Flight Review : Emirates Economy Class
Flight Review : Emirates Economy Class
Bulan lalu saya membuat kembara ke Europe selama 12 hari dengan terbang bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia iaitu Emirates. Mengapa saya memilih Emirates? Ini kerana ejen pencarian tiket murah Kayak.com saya memaparkan harga yang mampu milik. Tak pastilah kalau kamu menggunakan ejen carian yang lain pula tapi bagi saya Kayak.com adalah yang terbaik.
Saya tidak membeli tiket menggunakan kayak.com, akan tetapi ianya hanya sebuah ejen carian sahaja. Jadi bila saya dapat sebut harga tiket yang dibawah RM2,500 maka saya akan memasuki website airline tersebut untuk membeli sebenar. Nanti saya share bersama anda tips untuk membeli tiket serta carian tiket murah ke mana-mana destinasi.
Tiket yang saya dapat dari Emirates adalah berharga RM2,348.00 pergi dan balik kelas ekonomi. Penerbangan ini mempunyai connecting flight dimana penerbangan dari KL akan transit di Dubai dan ke Amsterdam. Pada masa tu saya telah silap memilih tiket untuk transit selama 3-4 jam sahaja dan menjadi kerugian kerana saya tidak sempat untuk keluar dari Airport Dubai untuk melawat sekitar bandar Dubai secara percuma.
Jika korang beli tiket Emirates, anda akan dapat free visa yang membenarkan anda berjalan-jalan di Dubai serta Abu Dhabi. Ianya bergantung pada berapa jam transit anda di airport, paling minima adalah 6 jam. Jika anda transit 6 jam keatas maka anda mempunyai masa yang cukup untuk ke Dubai dan lepak di Burj Khalifa.
Penerbangan Emirates boleh dikatakan penerbangan yang terbaik didunia dan pada tahun 2017, Emirates telah jatuh ranking ke tempat ke-empat. Untungnya saya, semua penerbangan saya ini menggunakan kapal terbang jenis Airbus A380. Sebuah kapal terbang komersil 2 tingkat paling besar setakat ini. Tiket ini adalah tiket paling murah (Super Saver Special) dimana saya tak boleh pilih seat dan diberi luggage sebanyak 20kg sahaja.
Walaupun saya duduk di kerusi kelas ekonomi, tapi layanan serta entertainment adalah terbaik setakat ini. Kesemua penerbangan diberi makanan sebanyak 2 kali, 1 snack dan 1 main course. Dari segi minuman tak payah cerita, korang boleh minta selagi korang nak dan korang juga boleh minta instant noodle jika perut korang tak reti duduk diam pada bila bila masa. Kesemua makanan yang dihidangkan adalah makanan halal.
Pada ruang tempat duduk, susunan seat untuk kapal terbang jenis Airbus A380 adalah 3-4-3. Ruang letak kaki agak luas sehinggakan saya boleh menyilangkan kaki saya tanpa terlanggar pada seat hadapan. Kerusi kelas ekonomi ini juga boleh diturunkan lebih banyak daripada MAS dan selesa untuk tidur berdengkur. Bantal dan selimut telah disediakan sewaktu memasuki perut pesawat.
Bercerita mengenai in-flight entertaiment, pesawat Emirates adalah Awesome bro. Ini kerana, sistem In flight Entertainment (IFE) atau dikenali sebagai ICE mempunyai lebih kurang 2,000 slot movie dan drama untuk penumpang tontoni. Tidak kurang juga ianya mempunyai live broadcast radio serta berita dari serata dunia. Jika korang bukan kaki tidor dalam flight, memang tak akan bosan dengan movie yang mereka ada. Cerita melayu pun ada beb, kaki drama korea kompem tak tidur!
Agak-agak bosan sangat, Emirates menawarkan wifi percuma pada setiap penumpang dengan kadar size 20mb sahaja, nak lebih dari tu kena bayar mengikut kadar tetapan. Bolehlah kalau nak berwasap dengan awek atau bini kat rumah sambil2 selfie dalam flight.
Dari segi hidangan makanan, para pramugari akan mengedarkan sekeping kad menu yang akan memberitahu menu makanan yang ada didalam flight semasa penerbangan tu. Bagi yang korang dah memilih makanan jenis istimewa tu akan dapat dulu ler termasuk makanan untuk bayi dan kanak-kanak. Korang boleh pilih nak makan ape pada main course dan ada juga pilihan untuk minuman jus atapun wine, kalau korang teguk wine la.
Size makanan ni memang agak banyak walaupun sekadar snack. Apatah lagi jika datang main course yang agak senak nak habiskan. Kalau tak malu atau betul-betul lapar boleh try minta extra meal ataupun instant noodle dari pramugari bertugas. Kompem depa bagi dan tidak pernah mengecewakan. Bagus Emirates ni, tak berkita sangat. Biasanya makanan yang dorang hidang tu dah banyak, maka tidur adalah lebih bagus. Boleh minta air jus atau kopi sebagai penyudah santapan anda.
Bagi saya yang pertama kali menaiki Emirates, ini adalah penerbangan kelas ekonomi terbaik dan malangnya saya telah melepaskan peluang untuk menduduki business class yang telah ditawarkan oleh pegawai Emirates bertugas ketika balik ke KL. Keselesaan kelas ekonomi Emirates adalah lebih baik daripada kelas ekonomi Malaysia Airlines A330 ketika ke Sydney tahun lepas. Tahun depan mungkin MAS akan menjual kesemua A380 , maka tak sempat la merasa nak naik A380 milik Malaysia Airlines.
Ada rakan memberitahu bahawa penerbangan Etihad Airways adalah lebih bagus daripada Emirates. InsyAllah kita try untuk laluan ke Paris dan UK bersama isteri kemudian nanti.
Ada rakan memberitahu bahawa penerbangan Etihad Airways adalah lebih bagus daripada Emirates. InsyAllah kita try untuk laluan ke Paris dan UK bersama isteri kemudian nanti.
Comments