Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka
Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka
Dah lama saya tak upload pasal makan, ni baru nak upload pasal ada orang tanya dah tak review tempat makan best ke skang ni? Maka oleh itu saya gagahkan juga upload satu lagi tempat makan pagi best di Melaka iaitu Gerai Roti Selimut Pak Ali di Ayer Keroh.
Saya tak pasti mengapa nama gerai ni dinamakan Roti Selimut Pak Ali. Gerai ini terletak di RnR Lebuhraya AMJ dan bersebelahan dengan pintu gerbang bandar Melaka. Kalau korang dari exit tol Ayer Keroh, korang perlu melepasi pintu gerbang dan buat u-turn dimana-mana laluan dan terus menuju ke RnR. Landmark dia dekat dengan Jabatan Kastam. Kalau tak jumpa jugak korang Waze atau Google sendiri ajer la.
Menariknya gerai Pak Ali ni mereka ada menu special iaitu Roti Selimut dan Roti Welding yang saya jamin kalau korang order sekeping kompem boleh kenyang sampai tengahhari. Roti Welding ni hasil daripada roti kosong, ada sardin dan telur manakala Roti Selimut pulak ada tambahan cheese. Cheese ni yang bikin jahat.. boleh rebah orang kalau makan 2 bijik.
Harga untuk roti selimut adalah RM5.00 dan roti welding pulak RM4.00, lepas ni korang jangan tanya saya kenapa dia namakan selimut dengan welding ni. Korang pergi kedai, lepas tu korang tanya sendiri. Tokey dia rasanya orang yang mencanai roti. Kalau datang pukul 9 keatas kompem kena tunggu table, sebab tu takdan nak tanya mana dapat nama roti selimut.
Tapi apa-apa pun memang terbaik Roti Welding Pak Ali ni. Dah jadi menu wajib saya jika ke Melaka seawal pagi ni.
This is Awesome bro!
Comments