Hedwig Books & Cafe, Kota Bharu

Hedwig Books & Cafe, Kota Bharu

Kalau korang follow journey filem bersiri Harry Potter, pastinya kamu tahu apakah itu Hedwig. Hedwig adalah nama kepada seekor burung hantu utusan surat yang dihadiahkan oleh Hagrid kepada Harry Potter pada slot filem pertama Harry Potter. Dalam entry kali ini, saya bukanlah nak bercerita mengenai kisah Harry Potter walaupun saya salah seorang follower Journey Harry Potter, akan tetapi perihal sebuah cafe yang diberi nama Hedwig di Kota Bharu Kelantan.

Ya anda pasti tidak percaya, cafe ini dinamakan Hedwig Books & Cafe yang terletak di Kubang Kerian yang tidak jauh dari pusat bandar Kota Bharu. Saya tak pasti mengapa owner menamakan cafe awesome ini kepada Hedwig. Mungkin beliau juga seorang die hard fan HP. 


Menariknya, cafe ini telah tular di dalam beberapa website Malaysia serta Singapore mengenai tema dekorasi berkonsepkan Harry Potter. Pihak pengurusan Hedwig juga telah memaklumkan bahawa cafe mereka bukan bernaungan dibawah Syarikat Warner Bros seperti berikut - "Disclaimer: We are not associated nor related to Warner Bros. We just a small book cafe means to encourage reading habits. All is welcome here."

Saya mengunjungi cafe Hedwig ini ketika balik kampung minggu lepas. Cafe mereka terletak pada tingkat 1 berhadapan dengan traffic light Hospital USM Kubang Kerian. Sebuah kawasan yang strategik untuk membuka cafe membaca yang mungkin untuk menggalakkan para pelajar USM untuk datang. 

Pada tangga, mereka telah menghiaskan logo-logo rumah di Hogwart School seperti Gryffindor,  Hufflepuff, Slytherin, dan Ravenclaw. Cafe ini tidak begitu besar akan tetapi ianya selesa untuk berehat santai untuk membaca atau menyiapkan tugasan pera pelajar. Pada pintu masuk tersedia meja untuk membeli kopi serta pilihan makanan yang terdapat didalam menu. 

Saya tidak membeli makanan pada waktu itu kerana saya perlu makan malam dirumah, maka saya hanya memesan Cappuccino serta Coklat Ais. Walaubagaimanapun, jika korang lapar korang boleh memesan pizza, pastry serta cupcake bertema Hogwarts House. Awesome!

Menariknya, didalam cafe ini mereka membuat dekorasi serta hiasan dinding dengan logo Hogwarts School, Platform 9 3/4, pakaian costume untuk pengujung bergambar seakan Harry Potter serta ada section rak buku yang bertimbun-timbun untuk dibaca. Kalau yang datang tu sememangnya jarang orang nak membaca ni tapi lebih kepada bergambar dengan costume Hogwart School dengan Albus Wand (magis stick)

Tak lama pun saya lepak kat cafe ini, hanya pekena cappucino serta tengok gelagat orang yang dok bergambar, habis dorang bergambar turn saya dengan bini saya plak posing... aaa korang tunggu ler plak. Ngam time tu dah tak der orang nak amik gambar. 

Apa pun, ianya adalah berbaloi untuk datang kesini lagi. Salah satu jejak sebelum ke Harry Potter Wizard Universal Studio Japan. Pastikan kalau datang dengan girlfriend tu jaga-jaga sikit mata... abang dah merasa... huhuhuhu...

This is Awesome bro...









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1