruncitan sememangnya sangat bersih. Tiada kereta berpertol berada disini melainkan teksi buggy serta kereta mini elektrik yang memenuhi kawasan hotel dan rumah. Zermatt sememangnya adalah kawasan perlancong dan kita akan selalu tersempak dengan orang yang bersiap untuk bermain ski dari pekan ini. Ada beberapa pakej ditawarkan untuk bermain ski serta menaiki beberapa puncak gunung. Tapi saya tak tahulah berada Swiss bayarannya, bayar tiket train 1 station pon dah kena CHF16.40.

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Saya hanya memilih untuk bersiar-siar dan berjalan kaki di kawasan kampung seperti seorang ketua kampung yang berjaya sambil menjimatkan duit kocek saya ini. Suasana sejuk 1Celsius membuatkan nafas semakin kecil ketika mendaki tangga menuju ke kawasan tinggi di pinggir kampung ini . Ternyata hasrat tak dicapai kerana perjalannya seolah tiada penghujung. Jadi elok saya berhenti pada berenda hotel untuk bergambar dengan permandangan Zermatt yang hebat ini.





Ketika menuruni kembali ke pekan Zermatt, kami memilih untuk minum kopi sebelum meronda didalam pekan. Terdapat banyak restoran dan kedai kopi dikawasan ini dan hasil risikan saya, hanya ada 1 sahaja kedai kebab yang Halal dijual di Zermatt tapi malangnya ianya masih lagi tutup pada awal pagi. Maka oleh itu kami kunjungi kedai pastry dengan order kopi kosong sahaja.

Lepak dan santai gigil dengan suhu sejuk berangin membuatkan kopi yang panas hanya bertahan 5minit sahaja. Saya terpaksa minum dengan cepat dan habiskan kopi saya ini sebelum angin gunung Matterhorn turun menyejukkan kopi. Sempat juga bergambar dengan pelayan kedai kopi ni.. macam rileks ajer dia tak rase sejuk. Katanya this is our summer.. Dem!



Habis secawan kopi, kami terus melangkah untuk meronda kawasan pekan Zermatt. Ternyata lagi terbukti pekan ini sememangnya bersih dan lengkap segalanya. Penduduk asal dan pengunjung tidak perlu keluar dari pekan untuk mendapatkan bekalan makanan mahupun barangan kelengkapan. Sekolah, gereja, swimming class, kedai runcit, macam-maca kedai semuanya ada disini. Mungkin untuk dapatkan stok barangan halal sedikit sukar. 







Pada tengahhari, kami terpaksa pulang menuju ke tempat lain setelah menikmati kawasan indah ini. Saya sendiri tidak pasti adakah saya akan menjejak kaki lagi kesini? Tiada yang lebih indah dari kenangan serta pengalaman jalan kaki di Zermatt.

Menaiki train balik ke menuju ke Tasch, mengambil kereta serta menuju ke Interlaken Lake.

Pengalaman ke Zermatt sememangnya tidak saya lupakan. Beberapa bulan saya menyelidik akses jalan raya untuk kesini dan hasilnya saya sungguh berpuashati. Sangat indah ciptaan Illahi di muka bumi ini. Sayu dan kecilnya hati ini untuk melihat syurga Allah.

This is Awesome dude.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1