Project Shinkansen - Isetan, The Japan Store Kuala Lumpur
Project Shinkansen - Isetan, The Japan Store Kuala Lumpur
Sejajar dengan pembentangan budget Malaysia untuk tahun 2018, ada tika terdapat beberapa pameran serta event galleria mengenai pembangunan Malaysia untuk kesedaran rakyat betapa banyaknya duit Malaysia dilobi dan juga dihabiskan.
Salah satu projek mega Malaysia adalah High Speed Rail KL-Singapore (HSR), yang kini masih lagi dalam proses tender serta perbincangan diantara beberapa negara yang ingin menjadi champion dalam projek ini. Antara negara yang ingin menjadi rakan kongsi serta pembekal adalah China, Korea serta Jepun. Projek ini akan menghubungkan bandar Kuala Lumpur dan Singapore dengan perjalanan selama 90minit sahaja dengan beberapa perhentian. Hebat bukan?
Projek mega ini telah diberi ilham oleh Tun Mahathir pada tahun 1990 akan tetapi ianya gagal disebabkan kos dan kemelot ekonomi Malaysia yang bertungkus lumus untuk tidak berhutang pada kadar yang tinggi. 2 tahun lalu PM Najib meluluskan budget projek HSR ini dengan harga 22Billion pada tahun 2015. Angka semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Ketiga-tiga negara ini telah bertungkus lumus untuk memastikan projek HSR dimiliki oleh syarikat mereka dan salah satu tarikan yang mereka buat adalah pameran kejuruteraan serta kecanggihan keretapi laju dan juga promosi perlancongan ke negera mereka.
Jika anda ke Lot 10, jangan lupa untuk singgah di Isetan, The Japan Store kerana didalam ini terdapat satu pameran dari jepun iaitu Project Shinkansen. Project Shinkansen adalah pameran pendedahan mengenai teknologi keretapi laju di negara Jepun dengan kemasukkan secara percuma.
Saya membawa si Nazril kesini pada baru-baru ini untuk melihat pameran miniature yang dihasilkan oleh pasukan Kato Japan serta gandingan bersama Kelab Miniature Malaysia. Pameran Shinkasen ini mempunyai beberapa train miniature jenis Japan Railway (JR) serta Shinkansen milik JR Company. Walaupun pameran bersaiz tidak besar, tapi ianya mampu membuatkan Nazril bergelut untuk balik dan keluar dari Isetan. Hasil daripada ini, terpaksa dipancing dengan mainan lain. Maka sila berwasapada membawa anak kecil.
Mereka membuat sebuah bandar yang terdapat station besar dan juga station kecil. Ada 3 jenis Shinkansen iaitu Tohoku E5 E7, Hayabusa dan Yamagata Series. Ada juga JR Cargo Train serta JR Train. Dalam miniature ini, mereka bina sebuah pantai kecil, kawasan pokok sakura serta station besar seperti di Tokyo.
Melihat pameran ini seakan mengingatkan saya ketika mengunjungi Miniatur Wunderland di Hamburg bulan lalu. Seperti yang saya katakan tadi, walaupun bersaiz kecil, tapi kesemua keretapi ini dikawal sepenuhnya elektronik dan sistem komputer. akan terdapat beberapa petugas dari Kelab Miniature Malaysia yang akan menerangkan serba sedikit Project Shinkasen ini. Tahniah brader!
Selain daripada melihat pameran Project Shinkansen, korang boleh naik ke tingkat 3 kalau tak silap dimana terdapat area yang dinamakan The Cube. Kat sini adalah kawasan jualan mainan kanak-kanak seperti produk Tomy Tomica, Tomy Plarail dan juga Lego. Ada display Plarail bersaiz kecil dan mereka membenarkan kanak-kanak bermain dengan model ini. Awesome! Sebelah dari mainan kanak-kanak ni ada sebuah cafe kopi yang mana korang boleh lepak santai sambil memerhatikan anak. Hebat!
Pada bulan Feb dan Mac baru ini ada juga pameran Project Shinkansen yang berlangsung kat sini, tapi malangnya saya tak berkesempatan nak pergi. Time tu depa guna model keretapi jenis Plarail.
Pameran Project Shinkansen ni tak lama pon, kalau tak silap saya 1 bulan dari tarikh mereka rasmi. Maka perlu datang cepat-cepat, dan kalau datang pada hari minggu dapat goodies dari Shinkansen! Best beb!
This is Awesome guys!
Comments